RSS

Tag Archives: tv

Buletin ISMA 3 Feb 2012: Melayu dan Agenda

1.Bangsa Melayu Harus Berani Perjuangkan Agenda Sendiri
2.Sepakat Dalam Perkara Asas
3.Ceramah Bahaya Syiah Di Seluruh Negara

 

1.Bangsa Melayu Harus Berani Perjuangkan Agenda Sendiri
“…meyebabkan kita org Melayu dan umat Islam dalam keadaan yang sangat teruk dan tertekan. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, semua umat atas dunia ni,dari zaman dahulu lagi,berjuang utk kepentingan bnagsa mereka,tuan-tuan bacalah buku sejarah…semua bangsa,semua kaum berjuang untuk kepentingan,survival dan masa depan bangsa masing-masing…dan itulah yg sedang berlaku sekarang,yg berlaku kepada bangsa-bangsa lain.”

Itulah realiti yang berlaku pada hari ini,dimana bangsa-bangsa lain berjuang untuk mempertahankan bangsa mereka. Namun begitu, hak bangsa Melayu sering dipertikaikan apabila dilihat mulai bangkit dalam mempertahankan apa yang tercatat di dalam perlembagaan Malaysia.

“Orang Cina samada mca,dap,gerakan,dan parti-parti cina lain semuanya berjuang untuk kepentingan bangsa mereka,mereka sepakat dalam memperjuangkan,mempertahankan kepentingan bangsa mereka…

Orang India,PPP, MIC dan lain-lain, semuanya berjuang untuk kepentingan bangsa mereka…

Tetapi apabila kita—orang Melayu kena perjuangkan nasib bangsa dia,dia kata tak boleh,orang melayu sendiri kata tak boleh,ini assobiyah,ini rasis!

Setiap umat,setiap kaum memperjuangkan nasib bangsa dia. Ini adalah satu lumrah yang semulajadi yang tidak pernah dinafikan oleh Quran dan Hadis.

Tetapi hari ini, fahaman. Kita telah diracuni fahaman ;
apabila sebut melayu-RASIS!…apabila sebut melayu-ASSOBIYAH”
Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman,Presiden ISMA

Kefahaman assobiyah yg dilarang adalah dengan mafhum fanatisme yang bukan sahaja berasaskan kepada kaum tetapi juga melibatkan puak,parti,dan seumpama dengannya

“Saya melihat ia bertitik tolak daripada sikap,pendirian seseorang itu dalam menangani masalah negara politik…kalau sikap mereka (contohnya sikap UMNO) dari dahulu sampai sekarang tidak berubah…hanya memikirkan masalah kepentingan parti dia dan individu, dan partinya fokusnya ialah kebangsaaan Melayu…

PAS sebagai contoh, ia daripada asas penubuhannya, tujuannya meletakkan agama di hadapan dan sedang menggarapkan perjuangan ke arah mencapai matlamat keislamannya.

Kalau PKR jelas penubuhanya tertumpu kepada isu keadilan.”
(Dato’ Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS)

2.Sepakat Dalam Perkara Asas
-Tidak perlu ada pertikaian terhadapa 3 perkara asas yang termaktub dalam perlembagaan iaitu Islam. Melayu dan Institusi Raja.
-kita mesti sepakat dalam perkara-perkara yang penting contohnya IMR di dalam perlembgaan
-kita tak expect kepada pergabungan parti politik kerana ia agak sukar buat masa ini
-sepakat dalam perkara asas dan bersaing secara sihat”
-apabila Islam maju,kaum-kaum lain akan mendapat rahmat seperti apa yang telah terbukti dalam sejarah.
Abdul Rahman Mat Dali,Naib Presiden II ISMA

“itu slogan(IMR) adalah retorik politik…Jangan sebut sahaja Islam, melayu,Di raja tapi tidak berubah
kena letak dahulu Islam itu pegangan,kemudian barulah kita cakap pasal perpaduan.”
(Dato’ Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS)

“Kita tak boleh nak labelkan orang itu lebih Islam daripada seorang yang lain…
kalau kata nak bagi UMNO itu harus Islam dahulu, kena leraikan apa maksud dia,adakah dia bercakap dari sudut watak sendiri atau cara pentadbiran atau cara perundangan..”
Haezreena Begum Abdul Hamid,AJK UMNO Bukit Bintang”

“..dalam Pakatan Rakyat dan Keadilan, tidak timbul masalah, Islam Melayu Raja (IMR) ini telah pun kita sepakati secara bersama sejak kemenangan 2008…Lim Kit Siang, Ustaz Hadi, Anwar telah tandatangani muafakat bersama..isu IMR ni tidak timbul satu pertikaian…sebab itu saya fikir ini agenda politik tertentu, pihak-pihak yang cuba berselindung di sebalik masalah peribadi mereka…”
Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK PKR

3.Ceramah Bahaya Syiah
-syiah difatwakan haram 1996
-memberi penjelasan kepada orang awam
-dahulu sangkakan bahawa syiah itu satu gerakan islam,tetapi silap kerana Syiah bukan Islam

“Menyedarkan umat Melayu Islam dengan bahaya aqidah syiah yang jauh dari ajaran Islam, usaha membanteras ajaran Syiah agar tidak terpengaruh dengan ajaran itu.Beza dari segi aqidah,kepimpinan itu milik Ali dan Saidina Abu Bakar,Umar,Uthman dah rampas hak Ali. Mengatakan semua sahabat-sahabat ni kafir. Mengatakan al-Quran ni ada penyelewengan.”
Ustaz Mohamad Ismail, Ketua Unit Kajian ISMA

buletin.isma@gmail.com

 
Leave a comment

Posted by on February 3, 2012 in Buletin ISMA

 

Tags: , , , , , ,

Buletin ISMA 1 Feb 2012: Isu Safety of Israel

1.Sokong Perlindungan Terhadap Israel Ditentang
2.Martabat Tulisan Jawi Perlu Diangkat
3.Islamic Studies of Middle East Programme(ISMEP)


 

1.Sokong Perlindungan Terhadap Israel Ditentang
Kenyataan DSAI adalah satu perkara yg menakjubkan. Kenyataan itu seolah-olah mengiktiraf penjajahan Israel terhadap Palestin.

“Satu kenyataan yang menakjubkan.Sebab dari situ,kita seolah-olah mengiktiraf penjajahan Israel terhadap Palestin dan memandang bahawa Israel dan Palestin mempunyai hak yang sama ke atas bumi Palestin; dan menafikan hak rakyat Palestin dalam konteks memperjuangkan pembebasan sepenuhnya bumi Palestin. Sedangkan perjuangan membebaskan bumi Palestin adalah satu perjuangan yang sah di sisi Islam dan sah di sisi undang-undang antarabangsa.” Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman

2.Martabat Tulisan Jawi Perlu Diangkat
-Perkara yang sangat penting dan perlu disokokng.Apabila kita memartabatkan bahasa jawi,ia mengaitkan kita dengan Islam,dengan Quran.
-Ia bukannya satu perkara yang akan menolak bangsa Melayu kebelakang,ia perlu dimartabatkan dalam fasa beransur-ansur.
-Tulisan jawi adalah menarik dan patut menjadi kebangaan orang melayu.

3.Islamic Studies of Middle East Programme(ISMEP)
-pendedahan awal untuk pengajaran Timur Tengah

4.Ustaz Abdul Halim Abdullah Kemalangan
Semoga Allah mempermudahkan urusan beliau.

buletin.isma@gmail.com

 

 
Leave a comment

Posted by on February 1, 2012 in Buletin ISMA

 

Tags: , , , , , ,

Buletin ISMA 30 Januari 2012: Barat dan golongan Muslim Moderat

1.Rancangan barat lahirkan golongan Muslim Moderat
2.Kem lepasan SPM: Dedah Peluang Masa Depan Pelajar

1.Rancangan barat lahirkan golongan Muslim Moderat
Golongan muslim moderat yang memiliki ciri-ciri yang digariskan akan dibantu dan disokong Amerika demi kehancuran Islam

Strategi Amerika untuk mempromosi “moderate muslim” sebagai satu pihak yang boleh melawan golongan Islamist di negara Islam

Menurut laporan RAND Corp, 11 kriteria tersebut merangkumi 3 nilai
1.Sistem demokrasi 2. Perlaksanaan undang-undang 3.Hak wanita termasuk golongan minoriti

Daripada tiga nilai ini mereka keluarkan 11 kriteria siapakah individu/organisasi Muslim Moderates,seperti contoh,

1.Adakah individu/organisasi tersebbut boleh menerima deklarasi PBB Hak Asasi Manusia 1948?
2.Adakah dia menerima HAM 1948 tanpa pengecualian?

Muslim perlu merujuk Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama dan bukannya piagam hak asasi manusia sejagat 1948.

2.Kem lepasan SPM: Dedah Peluang Masa Depan Pelajar
-penting agar mereka tidak menyesal di kemudian hari
-melatih duniawi dan ukhrawi
-perlunya pendedahan awal dengan ilmu

 
Leave a comment

Posted by on January 30, 2012 in Buletin ISMA

 

Tags: , , , , , ,

Buletin ISMA 27 Januari 2012-HRW bukan kiblat

Buletin ISMA 27 Januari 2012

1.ISMA Sokong Tubuh Jawatankuasa Pusat Tangani Isu Murtad
2.Human Rights Watch(HRW) Bukan Kiblat Rujukan Umat Islam; Bertentangan Syarak
3.Islam di Eropah;Islam makin maju,agama kedua selepas kristian di Eropah
4.Bank Susu,masyarakat perlu terima keputusan Muzakarah

1.ISMA Sokong Tubuh Jawatankuasa Pusat Tangani Isu Murtad
-satu tindakan tepat,memperkukuhkan perlembagaan dan menjadikan Islam adalah agama yang perlu dihormati
-bertujuan untuk meningkatkan enakmen
-jawatankuasa untuk memantau perlaksanaan enakmen,menjaga keharmonian,dan membela hak mereka yang dimurtadkan

2.Human Rights Watch(HRW) Bukan Kiblat Rujukan Umat Islam
“Laws punishing consensual sexual relations between adults of the same sex are an unjustifiable invasion of the rights to privacy and personal security. They foster a climate in which discrimination and abuse takes place. These rights cannot be willed away by selective appeals to cultural tradition and religious belief.”HRW

Undang-undang yang mereka cerca sebagai undang-undang lapuk/archaic ini dan menjadikan satu kesalahan Penal code 377B,hubungan seksa luar tabie itu dikira salah. Undang-undang kita adalah general,luar tabie Islam ataupun budaya.It’s a good law.

Tetapi bagi mereka, undang2 ini archaic/lapuk.Pada saya,undang2 ini perlu dikekalkan.

Human rights-prinsip/gagasan dan seolah-olah agama baru,sering berlumba-lumba memperjuangkan hak asai mengikut acuan pemikrian mereka ini dipatuhi

Masyarakat hanya perlu rujuk Quran dan Hadis

Kita tak perlu peduli dan kita perlu bersedia dengan pandangan-pandangan negatif.

Memang agenda mereka supaya kita melepaskan pegangan-pegangan agama sedangkan negara kita mengkehendaki kita berpegang kepada agama

Liberal-membebaskan kita daripada pegangan agama-mereka menggunakan istilah konkongan agama, mereka kata agama ini menyekat,mengongkong kebebasan mereka berfikir

3.Islam di Eropah;Islam makin maju,agama kedua selepas kristian di Eropah
-secara dasarnya Eropah dan Islam tidak boleh dipisahkan sbb dari segi sejarah,islam dah masuk sejak Saidina Uthman
-masyarakat Eropah mahu bina kehidupan yang sebenar dengan Islam selepas masalah-masalah yang mereka hadapi
-kalau dahulu Islam merupakan agama ketiga terbesar di Eropah, sekarang ini Islam adalah agama kedua terbesar. 1. Kristian, 2. Islam,3. Yahudi

4.Bank Susu,masyarakat perlu terima keputusan Muzakarah
-penubuhan bank susu berkait rapat dengan hukum syarak yang wajib dipeluhara
-perlu galak ibu menyusukan anak sehingga 2 tahun

 

 
Leave a comment

Posted by on January 27, 2012 in Buletin ISMA

 

Tags: , , , , , ,

Buletin ISMA 25 Januari 2012-Calon melayu DAP

1.Menteri Kabinet perlu istihar harta
2.Letak calon melayu strategi politik DAP; Perak,Selangor,Negeri Sembilan,Johor
3.Budaya ilmu jaga keaslian dakwah

1.Menteri Kabinet perlu istihar harta
-Sokong untuk mengembalikan,ketelusan kepercayaan rakyat; menjamin integriti

2.Letak calon melayu strategi politik DAP
-DAP mahu letak calon melayu di Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Johor pada PRU13 agar mereka dilantik sebagai MB jika PR menang
-satu helah DAP untuk mendapat tempat pada PRU akan datang,undi simpati dari org Melayu
-DAP dahulu hingga kini kekal memperjuangkan sosialisme, bukan pro-Islam
-penglibatan org melayu adalah implikasi daripada kecelaruan pemikiran org melayu yg tidak boleh menilai yang mana boleh membawa kepada kebaikan umat Islam ataupun sebaliknya
-strategi DAP bukannya untuk mendapatkan undian maksimum org melayu, tetapi 80-90% orang cina akan mengundi DAP,maka mereka hanya perlu sedikit undi org melayu
-jadi,strategi mereka hanyalah memecah undi melayu
-calon-calon melayu mesti terima perjuangan DAP,apa yang mereka putuskan dan apa yang mereka perjuangkan
-bilangan calon melayu DAP masih sedikit,maka mereka tidak mampu mengubah apa-apa dasar DAP
-jadi,mereka hanya pak turut DAP
-adakah bangsa Melayu dan agama Islam akan terbela? ini perlu difahami oleh orang melayu dan melihat di sebalik strategi ini
-bukannya politik yang hanya bermatlamatkan menjatuhkan orang lain,dalam masa yang sama kita menggadaikan perjuangan bangsa dan agama

3.Budaya ilmu jaga keaslian dakwah: Asas-asas ijtihad aplikatif
-keputusan perlu berdepatan dengan syarak dan mengikut fiqh yang telah ditetapkan
-perlu ada metodologi yang betul
-aspek syarie agenda perlu diutamakan
-kita bukan lontar idea berdasarkan mafhum-mafhum liberal,demokrasi, ataupun apa-apa ideologi yang diperjuangkan oleh berbagai-bagai pihak
-agenda,program,projek kita merupakan ambilan kepada sumber syarak yang asli,bukannya cantuman ideologi
-mesti meletakkan alquran dan nas tu dahulu,kemudian kita selesaikan masalah realiti semasa
-mesti melalui satu fasa iaitu usul/basic dalam agama
-bimbang generasi akan datang akan berdasarkan bahan-bahan yg ringkas tanpa rujukan kepada nas
-kepentingan ilmu dan ijtihad applikatif
-kaedah/usul syarak menjadi teras/asas kekuatan ijtihad
-gerakan Islam adalah gerakan yang berdiri atas ketulenan manhaj berasaskan prinsip-prinsip syarak tapi dalam masa yang sama ia mengambil faktor-faktor perubahan yang menuntut kepada ijtihad-ijtihad semasa

Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik buat umat Islam
“Sesungguhnya aku diutuskan bagi menyempurnakan kemuliaan akhlak.”

 
Leave a comment

Posted by on January 25, 2012 in Buletin ISMA

 

Tags: , , , , , ,

Buletin ISMA 18 Januari 2012: Gerakan kesederhanaan global

Buletin ISMA 18 Januari 2012

1.Gerakan Kesederhanaan Global: Kesederhaan Islam menjamin keamanan global
2.ISMA Fokus bina kesedaran umat
3.Masyarakat FELDA sambut baik slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat

1)Gerakan Kesederhanaan Global

Sedar atau tidak,nilai kesederhanaan yang dibentangkan oleh 50 penceramah dari 70 buah negara di dalam ucap utama pada Gerakan Kesederhanaan Global ICGMM semalam di ibu negara. Secara keseluruhannya, ia merupakan penerapan nilai-nilai Islam yang perlu dibuat semenjak dulu lagi bagi menghakis segala kekangan yang berlaku samada dari aspek sosial, ekonomi mahupun politik.

“Seperti mana yang kita maklum, dengan cabaran yang sedang dihadapi oleh dunia sekarang ini, konsep-konsep wassatiyyah ini, yang di anjurkan oleh Islam ini lah,bagi saya,penyelesaian kepada samada masalah ekonomi,politik,sosial atau apa saja permasalahannya,sudah tentulah,Islam itu penyelesai kepada permasalahan. Dan pendekatan wassatiyyah yang dianjurkan Islam ini akan kita bentangkan,saya akan bentangkan dan banyak telah dibentangkan, dan saya rasa insya Allah, inilah dia satu ganti, satu alternatif dari Islam bagi menjawab persoalan semasa dunia. ”
Ustaz Nasharudin Mat Isa,Ahli Parlimen Malaysia

Bukan hanya kepada Muslim, malah komuniti antarabangsa yang melibatkan pelbagai agama turut perlu memupuk keamanan dan pragtisme, serta menolak gerakan melampau.

“This conference comes at the right time and I think we need to give more focus about the role model of Malaysia. I think,you know, Malaysia present a very important model not only for Muslims or Arabs, but also for the international community, even for Europe. This harmony of co-existing different religions,races here in this country is amazing. And it’s a huge manifestation regarding Islam and democracy.”
Timb Ketua Pengarang Akhbar Al-Ahram Mesir

Malah, Mantan Presiden Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Dr Mohd Razak Idris berkata, masyarakat Islam di Malaysia perlu membuka fikiran dalam memahami nilai-nilai kesederhanaan yang dituntut di dalam Islam.

“Saya berpendapat bahawa kesederhanaan atau moderation itu, terlebih dahulu difahami oleh masyarakat. Dalam pengertian agama Islam,yang merujuk kepada prinsip keseimbangan ataupun yang disebut sebagai equilibrium. Maknanya, prinsip bagaimana masyarakat itu perlu berada pada tahap keseimbangan dalam semua aspek kehidupan. Dan proses untuk mencapai tahap keseimbangan itu adalah salah-satunya menerusi suatu proses pembudayaan yang disebut sebagai kesederhanaan. Jadi aspek itu harus terlebih dahulu difahami oleh masyarakat Islam.”
Dr Mohd Razak Idris, Mantan Presiden Angkatan Belia Malaysia (ABIM)

Islam adalah agama pertengahan. Ia merupakan jawapan kepada segala permasalahan, samada dalam bidang ekonomi,sosial malah politik khususnya di Malaysia dan di dunia,amnya.

2) ISMA Fokus bina kesedaran umat

Menyedari pelbagai masalah dan gejala negatif yang meruntuhkan jatidiri rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan program sebagai langkah memberi kefahaman kepada masyarakat bagi mencegah dan merawat permasalahan tersebut.

Ia bertujuan memberi kefahaman Islam yang komprehensif kepada masyarakat Islam. Selain itu, program ini juga memberi kesedaran mengenai ancaman yang sedang di tempuhi oleh umat Islam,secara sedar ataupun tidak.

“Dua fokus utama kita,pertamanya menyebarkan kesedaran dan membina semula jatidiri melayu muslim melalui penghayatan Islam secara menyeluruh kepada masyarakat. Keduanya, kita ingin memupuk kesedaran kesepakatan,perpaduan di kalangan masyarakat Melayu dan Muslim, dan mengelakkan segala perbalahan,permusuhan atas apa alasan sekalipun,samada alasan kehidupan harian ataupun alasan politik. Maknanya,kita,kesatuan itu adalah lebih utama dan ia dianjurkan oleh Islam. Yang ketiga adalah melatih ahli-ahli ISMA untuk terjun ke dalam masyarakat.”
Ustaz Rushdan Abdul Halim, YDP ISMA Kuantan

ISMA telah menganjurkan pelbagai program seperti wacana peradaban, forum perdana, konvensyen keluarga muslim, video-video tarbiyah di TV ISMA,dan banyak lagi.

“Kita nak masyarakat kita komited dengan nilai-nilai Islam. Secara mudah, saya boleh cakap, dalam perkara-perkara asas,ibadat,dan juga dari aspek akhlak. Kita nak mereka selepas pergi ke program-program yang ISMA buat, mendapat kefahaman tetapi bukan setakat itu,kita mahu mereka ada komitmen. Jadi komited dengan Islam itu satu ciri yang kita harap diperolehi daripada masyarakat apabila mereka hadir ke program-program ISMA.”
Rusman Arief A. Rahman, AJK Biro Belia ISMA DHL

3.Masyarakat FELDA sambut baik slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Slogan perpaduan yang diperkenalkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) disambut baik oleh masyarakat FELDA. Persepakatan di kalangan umat Melayu Islam adalah amat diperlukan walaupun berbeza pandangan dan latar belakang.

Program ceramah yang memperkenalkan Melayu Sepakat Islam Berdaulat telah dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) Kuantan pada 16 Januari lalu. Ia telah diadakan di masjid FELDA Jengka 9, Bandar Jengka Pahang yang dihadiri kira-kira seramai 200 orang.

Menurut yang dipertua ISMA Kuantan, Ustaz Rushdan Abdul Halim, masyarakat FELDA sememangnya menanti-nanti seruan kesatuan yang melangkaui batas politik. Tambah beliau,pihak pengurusan FELDA dan pemimpin masyarakat menerima slogan ini sebagai jawapan kepada permasalahan semasa.

“Alhamdulillah,sambutannya amat menggalakkan dan mereka suka dan tunggu-tunggu slogan ini. Mereka kata samada imam masjid, pengurus FELDA,ini lah yang kita tunggu. NGO dan bukan badan politik yang mengajak orang kepada kesatuan dan perpaduan.”
Ustaz Rushdan Abdul Halim, YDP ISMA Kuantan

Melayu Sepakat Islam Berdaulat merupakan satu slogan yang dilancarkan oleh ISMA dalam memberikan jalan penyelesaian kepada kemelut yang melanda umat Islam amnya, dan bangsa Melayu khususnya.

email: buletin.isma

 
Leave a comment

Posted by on January 18, 2012 in Buletin ISMA

 

Tags: , , , , , ,

Buletin ISMA 16 Januari 2012: Undang-undang lapok

Buletin ISMA 16 Januari 2012


1.Kenyataan Anwar,Satu Penyimpangan Pemikiran
2.Kristianisasi mengancam aqidah umat Islam
3.Briget KRIM kukuhkan jatidiri remaja

1)Kenyataan Anwar,Satu Penyimpangan Pemikiran
Berhubung kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim mengenai undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di Malaysia yang dianggap lapuk, ia mendapat tentangan ramai pihak termasuklah Presiden Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman

“Jadi, saya berpendapat ini merupakan satu penyimpangan pemikiran yang telah berlaku kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sebagai seorang Islam, sepatutnya beliau perlu merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, bukan kepada hak asasi manusia. Hari ini kita melihat hak asasi manusia seolah-olah menjadi rujukan tertinggi dalam percaturan politik di Malaysia dan ini adalah sesuatu yang sangat berbahaya sekiranya ia dibiarkan berlaku.”
Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman,Presiden Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA)

“We will have to review some of the archaic laws. We, Muslims and non-Muslims in Malaysia, generally believe and are committed to support the sanctity of marriage with a man and a woman, but we should not be seen to be punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. ”
Dato’ Seri Anwar Ibrahim,Ketua Pakatan Rakyat, 12 Januari, Interview BBC Asia

“Tak patut di Malaysia ni ada undang-undang yang membenarkan hubungan gay ke,homoseks ke,lesbian ke. Sebab jika benda ini berlaku, lebih lagi ramai orang nak buat benda-benda camni. Kita sebagai negara Islam ni memang tak boleh undang-undang ni ada kat Malaysia.”-pendapat orang awam-

Sungguhpun kenyataan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ingin membuat pembaharuan terhadap undang-undang Malaysia yang dianggap lapuk. Perkara tersebut mendapat tentangan yang hebat dari ramai pihak. Ia merupakan rentetan yang berlaku terhadap ketua pembangkang mengenai isu liwatnya bersama bekas pembantu peribadi, sehinggakan majalah antarabangsa, The Economist turut melabelkan Anwar sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai walaupun beliau merupakan seorang pemidato yang terhebat.

“Tak patutlah,lebih-lebih lagi untuk golongan yang beragama Islam ni, dah tahu yang gay tu memang tak boleh dipakai,berdosa dan haram,diorang still buat,jadi memang tak boleh la.Kita perlu pertahankan agama kita ni.”-pendapat awam-

2)Kristianisasi mengancam aqidah umat Islam

Tidak begitu kuat untuk menjadi benteng pertahanan berhubung isu kristianisasi yang seringkali mengancam iman masyarakat Islam. Kesan tersebut amatlah dirasai apabila budaya barat menjadi ikutan dan Islam pula berada pada tahap yang menyedihkan.

“Jadi,kes yang berlaku tentang gerakan-gerakan memurtadkan ni sebenarnya bukan dakyah kristian sahaja. Yang besarnya adalah kristian, yang lain-lain,agama-agama lain pun ada jugak. Gerakan-gerakan yang memurtadkan orang Islam ke agama tersebut. Jadi,kes yang berlaku sebagai contohnya DUMC, maknanya gerakan tersebut dibuat oleh satu kumpulan,yang mana kita dapat kenal pasti kumpulan tersebut melalui aduan dan maklumat-maklumat awam. Di mana dalam gerakan pemurtadan ini, dakyah kristian ni,ada beberapa kumpulan, dalam 3-4 kumpulan, dan ada kumpulan yang diketuai oleh orang melayu yang telah mempercayai dakyah kristian.”
Ustaz Nor Faisal Mohd Lema,Pen. Pegawai(A) Penyelidikan dan Pembangunan JAIS

Toleransi secara berlebih-lebihan yang dipertontonkan oleh kerajaan mereka sebenarnya telah mengundang bahaya dan membawa impak negatif terhadap kedaulatan negara serta rakyat dan diantaranya ialah Gejala Kristianisasi yang kini sedang mengancam masyarakat Islam. Apa yang membimbangkan keadaan apabila melihat ramai anak yang kurang berpendidikan agama terlibat dalam permasalah ini walaupun mereka telah dibekalkan dengan ilmu agama sebagai pegangan,namun ia tidak mampu menjadi benteng pertahanan terhadap serangan murtad.

“Puncanya murtad itu,satunya akhlak (muslim)kita,kedua kesungguhan pihak kristian dalam memurtadkan umat Islam. Ustaz-ustaz yang follow-up mereka yang murtad ini kemungkinan nisbah kesungguhannya 1/10 ”
Muhammad Arrahum Azhar, Exco Dakwah PERKIM UKM

3.Program Briged KRIM
50 orang menyertai Briged Kelab Remaja ISMA(KRIM) di Surau al-Islah,Seksyen 7,Shah Alam. Aktiviti tersebut bertujuan untuk melahirkan generasi remaja yang mempunyai nilai motivasi, iltizam dan jatidiri unggul melalui aktiviti-aktiviti pembangunan insan yang syumul.
“Dalam Briged KRIM,kami nak mereka ni terjaga, ada kelompok-kelompok yang membawa remaja-remaja kita, ke arah Islamik,yang menjaga sahsiah dan akhlak mereka,dan akhirnya kita nak mereka ini menjadi pelajar yang syumul,mempunyai pendirian,jatidiri yang teguh untuk membawa mereka menempuh arus globalisasi yang amat mencabar sekarang ini.”
Mohd Fairul Nafazli Md Nazin, Timbalan Pengarah KRIM Shah Alam

email: buletin.isma

 
Leave a comment

Posted by on January 16, 2012 in Buletin ISMA

 

Tags: , , , , , , , ,

DIMENSI:AUKU & Mahasiswa

DIMENSI:AUKU & Mahasiswa

“Jadi,dengan diberi kebebasan atau disekat kebebasan,dengan keempat-empat ciri ini,tiada apa boleh menghalang pemuda. Mereka tetap akan menjadi satu harapan untuk generasi akan datang.”

Wawancara oleh Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin, Pegawai penyelidik Ikatan Muslimin Malaysia bersama Saudara Zaizul Azizi bin Zaman,Mantan Presiden PEMBINA.

Pada 17 Disember lalu telah berlaku suatu peristiwa di PWTC tentang penurunan bendera yandilakukan oleh sebahagian pelajar.Kemudian pada 31 Disember,berlaku peristiwa pertembungan di antara pihak polis dan golongan mahasiswa.Kali ini kita akan mengupas perjuangan mahasiswa tersebut.Apakah disebalik perjuangan tersebut?Apakah kesannya dan apakah sebenarnya yang menjadi masalah kepada mahasiswa kita pada hari ini?Bagi mengupas perkara ini,bersama-sama kita pada hari ini adalah seorang aktivis ISMA Cawangan Gombak,yang dimaksudkan adalah Saudara Zaizul Azizi bin Zaman,merupakan mantan Presiden PEMBINA. Terus kepada isu yang kita kupaskan hari ini,

Soalan 1: Siapa mereka dan apa perjuangan mereka?

Kita berdepan dengan satu episod baru,apa yang saya sebutkan sebagai “Aktivisme Mahasiswa”.Kita berdepan dengan semangat golongan mahasiswa yang mahukan kebebasan yang saya sebut secara total.Pemansuhan AUKU,dan kita menuntut mahasiswa tersebut apa yang saya sebut sebagai “academic freedom”,pembebasan universiti daripada konkongan ahli politik,pimpinan negara dan menuntut “Autonomy” supaya universiti boleh berdiri bebas sebagai satu institusi yang tidak diganggu-gugat.

Apa yang tampak pada permukaan,pada pemerhatian saya ialah golongan mahasiswa ini dipimpin oleh apa yang mereka takrifkan sebagai SMM dan Bebas,iaitu perkumpulan mahasiswa yang ingin memperjuangkan pemansuhan AUKU ini.

Soalan 2: Maksudnya,SMM dan Bebas ini berkumpul dan melakukan peristiwa-peristiwa tersebut untuk menuntut kerajaan memansuhkan AUKU.Jadi,pada pandangan saudara Zaizul,sejauh mana AUKU ini memberi kesan kepada kebebasan.Adakah ia benar-benar tembok penghalang kepada kebebasan mahsiswa?

AUKU mula diperkenalkan pada tahun 1971,dimana jika kita imbas kembali,pada zaman 70-an,arus mahasiswa ini begitu aktif,memperjuangkan isu-isu masyarakat. Kalau kita boleh imbau peristiwa Baling,yang mana antara tokohnya ialah DSAI. Dan beberapa isu yang juga menggambarkan semangat Islam yang begitu berkembang pada masyarakat.Bukan sahaja di Malaysia,bahkan di seluruh dunia.Kita tengok revolusi Iran,kita tengok apa yang berlaku dalam pembaharuan ekonomi,di Pakistan…maksudnya arus keislaman itu menjadi antara tonggak,yang menyebabkan berlakunya Aktivisme Mahasiswa yang begitu aktif.Maksudnya mereka berjuang berdasarkan atas kesedaran tersebut.

Apabila AUKU diperkenalkan pada tahun 1971,antara lainnya ialah bertujuan untuk mengekang sebahagian daripada aktiviti-aktivit Aktivisme Mahasiswa ini.Jika kita tengok,kekangan-kekangan yang berlaku dan tindakan-tindakan yang dikenakan keatas pelajar,antaranya dibuang kolej,dibuang universiti..akhirnya menyempitkan Aktivisme Mahasiswa itu sekadar di dalam kampus. Mereka cuma boleh terlibat dengan persatuan kampus,persatuan pelajar dan isu yang dibangkitkan ialah isu kebajikan pelajar semata-mata,seolah-olah menyempitkan ruang-lingup universiti kepada sekadar universiti; dan memisahkan mahasiswa jauh daripada masyarakat awam secara am-nya.

Apa yang kita lihat hasil daripada kekangan yang saya istilahkan sebagai “amat melampau” pada satu-satu masa. Kita lihat pada awal tahun 2000,kita menghadapi masalah yang mana generasi muda kita tidak berdaftar untuk menjadi pemilih,tidak terlibat dalam politik,golongan middle-class kita atau golongan pertengahan kita tidak mengambil berat siapa yang memerintah,tidak mengambil berat isu masyarakat,tidak mengambil berat apa yang berlaku di sekeliling. Mereka hanya hidup sekadar untuk mencari sesuap nasi untuk perut mereka sendiri.Mereka hidup demi kehidupan sekeluarga mereka sahaja. Itu yang saya dapat perhatikan setelah perlaksanaan AUKU lebih daripada 20 tahun.

Perkara ini sebenarnya bukan hanya disedari oleh aktivis-aktivis mahasiswa,malah di pucuk pimpinan kerajaan; kita melihat ada usaha-usaha untuk memperbaiki suasana ini. Kita lihat UMNO sendiri menubuhkan Puterinya,golongan Pemuda ada Puteranya,dan parti-parti pembangkang pun begitu. Jadi usaha untuk melibatkan kembalik generasi muda ke dalam arus politik,memikirkan masa depan negara telahpun diusahakan. Dan antara usaha yang saya lihat yang amat berhasil adalah Pindaan AUKU pada 2008. Kalau kita tengok,antara roh,semangat Pindaan AUKU 2008 ialah membenarkan pelajar melibatkan diri dengan NGO-NGO atau pertubuhan-pertubuhan berdaftar di luar kampus; yang mana ada 3 pengecualian, 1.Tidak boleh terlibat dengan parti politik,di dalam atau di luar Malaysia 2.Tidak boleh terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan haram atau pertubuhan-pertubuhan yang melanggar undang-undang. 3.Pertubuhan-pertubuhan yang diharamkan oleh menteri atas dasar kesesuaian dengan pelajar dan kesetosaan universiti itu sendiri. Itu yang kita lihat pada 2008.

Personally,saya beranggapan Pindaan AUKU 2008 memberi sedikit kebebasan dimana sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh mahasiswa ini untuk bergiat aktif,untuk mula mengambil-berat isu-isu diluar kampus,isu masyarakat,isu umat,isu alam sekitar contohnya. Jadi bagi saya,ruang-ruang untuk aktiviti-aktiviti Aktivis Mahasiswa telahpun dibuka, cuma menanti mahasiswa untuk bergerak dengan lebih aktif lagi.

Soalan 3: Jadi,adakah benar Pindaan AUKU 2008 tersebut memberi kebebasan dan adakah betul mahasiswa mempunyai kebebasan dalam beraktiviti,dan bagaimana pula dengan keterlibatan dalam parti politik?

Secara peribadi,saya berpandangan peristiwa 17 Disember baru-baru ini menjadi satu bukti bahawa sebenarnya telah ada kebebasan. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah sendiri turun untuk menerima memorendum. Perkara ini tidak berlaku dalam 5-10 tahun lepas,seorang Timbalan Menteri turun menerima memorendum dari mahasiswa. Ini,bagi saya satu bentuk kebebasan,satu channel baru,satu wadah baru untuk mahasiswa melontarkan idea dan pandangan mereka.

Dalam isu politik,saya berpandangan bahawa mahasiswa sepatutnya keluar dari politik sempit semasa. Saya istilahkan politik yang kita lihat di negara ini adalah politik yang tidak matang; dimana kita lihat kerajaan ataupun pembangkang,masing-masing akan menolak apa jua pandangan dari pihak yang bertentangan. Yang mana,kalau betul,baik pun idea yang dilontarkan,ia akan ditolak. Jadi bagi saya,ia satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam amalan demokrasi yang matang.

Kita lihat amalan demokrasi yang berlaku di negara ini,media massa tidak memberi ruang sewajarnya kepada kedua-dua belah pihak.Jadi,dalam susasana seperti ini,saya tidak melihat keterlibatan mahasiswa dalam politik akan banyak membantu. Saya lebih suka melihat mahasiswa berada pada satu level,peringkat yang lain. Mereka sepatutnya melihat dan mengambil kebaikan daripada apa yang bakal dilaksanakan oleh pihak kerajaan,mereka juga perlu mengambil manfaat yang dicanangkan oleh pihak pembangkang,mereka mengambil pengajaran,menolak keburukan daripada kedua-dua belah pihak dan akhirnya mereka akan membentuk satu dimensi politik yang baru.

Jadi,mereka keluar dari politik pembangang vs kerajaan,mereka sepatutnya keluar dan menggunakan peluang ini untuk belajar kedua-dua belah pihak,itu pandangan saya.

Soalan 4: Berdasarkan perkembangan semasa,kita menjangkakan kemungkinan akan ada pindaan,pemansuhan dan mungkin mahasiswa bebas dan mungin juga mahasiswa disekat dengan cara yang lain. Jadi,sebenarnya,apakah yang kita inginkan daripada mahasiswa kita sebenarnya? Apa peranan yang mereka patut ambil dalam isu masyarakat?

Kita melihat banyak peranan yang masih boleh dimainkan oleh generasi muda walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam politik. Tidak bermakna mereka tidak boleh mengambil berat isu masyarakat,apa yang berlaku disekeliling mereka.

Hassan al-Banna ada menyebutkan bahawa pemuda memiliki 4 ciri yang terpenting,dan kita tidak mahu kita membunuh 4 ciri ini.
1. Memiliki iman
2. Ikhlas
3. Semangat
4. Amal
Bermakna dengan keempat-empat ciri ini,apa jua suasana yang dihidangkan pada mahasiswa,mereka akan mampu meletakkan diri mereka dalam keadaan mereka boleh berperanan. Dengan iman/belief,apabila orang muda percaya pada satu-satu benda,mereka akan berusaha tanpa toleh ke belakang. Begitu juga dengan ikhlas,kita tengok orang muda jarang ada vested interest,ataupun kepentingan sendiri.Mereka memperjuangkan sesuatu,agenda mereka tanpa mengharapkan apa-apa. Orang muda juga memiliki hamassah,semangat ini tidak ada pada orang lain melainkan orang muda. Dan juga amal,mereka dengan kekuatan mereka,tubuh badan mereka,kecergasan mereka,mereka tidak akan penat untuk bekerja keras mencapai apa yang mereka ingini. Jadi keempat-empat ciri ini yang saya sebutkan sebagai Jatidiri Pemuda,sepatutnya kita gembar-gemburkan lagi,tanamkan supaya pemuda ini apabila di mana-mana pun,mereka akan berperanan.
Apabila berhadapan dengan masyarakat yang susah,mereka boleh membela masyarakat yang susah.

Apabila berhadapan dengan ketidakadilan ,mereka boleh berani untuk menentang ketidakadilan.
Apabila berhadapan dengan suasana ekonomi yang lembab,mereka boleh bangun dan mengusahakan sesuatu.
Jadi saya amat percaya,golongan mahasiswa kita sebagaimana sejarah telah membuktikan pemudalah yang membawa arus perubahan. Kalu kita nak ubah suasana politik semasa,pemudalah harapannya. Kalau kita nak ubah suasana kita beragama,pemudalah harapannya. Kalau kita nak ubah suasana ekonomi negara,pemudalah harapannya.

Jadi,dengan diberi kebebasan atau disekat kebebasan,dengan keempat-empat ciri ini,tiada apa boleh menghalang pemuda. Mereka tetap akan menjadi satu harapan untuk generasi akan datang.

Kesimpulannya,pada hari ini,kita boleh melihat mahasiswa sendiri boleh mengambil peranan,boleh melangkah lebih jauh kehadapan dengan adanya ciri-ciri,jatidiri walau apa pun yang berlaku ke atas mereka.
Wallahualam.

 
Leave a comment

Posted by on January 15, 2012 in Wacana, Ceramah, Penjelasan

 

Tags: , , ,