RSS

Ikhtilat dan Khalwat

06 Nov

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan/hubungan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi samada di tempat sunyi atau di tempat terbuka. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyyah dan juga berasaskan kepada nilai2 dan system hidup jahiliyyah. Bentuk pergaulan seperti ini telah ditolak oleh Islam sejak kedatangan Rasulullah SAW yang membawa system dan nilai hidup yg dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah.

BEZA ANTARA IKHTILAT DAN KHALWAT

IKHTILAT

Ikhtilat pada prinsipnya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, ia boleh berlaku samada di tempat sunyi atau di tempat yang terbuka. Kesan dari perhubungan semacam ini membuka ruang kepada berlakunya perzinaan di dalam masyarakat.

Sabda rasulullah saw: “Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya.” Hadis Riwayat Turmu

Syariat Islam mengharamkan kepada lelaki melihat kepada wanita lain yang bukan muhrim. Seorang lelaki tidak diperbolehkan memandang kepada orang perempuan selain kepada isterinya dan wanita-wanita muhrimnya.

 

Seorang lelaki & seorang perempuan berada bersama di tempat terbuka.

Cth : Di pasar/bank/sekolah @ tempat awam semasa berurusan.

2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan tidak berniat untuk berkhalwat walaupun berada di tempat tertutup atau sunyi

Cth : Bermesyuarat dlm bilik khusus,belajar di kelas/dewan kuliah.

KHALWAT

Seorang lelaki dan perempuan berada bersama di tempat tertutup/sunyi.

Cth : Sudah sedia maklum dah……Dlm bilik/hotel berdua2an.

2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan berniat untuk melakukan khalwat ditempat tertutup/sunyi.

Cth : Sekumpulan lelaki&perempuan berpakat berkhalwat dalam dewan tertutup walaupun dalam jumlah yg ramai.

SALAH KE???

3 pendapat dalam menghukum dan mengadili permasalahan ini:-

1- GOLONGAN MUTASYADDIDUN

· Golongan ini amat keras/syadid dalam berhukum sehingga menfatwakan kesemua ikhtilat itu haram dalam apa jua keadaan sekalipun. Cth : Sekolah perlu diasingkan antara lelaki dan perempuan hatta sekolah rendah/tadika sekalipun. Malah guru perempuan hanya boleh mengajar di sekolah perempuan sahaja dan begitulah sebaliknya. Di Arab Saudi, ayah dilarang untuk menghadiri majlis di sekolah(cth:PIBG) bagi pihak anak perempuannya.

· Golongan ini juga turut mendakwa memakai niqab adalah wajib selain menutup seluruh aurat.

2- GOLONGAN MUTASAHHILIN

· Golongan ini terlalu memudah2kan urusan agama sehingga soal aurat dan ikhtilat ini dipandang enteng.

· Aurat boleh didedahkan dan percampuran lelaki dan perempuan dibolehkan tanpa batasan atas dasar kebebasan dan hak individu.

3- GOLONGAN MUTAWASITTHIN

· Golongan ini adalah golongan pertengahan yang menjadi pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

· Golongan ini bersederhana dalam pengamalan. Tidak terlalu keras/syadid atau tidak terlalu memudahkan dalam pergaulan lelaki dan perempuan.

· Tidak mengharamkan dan tidak menghalalkan terus secara mutlak percampuran lelaki dan perempuan malah meletakkan garis panduan dan syarat2 tertentu dalam pengamalan ikhtilat.

Daripada huraian diatas, kita perlu berpegang dan berhukum dengan golongan yg ketiga dan menolak pegangan golongan pertama dan kedua. Kita boleh berikhtilat lelaki dan perempuan tetapi mestilah disertai dengan etika garis panduan yang ditetapkan. Jika kita mengatakan haram berikhtilat secara mutlak,maka apa hikmahnya Allah menciptakan kaum wanita di bumi ini. Jika begitu,adalah munasabah jika kaum wanita berada di planet lain yang mana dikhususkan hanya untuk kaum wanita. Begitulah sebaliknya. Islam membenarkan ikhtilat bukan secara mutlak tetapi berpandu dan terarah.

APA YANG SALAH???

Hati kita sering tertanya2… Apa yang salahnya ikhtilat ini?? Dimanakah salahnya ikhtilat ini??? Mengapa salah?? Sememangnya hati sentiasa berperang dengan nafsu. Nafsu sentiasa membenarkan apa yang diharamkan. Mungkin hati kita terasa remeh dengan faktor2 tegahan ikhtilat ini namun ia memberi impak maksima pada maruah,hati,diri dan seterusnya rantaian hubungan dengan Allah. Apa yang dilarang??

[ 1 ] MELIHAT النظر- –

” Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka…… dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka”

Surah An-Nur 30-31

Sabda Rasulullah SAW :

” Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu” (Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi)

[ 2 ] SENTUH – المسح –

Sentuhan amat beracun kerana lelaki dan perempuan mempunyai kuasa magnet yang positif+negetif. Ada kutub utara+kutub selatan. Dalil sudah sedia maklum tentang pengharaman sentuhan lelaki/perempuan.

[ 3 ] BERCAKAP LEMBUT – الحضوع في القول –

” Dan janganlah kamu ( isteri-isteri nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik.”

Surah Al-Ahzab 32

[ 4 ] TIADA PENDINDING ( HIJAB )

” Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka(isteri-isteri nabi) mintalah dari sebalik tabir. Cara demikian lebih baik bagi hati kamu dan hati mereka”

Surah Al-Ahzab 53

[ 5 ] KHALWAT

” Tidak boleh bersunyi dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim” (Riwayat Imam Bukhari)

PECAHAN IKHTILAT

Islam meletakkan garis panduan etika bagi masalah ikhtilat ini. Ikhtilat pula terbahagi kepada 2 iaitu :

[ 1 ] Ikhtilat ghoiri syar’ie

[ 2 ] Ikhtilat syar’ie

IKHTILAT GHOIRI SYAR’IE

1- Percampuran yang boleh menghilangkan maruah

2- Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah

3- Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam

4- Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat.

5- Tidak ikut adab Islam. Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan. Ikhtilat seperti ini hendaklah dicegah jika bertepatan dengan syarat.

IKHTILAT SYAR’IE

 – Mempunyai hajat

· Tempat menuntut ilmu

· Medan jihad

· Gerakan dakwah. Amar makruf nahi mungkar

· Menziarah

· Menghadiri jemputan. Cth: Kenduri kahwin dlll

· Menunaikan haji dan Umrah

· Musafir syar’ie

· Muhasabah kepimpinan. Cth: Mesyuarat agung,pembentangan

· Menjadi saksi

· Menyaksikan hukuman. Cth: Menyaksikan hukuman hudud

PANDUAN IKHTILAT- 3 perkara pokok mesti sentiasa diikuti, iaitu

1) Niat

Mestilah diniatkan kerana Allah.

2) Matlamat

Melibatkan perkara yang perlu dan diharuskan di dalam Islam, contohnya perubatan, pembelajaran serta pengurusan yang bertepatan dengan syara’.

3) Cara / Method

Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah:

i) menjaga pandangan

ii) memelihara aurat

iii) bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya

iv) mengawal gerak geri agar berpadanan dengan tujuan

v) bertutur dengan perkara yang perlu sahaja

SYARAT-SYARAT IKHTILAT

1- Tidak bersentuhan

2- Menjaga aurat

3- Menjaga adab bercakap

4- Mengasingkan tempat ( Pada tempat-tempat tertentu )

5- Dibawah kawalan orang yang dipercayai dan siqah.

MENGAPA DITEGAH?

1- Islam sangat berhati-hati menjaga sifat semulajadi manusia.

2- سد الزرائع iaitu menutup segala lubang-lubang maksiat

3- Mengelakkan fitnah yang mana memberi kesan yang besar dalam kehidupan.

4- Perbuatan ini termasuk dalam muqaddimah zina.

5- Menonjolkan ciri2 kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan atas segala darjat.

6- Menolak bentuk pergaulan diatas ciri2 kebinatangan dalam proses pembentukkan masyarakat.

7- Melahirkan keperibadian dan generasi manusia yang tinggi etika.

KESIMPULAN

Sesungguhnya masalah ikhtilat ini perlu diberi pencerahan dengan suluhan Al-Quran dan Sunnah. Pergaulan bebas tanpa kawalan dan terarah akan mengunndang bahana yang membengkak dalam masyarakat. Masyarakat kita sekarang ‘tenat’ dan semakin menjauh dari akhlak dan budaya ketimuran.

Kembali dan berubahlah kepada pengamalan dan penghayatan Islam.. Jangan terikut dek kejahilan moden…

“Dan jika engkau menuruti kebanyakkan orang yang ada di muka bumi,nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah mereka sangka semata-mata hanyalah berdusta”

 
Leave a comment

Posted by on November 6, 2011 in Tarbiyyah

 

Tags: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: