RSS

Notaku: Demokrasi dan Ketuanan Islam

20 Nov
  1. Oleh kerana cintakan keamanan dan kedamaian,sistem demokrasi amatlah dialu-alukan untuk diamalkan di negara ini.demokrasi memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk menyuarakan pandanagan dan menyalurkan krutikan pada tempatnya yang betul. demokrasi juga menjamin peralihan dan pengaliran kuasa agar ianya berlaku dalam keadaan aman.
  2. Syura adalah satu kaedah permuafakatan yang cukup besar dalam islam.tetapi walaupun ia begitu penting,kita dapati bahawa al-Quran hanya menyebut perkataan syura didalam dua potong ayat,
  3. Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;(Surah as syura: 38)
  4. “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Surah al imran: 159)
  5. Perincian syura yg diterangkan oleh sunnah Rasulullah saw dan amalan khulafa rasyidin juga masih bersifat umum.
  6. ini menunjukkan syura sebagai satu mekanisme yang cukup anjal lalu memberi ruang keada sistem pemerintahan islam untuk berkembang bersesuaian dengan perubahan struktur masyarakat dan keluasan empayarnya
  7. terdapat persamaan antara sistem syura dan demokrsi yang jika dikaji akan membantu ahli politik islam unutuk menggubal sistem terbaik bagi sistem pemerintahan islam di masa akan datang.
  8. Di antara titik persamaan tersebut adalah pada penolakan budaya diktator, pemutusan sesuatu isu secara bersama oleh anggota masyarakat yag berkelayakan,tidak menghadkan kepada satu pandangan dari satu sumber dan penggiliran kuasa secara aman.
  9. Walaupun pun begitu,sistem demokrasi barat yang asli,yang berasal dari fahaman humanisme,haruslah ditangani oleh umat islam dengan cara yang baik.
  10. Kehendak-kehendak manusia menurut islam perlu DIIKAT dengan batas-batas syarak.ruang besar yang diberikan oleh demokrasi barat kepada kehendak manusia,akhirnya wajib dibatasi dengan syariat.
  11. kehendak-kehendak manusia(kuasa rakyat) tidak boleh merampas kuasa Allah di dalam menentukan perlembagaan dan undang-undang, apatah lagi dalam membatalkan maqasid syarak di dalam meletakkan as-siyadah lillah(ketuanan adalah milik mutlak Allah.
  12. Dr Taufiq Waie berkata: “Sesungguhnya islam tidak mengambil kira pandangan majoriti ketika wujudnya hukum didalam al-Quran dan Sunnah. Ini berbeza dengan sistem demokrasi barat yang memberikan pandangan majoriti hak mutlak di dalam menentukan undang-undang tertinggi undang-undang sedia ada akan digubal jika bertentangan dengan pandangan majoriti.”

TIADA PANDUAN HIDUP

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” (Surah an-nisa: 59)

  1. Di sudut yang lain, umat Islam mungkin memandang demokrasi sebagai jelmaan kebebasan dan syura,tetapi barat selama-lamanya akan memandang demokrasi sebagai sistem untuk memaksakan KEHENDAK MEREKA ke atas semua manusia di dunia.
  2. Ternyata di negara yang mengamalkan demokrasi disana tidak menyebelahi polisi dan kepentingan barat, mereka tidak akan menghormati pilihan rakyat.
  3. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada gaza,walaupun hasil dari pilihan rakyat palestin melalui sistem demokrasi
  4. Amalan demokrasi yang dicampuri oleh falsafah dan pandangan barat tidak akan menguntungkan umat salm.demokarsi seumpama ini tidak pernah sama ekali mengiktiraf SIYADAH ISLAM(ketuanan Islam) yang merupakan maqasid syarak.
  5. Apabila USA memberikan demokrasi kepada iraq,selepas era saddam, iraq kehilangan siyadah islam . Ia juga yang akan berlku di mana-mana pun tempat di dunia apabila barat mencampuri amalan demokrasi disatu-satu negara.
  6. Oleh itu,amat penting umat islam untuk menarik nafas  panjang,menyiapkan diri dan berisaha unuk MEMUTUSKAN demokrasi negara ini dari falafah dan campur tangan barat.
  7. Kita perlu KHUSUSKAN demokrasi di Malaysai KEARAH memenuhi maslahat Islam yang bersifat tempatan mengikut nilai-nilai dan neraca setempat. Inilah format yang kan memenuhi tuntuan maqasid syarak
 
Leave a comment

Posted by on November 20, 2011 in Wacana, Ceramah, Penjelasan

 

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: