RSS

Keunggulan dan kebenaran Islam

20 Nov

Islam bukan sekadar unggul, bahkan yang lebih tepat ia agama yang benar, satu-satunya agama yang benar. Bagaimanapun kebenaran mutlak yang bersandarkan kepada kebenaran Allah Taala itu tidak dapat mengekalkan kedudukan agama Islam sebagai penguasa unggul dunia ini suatu masa lalu.

Allah Taala telah menetapkan undang-undang bahawa agama Islam hanya akan unggul di persada dunia jika ia dianuti oleh umat yang bekerja keras untuk agama suci ini, berpaksikan nilai-nilai tetap Islam dari sudut akidah dan akhlak.

Kemuliaan dan kebanggaan menjadi umat Islam adalah milik mereka yang mempunyai nilai-nilai peribadi yang ditetapkan oleh Islam dan mereka juga bekerja keras berijtihad, melakukan inovasi mengembangkan satu-satunya agama yang suci ini.

Hari ini kita lihat ramai peribadi muslim yang tidak menepati nilai-nilai yang dikehendaki Islam, jauh lagi mahu bersusah payah untuk berijtihad dan membawa pembaharuan bagi tujuan mencapai kedudukan unggul Islam di persada dunia. Allah itu Maha Pengasih dan tidak ada istilah “you are fired”dalam hal ini. Tetapi kita juga tidak mahu kebanggaan sebagai muslim hanya tinggal kebanggaan kosong.

Ikhwan Muslimin adalah gerakan Islam yang hebat. Dikaitkan dengan jamaah bersejarah ini merupakan suatu yang membungakan hati kebanyakan pengikut gerakan Islam, tidak kira perkaitan itu dilihat dari sudut apa sekalipun. Bagaimanapun harus diingat bahawa syarat-syarat yang sama juga terpakai. Pegangan kukuh pada nilai-nilai “asolah” dakwah dan berijtihad melakukan inovasi, mencari jalan ke arah pengembangan, pembaharuan dan kemajuan. Dan seterusnya mengalahkan pesaing dari kalangan gerakan sekularisme, liberalisme, pluralisme, ajaran sesat dan sebagainya. Itulah batu tanda pencapaian dan pengenalan diri. Jika tidak, kebanggaan hanya tinggal kebanggaan.

 
Leave a comment

Posted by on November 20, 2011 in Wacana, Ceramah, Penjelasan

 

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: