RSS

Manhaj Ini

20 Nov

Pengertian yang pertama: Sesungguhnya keikhlasan, kesempurnaan tajarrud, tindak balas mendalam terhadap isu, bebas daripada ganjaran dunia, kesemuanya itu merupakan faktor-faktor utama yang menguatkan kesan kalam pendakwah ke atas ikhwannya dan orang ramai secara umum.

Semakin beliau menjiwai dan menyebatikan dirinya dengan topik bicaranya, semakin kuat kesan kalamnya ke dalam hati para pendengar. Walaupun beliau bukan seorang yang fasih. Walaupun beliau mungkin mengulangi ayat-ayat bicara yang mungkin sudah biasa didengar dan dihafal oleh orang sebelum ini.

Berulangnya kumandang azan lima kali sehari dari beberapa buah masjid selama berpuluh-puluh tahun disambut oleh kehadiran biasa orang-orang beriman, dan kadang-kadang disambut secara dingin, tiada yang memerhatikan pengertian besar di sebalik kalimat-kalimat azan itu kecuali sebilangan kecil orang yang hatinya makmur dengan keimanan dan fikh.

Akan tetapi, keikhlasan Haji Ahmad dan akhlaknya yang baik, telah menjadikan kalimat-kalimat azannya sebagai satu pelajaran yang sempurna, satu penyampaian bagi pelajar-pelajar Universiti yang hidup dalam zaman sukar dan dipenuhi dengan pelbagai kekeliruan dan campur baur.

Manhajiah Tarbiyah Dakwiah perlu peka terhadap sasaran fenomena pertama ini. Ia perlu berusaha mengekalkan pengajaran ikhlas dan seumpamanya pada kedudukan pertama di tangga pendakian, sebagai objektif yang kekal dan sentiasa mengiringi setiap marhalah dan perincian Manhaj Tarbiyah Dakwiah.

Ini agar kalam dakwah mendapat keberkatan, walau seringkas mana sekalipun ia, tanpa hiasan sastera yang indah, walau setegar mana sekalipun ia, tanpa sebarang pembaharuan.

Pengertian yang kedua: Sesungguhnya dakwah yang lama dan utuh, yang telah digilir pikul oleh beberapa generasi duat … sesungguhnya dakwah yang demikian telah Allah Taala bina baginya satu entiti moral dan nilai sentimental yang kuat kesannya di hati pendakwah dan manusia.

Terdapat padanya keberkatan, sehingga menjadikan yang sedikit itu banyak, yang rendah itu tinggi, yang sempit itu luas, yang kaku membatu itu bercakap, seperti Masjid Husain Basya itu. Manhaj Tarbiyah Dakwiah ini tidak akan mendapat peluang untuk memberi kesan yang kuat jika dilaksanakan dalam bangunan yang baru dibina, baru diberi nama, baru dari segi pendukung, norma dan pengalaman.

Sebaliknya, perlaksanaan manhaj yang lengkap ini mesti bertitik tolak daripada binaan dakwah yang mendalam akar umbinya, yang diwarisi secara menghadap oleh generasi sebelum ini daripada generasi terdahulu, sehingga sempurnalah tunjuk ajar, pemikulan amanah, beban dan kefahaman, dalam proses pewarisan secara tenang dan teratur, tanpa campurtangan penghakiman hakim, atau hingar perbalahan para waris. Begitulah berlakunya kesinambungan dan perhubungan sanad dan nasab.

Sesiapa sahaja di kalangan pendakwah baru, yang mahu melangkaui pengertian ini, lalu menganggap bahawa pembaharuan perencanaan menuntut entiti baru yang berasingan, maka beliau sebenarnya telah jauh melayani ketidakpastiannya. Ini kerana beliau tidak menemui sentuhan keberkatan dalam entitinya yang baru, yang kehilangan nafas harum generasi demi generasi sebelum ini.

 
Leave a comment

Posted by on November 20, 2011 in Tarbiyyah

 

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: