RSS

Formula Memilih Pemimpin

20 Nov

Formula yang dimaksudkan adalah berdasarkan ayat al-Quran, dalam Surah al-Qasas ayat ke 26:

قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الأمِينُ

Maksudnya: “Berkatalah salah seorangnya: Wahai bapaku! Ambillah dia sebagai orang upahan. Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau upah ialah orang yang kuat dan dipercayai.”

Dua sifat yang ditonjolkan dalam ayat di atas ialah kuat (القوي ) dan dipercayai (الأمين ) . Kuat memberi erti keupayaan dan kompetensi untuk melakukan sesuatu tugas. Keupayaan dan kekuatan itu ada pelbagai jenis.

Kekuatan akal fikiran (cerdik), kekuatan fizikal, kemahiran mengurus, berkomunikasi, berniaga, mempengaruhi, berpidato dan seribu satu macam keupayaan dan kekuatan lain. Kekuatan yang diperlukan sudah tentu berbeza-beza mengikut tugasan yang diberi.

Kalau kita mahu seseorang untuk bergusti, pasti sekali kita mahukan kekuatan fizikal. Kalau mahukan seorang pengurus pejabat, jangan pilih orang seni, silap besar tu, kerana kekuatannya berada dalam lapangan yang berbeza.

“Dipercayai” merupakan satu sifat yang bukan hanya diperlukan apabila kita mahu melantik seseorang untuk menjadi bendahari semata-mata. Sebaliknya, sifat tonggak itu diperlukan dalam setiap pekerjaan dan jawatan.

Bahkan “dipercayai” merupakan faktor penentu kejayaan sesuatu hubungan. Kalau sudah tidak percaya, kalimat perbualan hanya keluar dari batang tenggorok sahaja, bukan dari dalam hati lagi.

Dalam konteks jawatan kepimpinan organisasi dakwah, soal kompetensi dan “dipercayai” mengambil dimensi yang lebih tinggi dan mencabar.

Soal berat ini tersimpul pada dua isu besar. Isu pertama ialah sejauh mana pemimpin tersebut boleh dipercayai untuk membawa organisasi ke arah matlamat yang betul.

Isu kedua ialah sejauh mana keupayaannya untuk membuatkan pengikut sanggup mengorbankan masa rehat, wang ringgit, kepentingan peribadi dan apa-apa saja demi mencapai objektif organisasi.

 
Leave a comment

Posted by on November 20, 2011 in Wacana, Ceramah, Penjelasan

 

Tags: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: