RSS

Notaku: Melakar Agenda Bangsa

20 Nov

dari Kertas Kerja Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa


(Surah al-anfal:48)
وَإِذْ زَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ وَقَالَ لاَ غَالِبَ لَكُمُ الْيَوْمَ مِنَ النَّاسِ وَإِنِّي جَارٌ لَّكُمْ فَلَمَّا تَرَاءَتِ الْفِئَتَانِ نَكَصَ عَلَى عَقِبَيْهِ وَقَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِّنكُمْ إِنِّي أَرَى مَا لاَ تَرَوْنَ إِنِّي أَخَافُ اللّهَ وَاللّهُ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya.”

  • Kegagalan dalam menangani isu-isu berkaitan dengan kepentingan agama dan bangsa secara bersama telah memperlihatkan kelemahan yang sangat nyata.
  • Ini menunjukkan kepada satu perkara sahaja iaitu bahawa tiada satu agenda bangsa yang disepakati dalam kalangan kita.
  • Hanya politiking dan hizbiyah yang tidak dipandu landasan dan disiplin
  • bangsa melayu kelihatan satu bangsa yang lemah tiak memiliki kekuatan membuat keputusan yang merdeka untuk kepentingan mereka sendiri
  • masalah keperibadian umat secara keseluruhan
  • struktur keperibadian kebangsaan melayu itu sendiri
  • kegagalan gagasan yang sebeum ini yang mungkin tidak mengandungi agenda pembangunan bangsa yang menyeluruh
  • lahirlah bangsa yang hanyut mengikut apa sahaja seruan tanpa pedoman

AWALIYAT

  • perkara yang menjadi tumpuan ikhwan muslimun-mentarbiah jiwa,memperbaharui ruh,memperkuatkan akhlak,membangunkan al-rujulah(kejantanan) yang betul pada diri umat
  • merupakan asas pertama kepada kebangkitan mana-mana bangsa dan umat

ISU KEBANGSAAN

  • umat yang sedang bangkit memerlukan kepada perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung,istimewa dan bersejarah sehingga terbentuk dalam generasi muda.lantas mereka berjuang demi kagungan dan kmuliaan itu dengan darah dan roh mereka.mereka bekerja demi kebaikan tanah air,kemuliaan dan kebahadaannya.
  • umat-umat moden berusaha untuk memantapkan pengertian ini dalam diri pemuda-pemuda mereka,lelaki-lelaki dewasa dan anak-anak keseluruhannya
  • perasaan seorang muslim tinggi sehingga bersambung dengan Allah swt berbanding perasaan orang ain yang setakat cakap sahaja
  • islam menetapkan tujuan daripada penciptaan perasaan ini dan mengikatnya dengan batasan,menerangkan bahawa ia bukan asobiah bangsa atau kebangsaan palsu sebaliknya memimpin dunia ke arah kebaikan
  • kita memperjuangkan kemuliaan,menentang kehinaan dan  menghormati nilai-nilai yang tinggi dalam setiap urusan dan perkara.
  • oleh itu perasaan ketuanan ini pada diri generasi awal islam membawa kepada kemuncak keadilan dan kerahmatan.
  • padahal konsep ketuanan bangsa barat tidak tertenju tujuan selain assobyiah yang palsu kerana ia menyebabkan perbalahan dan permusuhan terhadap umat yang lemah
  • islam menjauhkan umatnya dari kejahatan dan pelampauan

TUJUAN KONSEP KETUANAN BANGSA BARAT

  • Hancurkan bangsa sendiri
  • lahir golongan orang melayu sendiri ingin menghancurkan keperibadian kebangsaan mereka.
  • mereka mengatakan bahawa Melayu adalah rasis dan asobiah.
  • ini zaman multiracial dan kesamarataan mutlak,oleh itu kita tidak boleh bercakap atas nama melayu.

BANGSA YANG KUAT

  • jika anda marah beberapa orang melayu yg didakwa rasuah dan korup,mengapa menyalahkan satu kaum,14 juta umat melayu yang lain yag tidak berdosa
  • wujud satu bangsa yang KUAT dan beriman dengan risalahnya merupakan langkah pertama kearah penegakan agenda islam yang menyeluruh.
  • sejarah menunjukkan bahasa kuasa-kuasa islam diTUNJANGI oleh sebuah bangsa yang kuat.
  • tanpa bangsa yang kuat yang mendorong risalah islam,agenda umat tidak mungkin akan ditetapkan.
  • Islam lemah di tanah arab kerana arab lemah,islam lemah di turki kerana bangsa turki lemah, islam lemah di tanah melayu kerana melayu lemah, dan begitulah seterusnya
  • bangsa melayu memimpin islam di rantau ini selama 200 tahun sehingga dikalahkan penjajah portugis dan bernaung di bawah kuasa penjajah barat

(Surah muhammad: 38)

(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal) dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.”

AGENDA MEMBANGUNKAN UMAT YANG KUAT

  • tiada agenda ini dalam pemikiran,kita bergaduh,berpecah dan berpatah arang,lalu jadilah kita umat yang dipolitikkan(musayyasah) dan berjuang hanya untuk agenda ORANG LAIN
  • sejarah menunjukkan mana-mana bangsa di dunia berjuang demi mempertahankan:

1.hak mereka untuk wujud
2.hak mereka untuk survival
3.hak mereka untuk membuat keputusan terhadap masa depan

  • bangsa yang merdekan memiliki hak-hak asasi ini tanpa boleh diganggu gugat atau diancam oleh orang lain.inilah juga tujuan yang dikehendaki oleh islam.kta menjadi bangsa yang memiliki kebebasan kehendak yang dapat melaksanakan tujuan hidupnya sebagai seorang muslim

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-anfal 39)

“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayat petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.” (Surah as-saf:9)

“(Mereka yang munafik itu ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? (Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang) dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)? Maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.” (Surah an-nisa: 141)

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al maidah: 3)

APA YANG KITA MAHU

  • suasana dan komposisi di mana umat Islam dapat merealisasikan matlamat hidup mereka seperti yang diredhai oleh Allah swt dan dapat mempertahankan kepentingan mereka tanpa boeh dicabar oleh orang lain
  • Malaysia adalah negara Islam dan kita wajb mempertahankannya sebagaimana sepatutnya
  • mana-mana pihak tidak berhak menggadai kedaulatan negara sebagai sebuah negara islam dengan membawa apa-apa ideologi yang akan menghakis terus kedudukan agama Islam dan ketuanan melayu
  • perdamaian antara islamis dengan nasionalis atas satu agenda membangunkan sebuah bangsa yang hebat
  • pergaduhan antara islamis dan nasionalis sudah tidak relevan lagi,berlarutan daam pergaduhan menyebabkan kita terpesong dari tujuan asal dan kemungkinan terjebak dalam agenda yang disusun oleh orang lain
 DUA PILIHAN UMAT MELAYU


Bangkit bersatu atas agenda sendiri
atau
Terus berpecah dengan melaksanakan agenda orang lain

  • membina jatidiri atas keperibadian islam yang betul
  • bersatu atas satu agenda untuk menjadi bangsa yang  kuat bagi memimpin agenda islam
  • mewujudkan situasi di mana bangsa melayu memiliki wewenang yang mutlak(sifat keupayaan memaksa kehendak dengan kekuatan) dalam menentukan agenda mereka sendiri berasaskan islam.
  • ini adalah landasan yang akan mementukan pendirian dan tindak tanduk dakwah dan politik
  • kekuatan akidah, kekuatan ukhuwah dan kesatuan, kekuatan lengan dan senjata

UMAT MAJORITI YANG BERPECAH

  • mereka sepatutnya boleh memaksa kehendak mereka dalam hal ehwal kenegaraan,tambahan pula sejarah dan struktur yang berpihak pada bangsa tersebut
  • Namun,berlaku sebaliknya, sebab yang utama dalam perpecahan adalah kepartian yang melampau

(Surah al-anfal:46)
وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.

  • hilangnya kekuatan pengaruh dan dominisasi yang mengizinkan mereka memaksa kehendak,menjaga kedaulatan negara dan mempertahankan kehormatan
  • bersatu atas satu agenda merupakan satu kefardhuan yang mesti dilaksanakan
  • mendidik anak bangsa dengan thaqaah(bahan-bahan( kesatuan seperti yang dituntut oleh agama
  • menyebarkan sikap toleransi terhadap perbezaan pendapat dan mazhab serta menyedarkan mereka dengan agenda bangsa yang lebih besar
 
Leave a comment

Posted by on November 20, 2011 in Wacana, Ceramah, Penjelasan

 

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: