RSS

Ibadah Dalam Seluruh Aspek Kehidupan Manusia

21 Nov

Shaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata di dalam risalahnya tentang al-‘Ubudiyyah: “Ibadah ialah statu kata nama yang merangkumi semua yang disukai Allah dan diredai-Nya; Sama ada percakapan atau perbuatan, zahir mahupun batin. Seperti solat, zakat, puasa, haji, berkata benar, amanah, berbuat baik kepada kedua orang tua, menghubung silaturahim, menunai janji, menyuruh yang makruf dan mencegah yang munkar, berjihad, berbaik-baik dengan jiran, orang miskin dan musafir, membaca al-Quran, berdoa, berzikir dan lain-lain lagi yang seumpamanya.”

Fenomena sempitnya ibadah dalam pemikiran umat adalah disebabkan oleh faktor yang amat mendasar yang tidak digarap dengan sempurna. Iaitu asas akidah telah dilangkau bahkan dibuang ke tepi semata-mata mahu menanamkan ibadah yang kering semata-mata dalam kehidupan. Sungguh merbahaya jika melaksanakan ibadah tanpa memahami akidah yang sahih.

Persoalan mengapa kita mesti beribadah tidak terjawab, kerana aspek keimanan kepada Allah SWT dan Rasul juga masih terlalu susah dicerna oleh pemikiran umat yang sememangnya cetek ilmu. Mereka belum memahami bahawa iman itu menuntut ketundukan dan ketaatan.

Shaikhul Islam Ibnu Taimiyah: ”Sesiapa yang tunduk kepada seorang manusia padahal dia membencinya (tunduk dalam keadaan terpaksa), dia tidak dianggap menjadi hamba kepada orang itu. Begitu juga jikalau dia suka kepada seorang manusia tetapi dia pun tidak mahu tunduk kepadanya maka dia bukanlah hamba kepadanya juga.”

Untuk beribadah kita perlukan jiwa hamba yang sedia mencintai Allah SWT, taat dan setia dan menyokong syariat-Nya tanpa memilih yang lain. Aspek akidah sebegini belum betul-betul terpacak dalam peribadi umat. Begitu pula halnya dengan keimanan kepada Rasulullah SAW.

Padahal ibadah yang diterima Allah SWT menurut kesepakatan para ulama mestilah memenuhi dua syarat, iaitu ikhlas kepada Allah dan betul caranya menurut ajaran Rasulullah SAW. Betapa pentingnya ilmu dicari kerana tingkat kecintaan hamba kepada Allah SWT dan Rasul-Nya adalah berdasarkan ilmunya tentang Allah dan Rasul. Bukan cuma ikut-ikutan saja.

Jika ibadah dilaksanakan kerana dorongan akidah yang kuat maka ibadah itu akan mampu melahirkan peribadi yang sempurna. Sepertimana firman-Nya dalam surah Al-Nur ayat 51 yang bermaksud: ”Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diseru kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya ialah supaya mereka menetapkan Rasul menjadi Hakim yang memutuskan hukum di antara mereka. Mereka hanya berkata: Kami dengar dan kami taat. Dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.”

Alangkah rapuhnya nilai ibadah di dalam diri hamba yang tidak memahami akidah yang sahih. Dia beribadah tetapi bersamaan dengan itu dia juga menolak hukum Allah, dia beribadah tetapi sekaligus dia menghina sunnah Rasulullah SAW. Ibadah tidak lebih sekadar aksesori pelengkap untuk mempercantik penampilan, sedangkan jiwanya sudah mati tanpa disedari, kosong tanpa berpenghuni.

 
Leave a comment

Posted by on November 21, 2011 in Tarbiyyah

 

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: