RSS

Peperangan Pemikiran

21 Nov

Jika sebelum ini perang pemikiran disabitkan dengan budaya hedonisme, budaya kuning, pengaruh kehidupan ala-Barat, namun pada hari ini, saya melihat perang pemikiran ini dibawa dalam bentuk-bentuk ideologi yang pelbagai, bahkan kadang-kadang disambut pula oleh mereka yang memperjuangkan agama Islam di bumi kita.

Ini antara beberapa contoh serangan yang melanda umat Islam. Terutamanya golongan belia yang dikenali dengan golongan yang agresif dan bersemangat muda.

Sekularisme. Ini adalah antara serangan awal yang dibuat oleh musuh Islam kepada umat Islam. Memisahkan agama dalam kehidupan umat Islam. Antara kejayaan besar musuh Islam dengan senjata ini adalah meruntuhkan Khalifah Uthmaniah di Turki pada awal abad ke-19. Walaubagaimanapun, sekularisme yang jelas-jelas mengenepikan agama tidak mendapat sambutan hangat di negara kita kini, kerana umat Islam amat sensitif terhadap usaha mengenepikan agama secara total seperti ini.

Humanisme. Ini juga merupakan satu daripada pengaruh yang mula merebak di kalangan masyarakat kita. Atas nama hak asasi manusia, pelbagai tuntutan diminta oleh pendokong-pendokong fahaman ini. Saya kira, keberanian golongan pendokong hak asasi manusia-manusia yang bernafsu gay dan lesbian untuk membuat seminar di negara kita, adalah daripada kejayaan mereka dalam isu-isu hak asasi manusia sebelum ini yang disambut dengan sangat baik oleh umat Islam di negara kita. Jika dibiarkan, entah apa lagi ‘Human Rights‘ yang akan dibawa oleh kelompok ini.

Sosialisme. Dalam sedar tidak sedar, pengaruh fahaman sosialis juga sedang marak merebak di kalangan umat kira, juga tidak terlepas di kalangan mahasiswa yang mengaku memperjuangkan kebangkitan suara mahasiswa. Bahkan, terdapat mahasiswa dengan beralasan ‘Student Power‘, mendokong kefahaman sosialisme sebagai pahaman mereka dalam menggerakan mahasisawa di negara ini.

Pluralisme. Pengaruh pluralisme ini antara yang makin cepat merebak di negara kita. Bahkan, terdapat cerdik pandai dalam agama juga secara tidak sedar terbawa-bawa agenda pemikiran pluralisme. Menyamakan semua agama sebagai sama adalah contoh pluralisme yang nyata. Namun bagi saya, terlalu mengambil kira hak orang lain sehingga secara tidak sedar menjatuhkan ketinggian Islam juga satu daripada kesan fahaman pluralisme.

Liberalisme. Kini, terdapat pelbagai kelompok yang membawa isu hak sama rata di negara kita. Baik yang bertopengkan Islamiknya, mahupun yang bersama dengan fahaman-fahaman lain dalam memperjuangkan hak sama rata ini, Kononnya umat Islam tidak adil dalam beberapa perkara, dan lain-lain lagi isu yang dibangkitkan.

Ghuzwatul Fikr : Bilamana manusia ‘dikawal’ dari jauh oleh pihak lain.

Mungkin masalah ini tidak berlaku sekarang (atau kita yang tidak sedar), namun melihat kepada beraninya pendokong humanisme membawa ideologi mereka sekarang (www.seksualitimerdeka.org), mungkin jika kita biarkan fahaman-fahaman lain berkembang, kita sudah tidak mampu untuk menyekatnya nanti.

Saya merasa risau, bagaimanana ketika ini, ada di kalangan umat Islam di negara kita, mengaku membawa Islam tetapi dalam masa yang sama, membawa fahaman-fahaman ini bersama mereka. Saya kira ini adalah contoh kejayaan senjata baru musuh Islam, yang ingin melihat umat Islam sendiri secara  tidak sedar membawa fahaman mereka,dan meminggirkan secara perlahan-lahan ajaran Islam.

Cuba anda bayangkan, di zaman umat Islam sedang menghadapi Perang Salib dengan Kristian pada ketika masa dahulu, bangun seorang Islam yang kononnya bersama dalam perjuangan Islam, mengisytiharkan bahawa beliau menyokong dan mendokong fahaman Kristian dalam mentadbir kerajaan dan dunia. Pasti dia akan dipandang sebagai musuh bukan? Kini, ia seperti berulang lagi.

Namun dalam satu bentuk yang lebih halus, bukan lagi fahaman dari sudut agama, tetapi dari sudut cara fikir umat Islam.

Adakah dalam Islam tidak ada hak manusia, tidak ada semangat pembaharuan, tidak ada hak sama rata? Yang pasti, tiada jalan tengah di antara syariat dan keinginan!

Tiada manhaj altenatif bagi orang yang beriman untuk dipilih salah satu atau dicampurkan antara satu sama lain. Tidak sekali-kali. Barangsiapa yang tidak masuk Islam secara keseluruhannya, tidak menyerahkan dirinya secara ikhlas kepada pimpinan Allah dan syariatnya dan tidak membebaskan diri dari tasawwur, konsep, manhaj dan syariat yang lain, sesungguhnya dia mengikut jejak langkah dan melalui jalan syaitan”

(As-Syahid Syed Qutb : Fi Zilal al-Quran, Juzu’ 2, m.s. 142)

Ayuh belia, jangan biarkan darah muda, semangat muda kita dikuasai oleh pihak lain. Jangan biarkan kita dipandu oleh mereka yang tidak di jalan Islam. Jangan serahkan kefahaman dan kesetiaan kepada mereka yang tidak membawa Islam, kerana pasti satu hari nanti, mereka inilah yang akan menghancurkan Islam.

Nota :

Untuk bacaan tambahan:

1. Kata pengantar Dr. Amien Rais dalam buku Khilafah dan Kerajaan karya Syeikh Abdul A’la Maududi

2. Bab 1 : Kita Menolak Hawa Nafsu, Muntalaq karya Syeikh Muhammad Ahmad ar-Rashid

 

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: