RSS

Virus hati menuju jalan dakwah: Penyakit 1 Futur

28 Nov

Afatun ala at thoriq-virus/penyakit hati menuju jalan dakwah

Bagaimana hendak mengatasi fasa ini? Penat juga mencari.

Alhamdulillah, Allah takdirkan tangan ini masih mampu menyelak buku ‘Afatun ‘ala ath-Thariq: Terapi Ruhiyah Aktivis Dakwah karangan Dr Sayyid Muhammad Nuh.

Antara banyak-banyak poin yang ditulis, salah satu sebab berlakunya fasa ‘pudarnya komitmen’ yang paling menyentuh jiwa ialah faktor lemahnya iman, kerana iman ialah sumber energi seorang Muslim. Sebab itulah tarbiyyah / pendidikan Islam sentiasa menekankan kepentingan pemeliharaan iman.

Rasulullah bersabda,
“Sesungguhnya keimanan itu benar-benar lapuk di rongga salah seorang kalian sebagaimana lapuknya pakaian, kerana itu mintalah agar Allah memperbaharui keimanan itu di dalam hati kalian.” (riwayat Thabrani)
“Perbaharuilah keimanan kalian,” ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah bagaimana cara memperbaharui keimanan kami?” Beliau menjawab, “Perbanyakkanlah ucapan laa ilaaha illallah.” (Al-Musnad 2/359)

Ya, jiwa ini perlu dibasahi dengan kalimah itu, beserta penghayatan yang sebaik mungkin. Keperluan ruhiyah perlu dijaga. Rasa macam sudah lama terbiar.

FUTUR-Berhenti selepas ,diam setelah berhenti,sifat malas,bertangguh,procrastination,lambat buat kerja walhal sebelum ini aktif

Istilah=satu penyakit roh yang meimpa sebahagian aktivis dakwah
Dan ada spectrum-dari bertangguh sampai paling max-pasif dalam kerja dakwah
Anbiya: 19-20
Malaikat tiada waktu future

Sebab kenapa futur timbul dalam diri seseorang
1.berlebihan dalam beragama,(contoh hadis 3 sahabat yang cuba melampau dalam beribadat-taknak tidur,taknak buka puasa,taknak kawin)
2.menjauhi hidup berjemaah dan suka bersendirian,isolate diri dari orang lain,tiada kekuatan ukhwah(dan dalam jalan dakwah ini tidak mampu melakukannya seseorang)
alimran:2 bertolong-tolong dalam perkara kebaikan
3.lalai dalam mengingati mati dan kehidupan akhirat yang kekal abadi
lupa mencari redha Allah.
4.lali dalam amal fardhi-amalan harian,bandingkan waktu kita istiqamah dan waktu kita lalai dalam melakukan amal fardhi-benteng menjahkan syaitan dari mengfuturkan kita
5.makan perkara haram atau syubhah
an-nahl:14
6.kita limitkan aktiviti agama kepada aspek tertentu sahaja.contohnya ibadah hanyalah di masjid,padahal segala aktiviti kita dunia ini boleh menjadi ibadah kepada Allah swt,eg ziarah,riadah,belajar,
7.melalaikan sunatullah kepada kehidupan,masyarakat
tidak memerhatikan sunatullah,lihatlah dalam penciptaan bayi-banyak step2 dalam menjadi bayi yang sempurna-kena aware dengan sunatullah,berharap kepada Allah swt agar mudahnya perubahan
8.hak-hak jasmani tidak terjaga.kesihatan,kecerdasan
9.tidak bersedia untuk menghadapi ujian2 dakwah-mmg akan ada banyak ujian
satu cara Allah menaikkan darjat mereka dengan ujian yang mereka lalui
10.terlalu bersama dengan orang orang yang tak sama semangatnya
pastikan sahabat baik kita adalah ikhwah,paling koman pun orang islam
11.takde planning dlam amal dakwah-tiada perancangan-secara individu mahupun jamaie-masa yang kosong akan terisi dengan perkara yang tidak baik/kurang priority
12.tenggelam dalam maksiat,meremehkan dosa-dosa kecil

Kesan futur kepada diri kita
1.Individu.Apa yang kita risau-Allah tarik nyawa kita semasa kita futur.
Alangkah bagus jika ujian kesihatan/nyawa semasa kita giat berdakwah kepada Allah swt.
2.Kesan kepada jemaah

17 terapi merawat hati
1.menjauhi maksiat-kecil ataupun besar
2.menjaga amal fardhi-isi masa dengan baik
3.memanfaatkan masa dengan sebaiknya-gunakan sebagai ibadah
4.menjauhi sikap berlebihan dalam agama-wasata /bersederhana
5.menggabungkan diri dalam satu jemaah dan tidak mengasingkan diri
6.perhatikan sunatullah masyarakat/manusia dan alam,belajar fitrah manusia agar kita tidak lemah semangat
7.aware dengan tribulation dakwah/cabaran-cabaran dakwah,inilah yang akan menguatkan kita
8.perancangan yang jelas dalam usaha dakwah,individu ataupun jemaah
9.bersahabat dengan orang-orang soleh dan mujahid
10.memenuhi hak2 jasmani
11.menghibur diri dengan hal-hal yang harus-agar tidak cepat penat
12.selalu mengkaji sirah nabi,sejarah islam,urusan dakwah
13.mengingati mati dan akhirat
14.ingat nikmat syurga dan azab neraka
15.menghadiri majlis ilmu,faatir :28
16.mengambil ajaran islam secara keseluruhannya,islam sebagai cara hidup,system hidup
17.sentiasa muhasabah-buatlah sekali seminggu.apa yang perlu diperbaiki,apa yang perlu improve
al-hajj 18

Future,israf,-berlebiha-lebihan dalam perkara harus,isti’jal-nak cepat menang,uzlah-mengasingkan diri,ijab nafsi-bagga diri,ghurur-tertipu diri sendiri,takabbur,riya wa sum’ah-riya dan menyusahkan orang,ittiba’ul hawa-mengikut hawa nafsu,ambition kekuatan-gila kuasa,berpandangan sempit,su’udhan-pandangan sangka buruk

Kes A
Memang biasanya aku ligat tetapi sekarang ini aku tengah down lah. Kau teruskanlah apa yang kau rasa baik untuk persatuan kita.
Kes B
Masa belajar di luar negara dulu memang saya aktif dan sentiasa bersemangat. Keadaan sekarang berbeza. Saya ada tanggung-jawab yang terlalu banyak yang mesti ditunaikan. Kerjaya saya sangat sangat demanding dan amat mencabar. Tuan doakanlah untuk saya.
Kes C
Dialah dulunya yang mendidik saya agar jadi orang baik dan berguna kepada masyarakat. Namun kini dia tidak seperti dulu, bahkan lebih teruk apabila dia pula yang menentang apa yang perjuangkannya sebelum ini.

Futur
Futur bererti lemah, malas, berhenti atau terputus setelah dahulunya dia rajin dan konsisten. Di dalam konteks berkebajikan atau amal dakwah, ia adalah sejenis fenomena penyakit yang menimpa seseorang aktivis dalam bentuk rasa malas, menunda, berlambat-lambat dan lebih menyedihkan ialah apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada berbuat sesuatu yang baik setelah dia pernah beriltizam dengannya.

Kenapa futur bahaya?
Walaupun futur  adalah fenomena yang biasa berlaku di dalam diri seseorang tetapi ia mestikan diuruskan dengan baik agar sejajar dengan sunnah. Jika tidak ia akan menyebabkan kesan-kesan yang buruk.
Di antaranya :
1. Cuai kepada tanggung-jawabnya.
Futur menyebabkan seseorang menjadi lemah dan malas di dalam menunaikan amanah dan tanggung-jawab yang dipikulnya. Ini menyebabkan tugasan tersebut tertangguh atau terbengkalai keseluruhannya.
2. Gugur dari jalan kebaikan.
Sekiranya futur dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan, maka dia akan menjadi satu tabiat. Lama kelamaan penyakit ini menjadi sebati dan seseorang itu menjadi semakin jauh dari amal kebaikan dan dia terus tenggelam di dalam dunianya. Apabila dia gugur dari jalan kebaikan , maka hilanglah kebaikan yang banyak darinya. Bahkan lebih teruk lagi apabila dia pula yang menentang seruan kebaikan yang pernah diperjuangkannya.
3. Mati di dalam keadaan yang futur.
Apabila futur sudah menjadi kebiasaannya, maka dia menanggung risiko besar untuk mati di dalam keadaan sedemikian. Amat kita takuti sekali jika Allah swt mengambil nyawa kita sedangkan kita dalam keadaan futur, sedangkan Allah swt menghisab amal seseorang berdasarkan akhir hayatnya. Di atas sebab irulah Rasulullah s.a.w mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dengan doa;
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu dari penyakit lemah dan malas. (Hadith riwayat Abu Daud)

Kenapa boleh futur ?Di sana, terdapat banyak pintu yang boleh membuka jalan kepada futur
1-Terlebih di dalam pergaulan. Rasulullah s.a.w menasihatkan supaya kita memilih kawan sebagaimana sabdaannya yang bemaksud; 
“Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman.” (Hadith riwayat Abu Daud)
2-Berlebih-lebihan atau melampau di dalam beramal
Ramai aktivis muda begitu bersemangat pada mulanya untuk melakukan pelbagai perkara sehingga melupakan anjuran Islam dan kemampuan diri sendiri. Akhirnya apabila fenomena futur menjelma, maka dia menjadi lemah dan bosan. Ada juga di kalangan manusia yang suka dan berlebihan menilai orang lain, namun kemudiannya dia sendiri futur dan menjadi lebih jelek dari orang yang dinilainya.
Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang dilakukan secara berterusan walau pun sedikit. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
3-Berlebih-lebihan dalam perkara yang harus.                                                                                Satu contoh berlebihan di sini ialah di dalam melayari internet, chatting atau berFB. Apabila berlebihan dengannya, seseorang itu akan ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk ‘terbang’ di alam siber. Akibatnya masa untuk berbuat kebaikan menjadi kurang dan dia sering merasa konflik antara dua perkara ini.
4- Suka bersendirian.
Apabila seseorang suka bersendirian, maka dia telah hilang satu sistem pertahanannya daripada syaitan. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai kambing yang terasing dari kumpulannya. Pastinya syaitan akan sentiasa berbisik agar seseorang itu meninggalkan amal kebaikan yang diperjuangkannya. Kita hanya akan mampu berkekalan di dalam kebaikan sekiranya terus bekerja dan hidup di dalam keadaan berjamaah dan bermasyarakat.
5-Kurang mengingati mati.
Antara faktor yang menjadi pemangkin kepada perjuangan ke arah kebaikan ialah dorongan untuk mendapat pahala, rindu dengan syurga, takutkan dosa dan siksa neraka. Amat penting bagi kita untuk terus mendidik diri agar istiqamah di dalam ibadah seperti membaca al Quran, solat subuh berjamaah dan amalan-amalan lain yang  akan mengingatkan kita kepada akhirat dan bukan hanya bercakap mengenai hal ehwal semasa atau politik semata-mata.
6-Enteng dengan perkara syubhat dan berbuat dosa.
Ada orang yang suka mengambil mudah atau enteng memandang dosa-dosa kecil. Lama kelamaan dia tercebur dan berterusan dengannya. Manusia pasti melakukan silap dan dosa tetapi apabila berterusan melakukannya maka ini akan menyebabkan hatinya gelap, dia menjadi futur dan kemudiannya berakhir dengan gugur.
7-Hati yang berpenyakit                                                                                                                     Ada di kalangan manusia berbuat kebaikan kerana inginkan nama dan populariti, ada yang berbuat demikian untuk mencuri hati gadis yang dicintainya dan pelbagai sebab yang lain. Kegagalan untuk memperbetulkan atau memperbarui niatnya akan menyebabkan dia sukar untuk bertahan lama daripada futur dan terus berundur.
8-Permasalahan dalaman organisasi                                                                                     Bermacam-macam faktor yang boleh  menyebabkan konfliks internal. Hanya mereka yang mampu berbesar hati dan berlapang dada serta dengan kebijaksanaan kepimpinan maka permasalahan-permasalahan ini akan dapat diatasi dengan baik.
9-Terlalu asyik dengan kerjaya dan dunianya.
Apabila seseorang telah menjadi terlalu asyik dengan kehidupannya, maka diai boleh tenggelam dengannya dan sukar untuk bangkit melainkan sekiranya dia ikhlas, intim hubungannya dengan Allah swt dan bersegera bangkit setelah dilanda futur.

Mari kita renungi bersama maksud sabdaan Rasulullah saw ini :
Sesungguhnya ada seorang hamba yang beramal dengan amalan ahli syurga menurut apa yang nampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghuni neraka, ada seorang hamba beramal dengan amalan ahli neraka menurut apa yang nampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghuni syurga. Sesungguhnya amal-amal itu bergantung daripada akhirnya. [Hadith riwayat Bukhari]

Syakhsiah diadun berdikit-dikit, Tanpa gopoh dan tanpa kendur,                                                                                        Andainya futur segera bangkit, Usah dibiarkan bersembah gugur.
Salam perjuangan….

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7)

topik ni memang jadi fevret terutama untuk mereka yang akan back for good (means: yang akan pulang semula ke tanah air dari belajar di luar negara).  satu fasa yang jadi antagonist kepada mereka yang berada dalam jalan juang ini. scary!! seram!! itulah perasaan yang diluahkan masing2 bila isu ini dikupas, dan saling mendoakan agar masing2 tsabat dan istiqamah di jalan ini…
nak tak nak, semua akan rasa fasa ni, bezanya….sedar atau tidak, cepat bangkit atau biarkan, kecewa atau lebih bersemangat, makin lemah atau lebih kuat jati diri, sabar atau keluh kesah…bezanya, apa reaksi kita waktu ia melanda?

entri ni bukan ditujukan pada orang lain, tapi diri sendiri, agar satu hari nanti, kalau terjadi lagi, ini bukti bertulis untuk saya rujuk kembali. untuk jadi wadah orang lain, hantar link entri ni pada saya untuk “ketuk” saya dan “hulurkan” tangan untuk menyelamatkan saya…

saya tak nafikan, saya sendiri ada perasaan scary&seram tu sampai pernah bertekad untuk berada di bumi kangaroo lama2 sebab takut nak balik malaysia, takut futur. saya rasa plan sy ni terbaekk la untuk pastikan saya terus berada di jalan ni (antara faktornya la). tapi seperti kita yakin perancangan Allah lebih baik untuk kita walaupun pahit dan berat untuk kita lalui, memang kena yakin apa yang berlaku adalah yang terbaik. ditakdirkan Allah, tahun ni juga saya balik untuk kebaikan. truly speaking, saya tak bersedia! saya tak ada even plan A (jgn kata plan B). dowwnn =.=!

ada senggang waktu, lebih kurang 3 bulan, saya masih di sana, dalam keadaan 50-50 samada saya akan balik ke tak. dengan peratusan 50% ni, saya cuba persiapkan diri untuk balik…minta padangan sahabat seperjuangan, especially yg dah balik, keep connected n updated dgn org msia, jelaskan apa2 yang masih kabur dengan org2 di australia, cari ruang2 amal di msia, semua2 la apa yang perlu disiapkan…sampai ada sedikit keyakinan untuk jejakkan dua2 kaki ke tanah air dan mampu teruskan berjalan mahupun berlari…the biggest fear, keluarga. tambah2 lagi dengan situasi saya, yang pulang dengan status pelajar yang kena bersambung di malaysia. tak ada istilah dah grad, akan bekerja, tinggal di rumah sendiri, akan walimah, status kewangan stabil, plan kehidupan 5 tahun akan dtg; tak ada semua tu! dalam pemusafiran sy dr Aus – KL (yg saya kira buat kali terakhir dlm masa terdekat ni) apa yang saya mampu buat doa! n sematkan pengalaman dan kenangan yang secebis saya ada ni untuk jadi dahan pautan dan kekuatan untuk saya hadapi apa2 shj kat malaysia nanti.

status sy sebagai pelajar hold sampai bulan september, ok, pasrah! excited ni, sebab boleh spend masa yang ada ni sesuaikan diri dengan waqi’ (keadaan) di malaysia. suasana amalnya berbeza…(pesan seorg ukhti,,ermm ramai ukhti sebenarnya). fasa pertama, get urself into the system (done!), tak sia-sia keep contact dengan orang kawasan. then get urself activated (done!) tak yah risau, amal kat malaysia ni luas macam laut (ustaz dan ukhti kata) tinggal kita nak ke tak nak jer. the core problem, get urself mobile/dynamic. this when the family matter comes accross….sigh! =.=!!

consequencenya, saya serabut, saya geram, saya rebel. stress setiap kali terima panggilan, sms or emel yg memerlukan keberadaan sy (eh, no! sy yg perlu berada di situ to get inlvolve).  adanya clash dengan plan family, adanya kata putus “tak boleh keluar”, soalan2 introgate, prasangka2 yang macam2 etc2…mula2 bolehla alasan baru balik, spend masa dgn family, aula’kan bina hubungan dengan family, ikut cakap ibu, hormati pendapat ibu…tapi lama2 jgn kata org lain, sy sendiri pon tak tahan dengan alasan tu. (warghhh!! macam mana nak “hidup” sampai bulan sept ni??).

Allah beri pelangi setelah hujan ribut tgh hari, plan utk jadi dynamic dengan bantuan akhawat habibati. 1. kerja!! bukan kerana duit poket tapi untuk ada peluang keluar dan berjumpa dengan orang. dapatla jadi guru sambilan dkat tadika kawan, marvellous! syukur sgt! jmpe akhawat, n yg plg best peluang utk mentarbiyah aulad
sy sedar, banyak kapal yang cuba selamatkan saya, lalu dekat dengan tempat sy lemas tapi terlupa nak turunkan pelampung ataupun tanya dari atas kapal macam mana saya boleh lemas, saya ok ke tak….saya tengah lemas dan lemah sangat,, macam mana saya nak jawab? tak pernah cuba cara praktikal nak selamatkan saya…ada la bot penyelamat yang datang n saya naik tapi bot tu nak pergi arah lain jadi saya tak boleh ikut lalu terjun balik ke lautan dalam. ada jugak, naik bot penyelamat tapi sama-sama karam…berpaut la saya pada serpihan kayu (cebisan pengalaman n kenangan) berada atas kapal laut di bumi australia dulu…
ni tak boleh ni, berpaut jer tak ke mana. nak “makan” apa? kalau kena makan dgn “ikan paus” macam mana? saya pon ambil keputusan untuk berenang cari arah tuju…why not, saya join rakan kuliah bulan julai ni? banyak kena cope, both as student kat malaysia n subjek2  yang kena catch up. nak tunggu sept baru nak adjust, penat jugak tu… apart from that, biggest aim untuk keluar dari kelemasan ni. jangka waktu kelemasan ni buat saya terfikir tentang 1 perkara jer. keikhlasan saya setiap detik saya berada dalam jalan ni. yes, IKHLAS. sejauh mana selama ni saya benar2 ikhlas beramal, berkorban, menuntut ilmu, merangka program hanya semata-mata untuk redha Allah. semata-mata! kenapa bila Allah tarik semua nikmat saya down? buat saya benar2 question niat ikhlas saya.
jadi saya nekad nak join in bulan julai ni. Alhamdulillah, nikmat pertama, Allah mudahkan untuk dapat tempat dalam intersesi (urusan yang menyusahkan pihak pengurusan biasanya tidak dilayan, huhu yerla nak proses kemasukan saya sorang, biasanya admin tak ambil kerja2 picisan mcm ni). Anyway, nikmat kedua, dapat kolej! tak perlu meredah traffic jam waktu pagi n petang, dan dapat spend lebih masa di shah alam! yeay! mission accomplished.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah….Allah masih menyayangi hambaNya yang lemah n tak reti nak bersyukur ni (n Allah always forever will) hanya saya jer cepat lupa Allah sentiasa ada di sisi saya lebih dekat dari salur darah di leher saya…forgive me Allah for all my sins, forgetfulness, whining and being ungrateful….comes another nikmah one after another, despite the burden n trials along the way, I’m pleased and syukur….dapat sms utk join halaqah since minggu pertama jejakkan kaki ke uitm, minggle dgn sahabat2 seperjuangan smbil iftar hari khamis bersama, ada planning utk dakwah kampus….walaupun masih kabur2 saya yakin ada tempat untuk sana di sini, ada nur yang menyuluh saya kembali berjalan (atau berlari) di jalan ini….inilah perjalanan saya bermula semula, dari SA ke SA…

peringatan untuk saya kalau diuji lagi sebegini…
1. jangan rebel, tetap ingat Allah.  memang kena jaga hubungan dengan Allah. beside yang wajib, solat sunat n baca AQ TOLONGLAH jangan tinggal. itu jer la kekuatan yang you can count with n sumber kekuatan paling besar. you lose it once, you know the feeling, you wont want to lose it again.
2. u plan, but if the reality doesnt go the way u plan, relax…jgn cepat melatah dan merengus. istighfar because Allah is The Planner not you. take a deep breath n plan ur next actions
3. dont be silly relying your fate on others. ukhuwwah dengan disiplin, itsar dengan disiplin. jangan tunggu orang lain untuk buat sesuatu utk perbetulkan keadaan, jgn cepat tersinggung dengan reaksi orang lain, pecah kan ruyung ego, ruyung kemalasan dan ruyung selesa tu. kalau tak macam mana nak rasa manisnya sagu kemenangan islam atau sagu kesyahidan?
4. keep loving your family eventho their life is totally different from you. love them doesnt mean you have to follow what they like doing. the only action is du’a. may Allah opens their heart for deenul islam one day and respect others whom practicing it (not meerly islam is my faith n as long as i believe in it, thats it, others please dont bother or interrupt. n wont drag others to do what islam says not to do)
5. remember, Allah loves you more than you even love yourself. Our Nur-ul-Qolbi…
opick-cahaya hati

its been loooong time since I want to express this. Jzkk for an intro entry by Dr ZZ, it sparks my thoughts upon this. as I said, this is for me to remind myself day by day ahead. if it is useful for you, praise Allah! He opens ur heart to another new chapter of your life…I am not the best mankind alive, and I am not a perfect muslimah yet my aim to work hard to achieve the best and perfection each and every day as my breath taken, inshaAllah. a lesson for you and a thousand lesson for me. May Allah bless us all, ameen.

 
Leave a comment

Posted by on November 28, 2011 in Tarbiyyah

 

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: