RSS

Manfaatkanlah Nyawa Mudamu

06 Dec

…kerana NYAWA DI USIA MUDAMU BEGITU BERHARGA!

Mari kita renungi firman Allah SWT,

“Adakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu sebagai MAIN-MAIN dan kamu tidak akan DIKEMBALIKAN kepada Kami?”

(Surah al-Mukminun 23: 115)

Kita bukan dicipta “saja-saja” atau “biasa-biasa” di dunia ini dan ingatlah,hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya hari akhirat. Kabaikan di akhirat tidak akan dapat diraih tanpa kehidupan di dunia. Hidup di dunia ini penting! Hidup kita di dunia ada tujuan,ada misi dan ada bekalannya. Apakah bekalan yang Allah kurniakan kepada setiap manusia di muka bumi?

Beza hidup di dunia dengan hidup di alam kubur adalah NYAWA!Habis nyawa,habislah hidup kita di dunia. Namun,tak ramai yang menghargai nyawa terutamanya nyawa di usia muda. Kenapa nyawa di usia muda bernilai?

Nyawa ini umpama petrol,satu bahanapi yang kita guna untuk hidup di dunia. Jumlahnya tetap dan ditentukan sebelum kita lahir di dunia. Namun harganya tidak tetap,nilainya boleh jadi mahal! Cuba kita lihat nyawa semasa kita berusia satu-dua tahun,bolehkah kita solat,pergi masjid,study engineering,ataupun naik basikal? Mestilah tidak! Cuba kita renungkan, apakah harga/nilai nyawa kita sekarang ini?

HARGA NYAWA YANG PALING TINGGI ADALAH SEMASA KITA MUDA!

Kenapa nyawa kita semasa muda adalah paling tinggi?Kerana di usia mudalah,kemampuan fizikal,mental,emosi dan spiritual kita melambung ke puncak prestasinya. Dan pada masa usia muda ini juga, cabaran-cabaran yang paling besar melanda; cabaran hiburan,bad peer pressures,cabaran cinta,nafsu mencari kekayaan dan kesenangan duniawi. Pada masa inilah,waktu paling ideal untuk syaitan menanamkann kejahatan dalam diri kita. Sebab tu kita rasa tak kisah buat perkara yang melalaikan,ala muda lagi kot…

Imam al-Ghazali pernah berkata: “Kejahatan itu tumbuh dalam diri manusia umpama akar sepohon kayu, yang semakin lama dibiarkan semakain kukuh ia mencengkam. Kalau hendak “mencabut” kejahatan daripada seseorang, cabutlah pada masa mudanya kerana bila sudah tua, akar kejahatan itu sudah mencengkam dan sukar unutuk diungkai!”

Mari kita fikirkan sebuah hadis dari Nabi SAW yang mafhumnya:

Takkan bergeser kedua kaki manusia pada hari kiamat sampai selesai ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya, untuk apa dihabiskan; tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan; tentang hartanya, dari mana diperoleh dan untuk apa dibelanjakan; dan tentang ilmunya, apa yang sudah diperbuat dengannya. (Hadis Hasan Sahih, HR. At-Tirmidzi no.2417)

Nabi begitu spesifik dalam umur yang akan ditanya Allah kepada kita,MASA MUDANYA DAN UNTUK APA DIPERGUNAKAN. Macam mana kita nak jawab soalan Allah yang pasti ni? Bukan soalan optional,ini soalan wajib,bukannya boleh skip-skip! Seharusnya kita harus berasa resah,gementar dengan pesanan Nabi SAW ini!

So,senang cerita, tak perlulah kita menanti waktu tua dan senja baru nak bertaubat seperti yang biasa terjadi dalam drama-drama melayu…

Oh ya,lupa nak cakap…NYAWA=MASA! 

Senang cerita,uruskanlah NYAWA=MASA yang ada di dunia ini dengan sebaik-baiknya,kerana NYAWAMU BEGITU BERHARGA!

Jika kita atur hidup kita SEKARANG INI mengikut syariat,maka secara automatik masa kita akan dihabiskan untuk membuat perkara yang baik.

Ingatlah bahawa hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya hari akhirat. Kebaikan di akhirat tidak akan dapat diraih tanpa kehidupan dunia

____________________________________________________________________________________________________

Koleksi mutiara kata:

Dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Seseorang itu atas agama (perjalanan) sahabatnya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa harus di pilih menjadi sahabat.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan al-Hakim)

Seseorang itu bergantung agama sahabatnya. Maka lihatlah seseorang dengan siapa ia berkawan. Pandai-pandailah katakan ‘Tidak’ kepada kawan yang tidak berguna dan katakan ‘Ya’ kepada kawan yang mulia.

Colin Powel: Tiada rahsia untuk Berjaya. Ia adalah hasil daripada persiapan, kerja keras dan belajar daripada kegagalan!

Janganlah kamu berasa rendah diri dan bersedih, kamulah yang paling tinggi (martabatnya), sekiranya kamu orang yang beriman. Surah Al-Imran:139

Barangsiapa yang diwaktu petangnya merasakan letih kepenatan kerana bekerja dan berusaha dengan tangannya sendiri, maka diwaktu petang itulah dia diampunkan dosanya. (Hadis Riwayat Tabrani dan AlBaihaqi)

____________________________________________________________________________________________________

Syarat-syarat Melepak

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a,  Rasulullah SAW bersabda mafhumnya

“Hendaklah kamu semua menjauhkan diri daripada duduk di tepi jalan. Para sahabat bertanya: ‘Ya Rasulullah! Kami terpaksa bedara di tempat duduk kami dan berbudal di situ.’ Sabda Rasulullah: ‘Jika kamu enggan,hendaklah kamu berikan hak jalan.’ Para sahabat bertanya: ‘Apakah haknya?’ Sabda Rasulullah: Tundukkanlah pandanganmu, mencegah daripada perkara menyakitkan,menjawab salam dan melaksanakan amar makruf serta nahi mungkar.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 


 
Leave a comment

Posted by on December 6, 2011 in Tarbiyyah

 

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: