RSS

Pelajar dan Masa lapang

06 Dec

Manfaatkan Masa Lapangmu

Masa lapang adalah satu nikmat yang sering kita inginkan. Lebih-lebih lagi apabila kita sibuk,banyak tugasan dan letih. Renungkanlah satu hadis sahih Nabi SAW, “Dua nikmat yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah waktu sihat dan masa lapang. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)).

Semua orang tahu betapa pentingnya nikmat ini. Namun kebanyakkan dari kita sering mengabaikannya dan membiarkannya ia berlaku. Dalam hidup kita, dah berapa banyak masa lapang kita bazirkan begitu sahaja dengan perkara lagho dan lebih teruk,perkara kemungkaran,maksiat.na’uzubillah!

Marilah kita rancang elok-elok masa lapang yang kita ada ni. Moga-moga kita menjadi orang-orang yang bersyukur!

Ada orang kata nak study 24 hours sepanjang cuti (theoretically),syabas diucapkan. Memang study amatlah penting kepada kita, first priority kot! Namun, jadilah pelajar muslim yang bijak,pandai membahagikan masa untuk belajar ilmu pengajian universiti dan meluangkan masa untuk menimba ilmu, mendalami Islam sekaligus memotivasikan diri untuk lebih cemerlang dunia dan akhirat!

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim)

Islam in My Heart

Sugguhpun quote di atas ni catchy bunyinya, namun mesej yang penting! Cuba kita fikir sekejap.Dah berapa lama kita menjadi orang Muslim? Dah tahu ke belum tujuan hidup kita? Harapnya semua dah tahu jawapannya. (2:30, 51:56)

Khalifah..ibadah..adalah matlamat..

Apa pula alat untuk mencapai dua matlamat itu?

Ikhlaskan hati, lapangkan dada,semoga Allah menunjukkan kita ke arah kebaikan

Firman Allah SWT,maksudnya

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk di jalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)

Surah Al-Balad :10

Siapa yang Allah kehendaki menjadi baik maka Allah akan memberikannya pemahaman terhadap Agama (Sahih ibnu majah)

 

Inspiring, Motivating, Knowledge, Insightful, Fun and totally WORTH IT!!!

“It was short but it was sweet. It’s a bliss you wouldn’t want to miss =) !”

“satu perkongsian yg membuka mata…pengalaman yang mengetuk pintu hati…dan kenangan yang mengeratkan persahabatan. Serious, it worth the time,inshaAllah =)”

 

ISLAM , ISLAM, ISLAM,

sungguhkah ada di hati  ini?

ASK OUR HEART!!!

Jalan kebaikan, Jalan keburukan

Firman Allah SWT dalam surah Al-Balad ayat 10 ertinya “Dan kami telah menunjukkan kepadanya (manusia) dua jalan” Dua jalan itu adalah jalan kebaikan dan jalan keburukan. Ayat ini menjelaskan betapa Allah SWT sengaja dengan kudrat dan iradat-Nya menjadikan manusia, kemudian menjadikan pula dua jalan untuk pilihan manusia tersebut menjalani kehidupannya di dunia. Oleh kerana kehidupan di dunia ini adalah tempat manusia diuji. Mereka diuji dengan pilihan.

ISLAM , ISLAM, ISLAM,

sungguhkah ada di hati  ini?

ASK OUR HEART!!!

Dari Ibnu Abbas RA,dari Rasulullah SAW bersabda : Dua nikmat yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah waktu sihat dan masa lapang. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Semua orang inginkan dua nikmat ini, dan semua orang tahu betapa pentingnya nikmat ini. Namun kebanyakkan dari kita sering mengabaikannya dan membiarkannya ia berlaku. Dua nikmat ini sebenarnya ada perhubungan dengan masa. Apabila kita bercakap soal masa, ia akan berkait pula dengan ibadah dan kehidupan. Betapa ada perhubungannya (related) antara semua makhluk Allah swt ini. Ingatlah kenapa Nabi saw. mengingatkan kita betapa pentingnya nikmat ini adalah kerana ianya berkait rapat dengan kehidupan dan ibadah. Apabila kita sihat, itulah masa sihat kita dan masa sakit kita belum lagi sampai. Jika kita sakit, nikmat sihat kita yang telah dipinjamkan Allah swt kepada kita telah diambil semula dan masa sakit datang menziarahi kita. Begitu juga dengan nikmat masa lapang. Apabila kita tidak sibuk, itulah masa lapang kita dan jika kita sibuk, masa lapang kita telah pergi meninggalkan kita. Jadi jelaslah kepada kita bahawa nikmat sihat dan masa lapang ini berkait rapat dengan waktu/masa kehidupan kita di dunia ini.

 
Leave a comment

Posted by on December 6, 2011 in Tarbiyyah

 

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: