RSS

DIMENSI-KRISIS IDENTITI PAS:Isu-isu di Sekitar Negara Islam & Negara Berkebajikan

12 Jan

DIMENSI-KRISIS IDENTITI PAS:Isu-isu di Sekitar Negara Islam & Negara Berkebajikan
Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Soalan 1:apakah yang sebalik daripada kenyataan ustaz,tentang krisis identiti PAS?

Rentetan perbalahan cakap yang berlaku pada pemimpin-pemimpin PAS dimana boleh dikatakan pemimpin-pemimpin tinggi PAS,dan isu yang ditimbulkan merupakan isu yang menjadi sebab wujudnya kepada parti tersebut. Kategori persoalan yang diperbahaskan itu menyentuh soal-soal begitu dasar.

Kalaulah dulu,PAS wujud kerana memperjuangkan Islam dan negara Islam sebagaimana yang disebutkan oleh DDHA,dan kini tidak lagi ataupun diragui,dipertikaikan tentang perkara tersebut; maka,ini adalah pertikaian berkaitan dengan perkara yang paling dasar,paling asas dalam PAS itu sendiri

Jadi berkaitan dengan komen yg saya buat,bukanlah satu komen kritikan tetapi sebagai pernyataan daripada pemerhatian kita tentang apa yang berlaku.Apa yang berlaku itu,pada pemerhatian kita menyentuh soal asas,dan kita mencadangkan kepada pemimpim PAS supaya melihat perkara ini.

Jika perkara itu betul,maka betulkanlah.bukan soal kita masuk campur,hal ehwal dalaman parti dan sebagainya.

Yang kedua,perlu difahami disini,ialah isu berkaitan tentang kebebasan bersuara.

Jadi,kalau kita berjuang separuh mati orang kata,bercakap,turun ke jalan,menuntut kebebasan bersuara,menyatakan pandangan.Jadi,ISMA dalam konteks ini hanya menggunakan haknya dalam memberi pandangan,itu sahaja. Jadi,tidak perlu dipandang sensitif atau ditafsirkan dengan tafsiran-tafsiran yang negatif oleh mana-mana pihak

Soalan 2: Adakah patut ISMA mengeluarkan kenyataan-kenyataan politik,walhal ISMA bukan parti politik dan masih baru?

Itu satu tanggapan yang meleset dari segi kebenaran kerana kebebasan bersuara tidak bergantung kepada siapa baru,siapa lama tetapi siapa sahaja yang mempunyai pendapat,pandangan.

Lihat apa yang berlaku,orang tidak mempertikaikan apabila suatu badan itu bersuara,bila ia ditubuhkan,berapa orang dia ada.

Betapa banyak NGO,kadang-kadang seorang sahaja yang bersuara,itupun telah membuat dunia riuh rendah dengan perbincangan tentang pandangan seorang,atau dua orang.maka,persoalan siapa,bila itu tidak penting.

Bahkan kita merasa telah melakukan banyak kecuaian kerana kurang memainkan peranan yang patut kita mainkan dalam menyuarakan pandangan pertengahan,pandangan sederhana yang mewakili golongan majoriti yang disebutkan sebagai majoriti diam,”silent majority”

Banyak lagi yang perlu lakukan.Maka,alhamdulillah.bagi saya,apa yang kita lakukan adalah sebahagian daripadanya.

Soalan 3: Mengapa PAS,mengapa bukan UMNO,PKR?

Sebab mudah sahaja,sebab kita sayang PAS.

Dan PAS adalah parti yang mewakili Islam,memperjuangkan Islam dan sebagainya.

Jika sekiranya berlaku kekeliruan dalam perjuangan PAS,maka menyebabkan kekeliruan kepada masyarakat secara keseluruhan.Kesannya tu agak besarlah.

Jadi,kalau parti-parti lain,PKR,UMNO tidak mewakili islam . Dan soal-soal berkaitan UMNO,banyak orang dah mempertikaikan,mengkritik dan sebagainya.PAS,PKR semuanya dah kritik UMNO.maka siapa yang akan kritik PAS,siapa yang akan kritik PKR?

Yang kedua,kita bukan mengkritik tetapi menyatakan interpritasi kita terhadap apa yang berlaku mudah-mudahan ia diambil kira oleh mereka yang berkenaan.

Soalan 4: Maksudnya sememangnya ISMA sayangkan PAS,maka tidak timbullah soal perpecahan,kebencian dikalangan gerakan-gerakan islam ini. Itu yang saya faham. Persoalannya,krisis identiti-apakah yang dimaksudkan ustaz?

Perdebatan itu diantara dua pihak,ataupun pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam kepimpinan PAS membincangkan adakah PAS masih lagi memperjuangkan negara islam ataupun adakah negara berkebajikan itu sama dengan negara islam ataupun PAS sudah meninggalkan negara islam dan tidak lagi memperjuangkan negara islam?

Jadi,ini adalah persoalan pokok dalam teras perjuangan pas itu sendiri. Itu sebab kita kata identiti.Seperti yang saya sebutkan,ia merupakan isu kenapa pas itu wujud. Itu bahaya.Jika orang tanya,dulu saya berjuang bersama PAS kerana saya nak menegakkan negara islam,tapi sekarang PAS sudah tidak memperjuangkan negara islam.Bermakna,sebab saya bergabung dengan PAS adalah tidak wujud,ataupun wujudnya perjuangan PAS itu sendiri sudah tidak relevan.

Jadi itu soal asas.Ia perlu dinilai secara cermat dan insaf

Saya tak kata mana satu yang betul tapi jika itu yang berlaku,maknanya persoalan itu besar dan persoalan itu adalah sangat mendasar. Itu sahaja yang kita nak highlightkan.bukan kita nak kata dia telah lari ataupun tidak lari,itu bukan kerja kita.

Tetapi,oleh kerana perbincangan itu begitu,maka kita memperingatkan sahaja,kita hanya memberi interpretasi kita dari sudut pandang pihak luar,begini sebenarnya yang sedang berlaku dalam PAS

Soalan 5: Ada pihak yang mengatakan PAS tidak lari dari perjuangan asalnya,kerana negara berkebajikan yang di dokumenkan,diceritakan oleh pimpinan PAS sendiri tidak jauh berbeza dengan konsep negara islam yang mereka perkenalkan sebelum ini.

Baguslah bagi mereka yang berpendapat demikian,mempertahankan penghujahan itu.tetapi,secara umum,ia telah mewujdukan interpritasi secara umum di kalangan masyarakat,perkara ini telah mewujudkan satu interpritasi,tanggapan umum bahawa ada percanggahan,ada pertikaian dalam hal tersebut.

Jadi maknanya, jika kita nak kata,yang menyokong,dia masih atas landasan,dia akan keluarkan hujah dia tetapi orang lain melihat,itu tidak betul.

Sebagai contoh,saya nak sebut,kalau ditanya,adakah negara berkebajikan ditakrifkan oleh PAS itu berbeza dengan negara kebajikan yang ditakrifkan oleh DAP?adakah negara berkebajikan PAS itu berbeza dengan negara kebajikan yang ditakrifkan oleh PKR?

Dan akhirnya PAS,PKR dan DAP akan menubuhkan satu negara sahaja,dan semuanya merujuk kepada buku jingga.

Jadi adakah negara berkebajikan ini terpisah dengan takrifnya yang tersendiri daripada negara kebajikan lain. Ataupun dia adalah satu projek yang sama yang akan ditegakkan di bawah dasar PR?

Jika bercakap tentang konteks PR dan PAS terikat dengan PR,maka negara Islam bukanlah pilihan PR,itu jelas. Dan PKR sendiri bukan memilih konsep negara Islam itu sendiri,dan DAP tentu sekali menentang negara Islam

Bagaimana kita nak combine?pentafsiran itu sebagai contoh.

Perkara kedua,tentang negara islam. Tidak boleh lari dari mafhum Islam itu syumul.Jika kita kata tentang negara Islam,ia mesti membawa Islam secara syumul,lengkap dan Islam yang syumul tidak boleh dijuzu’-juzu’kan,ia tidak boleh menampal satu juzu bahagian islam itu,juzu kebajikannya ditampal dengan sistem yang lain,dalam ideologi yang lain,contohnya sosialis,

Maknanya jika kita kata,kita gabungkan aspek kebajikan yang ada dalam islam dengan aspek kebajikan yang wujud dalam sistem sosialis,dasar sosialis,kita gabungkan sekali,bolehkah tasawur ini dilaksanakan dalam konteks kita orang islam yang memahami islam itu agama yang syumul,agama yang lengkap. Bagi saya,islam agama yang syumul tidak boleh dijuzu’-juzu’kan.

Jadi menjuzu’-juzu’kan Islam ini boleh menyebabkan kepada masalah dari segi pemahaman itu sendiri,pengamalan itu sendiri.sepatutnya,negara islam adalah satu projek yang berdiri sendiri yang bukannya tampalan kepada projek-projek lain.

Inilah kenapa rakyat keliru,dan kita perlu jelaskan tentang projek islam.ini sosialis,liberal demokratik,bagaimana nak gabungkan,nak diadunkan islam yang syumul dengan sistem lain.

Soalan 6: Apa yang saya fahami,ISMA membuat kenyataan menuntut PAS jelaskan isu ini.

Terpulang kepada PAS samada melihat isu ini penting ataupun tidak penting,tapi kita sebagai badan islam bertanggungjawab kerana addinnunasihah-Agama itu nasihat,sesama muslim.kita memberikan pandangan,memberi komen dan sebagainya untuk kebaikan bukannya untuk keburukan.

Soalan 7 :Ada orang mengatakan bahawa negara berkebajikan yang ditakrifkan PAS adalah juga negara keadilan.Maka konsep negara berkebajikan yang dibawa pas itu juga adalah negara keadilan.Jadi,apa komen ustaz.

Dalam hal ini,apa yang saya perhatikan,ramai dikalangan kita gagal dalam memahami perbezaan antara konsep keadilan di dalam islam dan keadilan di dalam mafhum barat,sistem barat.

Di dalam Islam,keadilan bukan merujuk kepada fungsi ataupun peranan.maknanya,seorang hakim memutuskan kes secara adil,maknanya membahagikan harta,menentukan hukum secara adil keatas orang yang dihukum.tetapi,keadilan di dalam islam lebih luas daripada itu.

Mafhum keadilan di dalam islam adalah lebih luas daripada itu.contohnya,kalau kita baca dalam kitab fekah umpamanya.bab kahwin,wali,saksinya mestilah bersifat adil jadi keadilan dalam sifat merupakan ciri,sifat kepada peribadi itu sendiri,kepada masyarakat itu sendiri,bukannya peranan semata-mata

Jadi,bila kita faham perkara ini,kita boleh lihat.apabila kita nak tegakkan keadilan,mestilah bermula dengan islam. Kita takkan boleh kata,orang bukan islam akan menegakkan keadilan. Itu salah dalam mafhum islam.kerana tidak mungkin orang bukan islam bersifat adil sebab quran pun sebut innasyirka lazulmun ‘azim..sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang besar.

Jadi mafhum,memahami mafhum keadilan ini,salah satu perkara yang boleh menjelaskan apakah negara yang kita nak tegakkan.jadi,proses dalam menegakkan negara islam bukan sahaja perbetulkan amalan perlaksanaan hukum tetapi ia adalah proses melahirkan masyarakat yang adil.

Jadi,menegakkan negara islam,bukan terhenti kepada pembaikan dari segi proses undang-undang tetapi lebih daripada itu,hendaklah didahulukan dengan proses melahirkan masyarakat yang adil,pemimpin yang adil,qadhi yang adil,saksi yang adil.jadi banyak lagi yang perlu dilihat.bukan soal amalan dalam pentadbiran,kehakiman mahkamah,tetapi lebih daripada itu.

Soalan 8: Jadi maksudnya ustaz,dalam usaha keghairahan kita dalam menukar kerajaan sekrang ini kepada kerajaan islam;kita perlu mewujudkan terlebih dahulu masyarakat yang betul-betul adil.Jadi betul ke macam tu?

Kalau kita bercakap tentang proses membaiki sistem kenegaraan di negara kita dan di mana-mana sahaja,ia sepatutnya bermula dengan pengislahan umat,masyarakat itu sendiri dan secara berperingkat,dari peribadi,kepada keluarga,masyarakat seterusnya kepada sistem kenegaraan.

Jadi,jika kita dah mempunyai manusia-manusia yang soleh dan mengambil tanggungjawab di mana-mana sahaja di bidang kehakiman,ekonomi,politik dan lain-lain,kita akan dapat melaksanakan Islam sebagai yang sepatutnya.

Tetapi dalam keadaan masyarakat kita masih jauh dari Quran,Sunnah,keliru dan tak faham Islam. Di waktu itu,mungkinlah memperkatakan negara Islam secara segera dengan perubahan-perubahan yang orang kata bersifat undang-undang,sistem mungkin tidak memenuhi kriteria sebagai sebuah negara Islam.

Soalan 9:Ada orang kata,PAS di Malaysia adalah sama seperti Ikhwan di Mesir,iaitu Ikhwan di Mesir tidak memperjuangkan negara Islam tetapi mereka memperjuangkan negara madani.Dan ISMA tentunya lebih rapat dengan Ikhwan,mengapa ISMA tidak menerima apa yang PAS lakukan di waktu ini?Apa respon ustaz?

Mengenai apa yang dilakukan oleh ikhwan di Mesir,kita kena faham isu yang menjadi polemik di Mesir adalah apabila puak-puak sekular di Mesir menakrifkan negara Islam sebagai negara teokratik,iaitu negara tuhan. Jadi,dengan mafhum barat itu negara seperti yang diamalkan oleh gereja-gereja sebelum kurun ke 19 dahulu.Jadi nak mengaitkan negara Islam dengan teokratik mengikut model gereja barat pada kurun ke19,jadi itu yang cuba dimainkan oleh media-media pro-sekular,memburuk-burukkan imej Ikhwan.

Jadi Ikhwan mengatakan,negara Islam bukan negara teokratik.Oleh kerana itu,untuk menjelaskan perbezaan negara Islam dan negara teokratik,Ikhwan menggunakan istilah Madani. Dan istilah Madani itu bukan dengan mafhum sekular,ia mengembalikan kuasa kepada rakyat dan masyarakat dengan mafhum,rakyat berhak muhasabah pemimpin,dan rakyat berhak masuk campur dalam hala-tuju negara.

Dan ini adalah mafhum demokrasi yang diterima Ikhwanul Muslimin yang diterima oleh Imam Hassan al-Banna,iaitu demokrari secara amalinya bukan dari segi falsafahnya,iaitu memberi hak dan peranan kepada masyarakat dan rakyat dalam maksud campur urusan,muhasabah pemimpin.

Jadi apa yang berlaku di Mesir ataupun di negara arab,satu lagi ialah negara-negara Arab ini diperintah oleh satu kuasa diktator,kuasa satu individu.Oleh kerana untuk keluar dari dictatorship ini,Ikhwan menyeru kepada menerima demokrasi dengan mafhum itu.Dan diberi nama sebagai negara Madani,bukan negara berkebajikan.Istilah disitu tidak betul,maknanya negara madani ialah mengembalikan kuasa kepada rakyat daripada dimiliki oleh kuasa seorang individu kepada perkongsian,syura dikalangan ummah dan masyarakat.

Yang kedua,Ikhwan tidak berhenti setakat negara Madani tetapi disambung lagi Daulah Madaniyah Zata marjiatul Islamiyyah..Maknanya negara civil yang mempunyai referen(rujukan),yang merujuk kepada sumber Islam.Jadi itu yang dikatakan,diperbahasakan di Mesir.Dan itu format yang dicadangkan oleh Ikhwan dalam menakrifkan negara Islam.

Untuk keluar dari dictatorship,dan nak keluar dari format negara teokratik,jadi negara Islam ini apa?Negara Islam ialah negara civic yang mempunyai rujukan Islam.
Berbalik dengan apa yang berlaku di Malaysia,kita nak tanya disini,Marjaiyah(rujukan) itu kepada apa?Dalam konteks negara apapun,kebajikan ke,negara Islam,kata kunci kepada marjiah itu apa?

Kalau kita merujuk kepada sistem liberal barat,ataupun mafhum,liberal demokratik barat,yang itulah sistem ataupun marjaiyah,ataupun humanisme barat-itu yang menjadi marjaiyah,menjadi rujukan dan referen,maka negara itu tentu tidak menjadi negara Islam.

Point marjaiyah itu penting.Negara sivil itu ok maknanya rakyat mengambil bahagian dalam menentukan masa depan negara,bermuhasabah pemerintah.Kita pun setuju dan semua orang setuju.

Tetapi marjaiyahnya apa?

Sekarang,contoh,kita buat negara atas nama apalah,tak kisah,kebajikan ke…Apabila kita nak menentukan satu-satu dasar,rujukan terakhirnya akan pergi mana?Dalam contoh yang berlaku di sesetengah negeri Selangor umpamanya,sebagaimana yang diceritakan,mereka merujuk kepada HAK ASASI MANUSIA.Mereka kepada piagam hak asasi manusia.

Contohnya,DDHA umpamanya,cuba untuk melaksanakan enakmen syariah di Selangor.Dia ditentang oleh parti-parti lain,di dalam komponen itu yang sama-sama memerintah kerana mereka merujuk kepada HAK ASASI MANUSIA.Jadi,referen di situ bukannya syariat Islamiyyah,referen di situ adalah HAK ASASI MANUSIA. Jadi dalam sistem nanti,kita bercakap tentang negara apapun,marjaiyahnya apa?Adakah nanti,kita akan refer kepada HAK ASASI MANUSIA,declaration human rights 1948 ataupun kita akan rujuk Quran dan Sunnah.

Apabila suatu hari nanti,apabila kita memerintah dan terperangkap dalam keadaan Human Rights,terperangkap dalam liberal barat,terperangkap dalam dasar-dasar Hak Asasi Manusia dan sebagainya;kita akan meletakkan Islam di bawah ataupun meletakkan Islam sama rata dengan agama-agama lain ataupun tidak ada tempat untuk agama dalam konteks kehdupan masyarakat;maka itu bukan negara Islam!Tidak mungkin akan jadi negara Islam.

Jadi kita perlu jelas dalam nak ambil contoh apa yang berlaku di Mesir,Tunisia,Turki dan sebagainya ,kita tak boleh tiru secara seratus-peratus kerana kita kena tengok situasi di Malaysia ni,negara kita,dengan sistem yang ada,struktur yang ada,apa yang perlu diperbaiki.

Sebagai contoh,perlembagaan negara kita telah banyak peruntukannya yang telah menyamai kehendak Islam; umpamanya agama Islam sebagai agama persekutuan,dalam menentukan hak-hak bukan Islam,dan banyak lagi peruntukan yang telah menyamai tuntutan ataupun dasar-dasar,hukum di dalam politik Islam.

Kalau kita nak patah balik belakang,bermula dengan sekularisme,balik pulak tiru Turki;itu merupakan satu langkah patah balik ke belakang yang sangat jauh.

Saya nak ulang di sini,penting iaitu penyelesaian ISMA ialah orang Islam,khususnya orang melayu wajib bersatu mempertahankan asas-asas kenegaraan Islam yang telah lama wujud dalam sistem perlembagaan negara.Bukan amalan politik,bukan dalam undang-undang,tetapi dalam sistem perlembagaan negara,asas-asas itu telah wujud dan mesti dipertahankan dan dikembangkan.Dan ini tidak mungkin dipertahankan dalam keadaan umat Islam sekarang berpecah.

Jadi soal,ISMA ni tali barut UMNO kerana mempertahankan,meyeru kepada perpaduan melayu amat jauh sekali,kerana ini pandangan yang berasakan siyasah syariiyah itu sendiri,berasaskan pemahaman kita yang cukup jelas bahawa untuk mempertahankan teras itu,orang melayu mesti bersatu,umat Islam wajib bersatu.Dalam keadaan terpisah sekarang,dan dipermain-mainkan oleh agenda musuh,akhirnya apa yang kita perjuangkan kita takkan dapat.

Seperti kata orang,kalah jadi abu,menang jadi arang.Itu sahaja yang kita akan dapat.Tetapi,jika kita bersatu,bersama,mempertahankan apa yang boleh dipertahankan.Walaupun kita tak kata semua yang kita boleh tegakkan,uruskan, tetapi saya yakin kita dapat menegakkan tuntutan maqasid siyasah syariiyah itu semaksima mungkin melalui pemuafakatan,perpaduan,persefahaman di kalangan orang melayu dan umat Islam di Malaysia ini.

Wallahu’alam.

http://www.ismaweb.net/v4/2011/12/pas-alami-krisis-identiti/

http://www.youtube.com/watch?v=3788dNnAAvQ

 
Leave a comment

Posted by on January 12, 2012 in Wacana, Ceramah, Penjelasan

 

Tags: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: