RSS

DIMENSI:AUKU & Mahasiswa

15 Jan

DIMENSI:AUKU & Mahasiswa

“Jadi,dengan diberi kebebasan atau disekat kebebasan,dengan keempat-empat ciri ini,tiada apa boleh menghalang pemuda. Mereka tetap akan menjadi satu harapan untuk generasi akan datang.”

Wawancara oleh Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin, Pegawai penyelidik Ikatan Muslimin Malaysia bersama Saudara Zaizul Azizi bin Zaman,Mantan Presiden PEMBINA.

Pada 17 Disember lalu telah berlaku suatu peristiwa di PWTC tentang penurunan bendera yandilakukan oleh sebahagian pelajar.Kemudian pada 31 Disember,berlaku peristiwa pertembungan di antara pihak polis dan golongan mahasiswa.Kali ini kita akan mengupas perjuangan mahasiswa tersebut.Apakah disebalik perjuangan tersebut?Apakah kesannya dan apakah sebenarnya yang menjadi masalah kepada mahasiswa kita pada hari ini?Bagi mengupas perkara ini,bersama-sama kita pada hari ini adalah seorang aktivis ISMA Cawangan Gombak,yang dimaksudkan adalah Saudara Zaizul Azizi bin Zaman,merupakan mantan Presiden PEMBINA. Terus kepada isu yang kita kupaskan hari ini,

Soalan 1: Siapa mereka dan apa perjuangan mereka?

Kita berdepan dengan satu episod baru,apa yang saya sebutkan sebagai “Aktivisme Mahasiswa”.Kita berdepan dengan semangat golongan mahasiswa yang mahukan kebebasan yang saya sebut secara total.Pemansuhan AUKU,dan kita menuntut mahasiswa tersebut apa yang saya sebut sebagai “academic freedom”,pembebasan universiti daripada konkongan ahli politik,pimpinan negara dan menuntut “Autonomy” supaya universiti boleh berdiri bebas sebagai satu institusi yang tidak diganggu-gugat.

Apa yang tampak pada permukaan,pada pemerhatian saya ialah golongan mahasiswa ini dipimpin oleh apa yang mereka takrifkan sebagai SMM dan Bebas,iaitu perkumpulan mahasiswa yang ingin memperjuangkan pemansuhan AUKU ini.

Soalan 2: Maksudnya,SMM dan Bebas ini berkumpul dan melakukan peristiwa-peristiwa tersebut untuk menuntut kerajaan memansuhkan AUKU.Jadi,pada pandangan saudara Zaizul,sejauh mana AUKU ini memberi kesan kepada kebebasan.Adakah ia benar-benar tembok penghalang kepada kebebasan mahsiswa?

AUKU mula diperkenalkan pada tahun 1971,dimana jika kita imbas kembali,pada zaman 70-an,arus mahasiswa ini begitu aktif,memperjuangkan isu-isu masyarakat. Kalau kita boleh imbau peristiwa Baling,yang mana antara tokohnya ialah DSAI. Dan beberapa isu yang juga menggambarkan semangat Islam yang begitu berkembang pada masyarakat.Bukan sahaja di Malaysia,bahkan di seluruh dunia.Kita tengok revolusi Iran,kita tengok apa yang berlaku dalam pembaharuan ekonomi,di Pakistan…maksudnya arus keislaman itu menjadi antara tonggak,yang menyebabkan berlakunya Aktivisme Mahasiswa yang begitu aktif.Maksudnya mereka berjuang berdasarkan atas kesedaran tersebut.

Apabila AUKU diperkenalkan pada tahun 1971,antara lainnya ialah bertujuan untuk mengekang sebahagian daripada aktiviti-aktivit Aktivisme Mahasiswa ini.Jika kita tengok,kekangan-kekangan yang berlaku dan tindakan-tindakan yang dikenakan keatas pelajar,antaranya dibuang kolej,dibuang universiti..akhirnya menyempitkan Aktivisme Mahasiswa itu sekadar di dalam kampus. Mereka cuma boleh terlibat dengan persatuan kampus,persatuan pelajar dan isu yang dibangkitkan ialah isu kebajikan pelajar semata-mata,seolah-olah menyempitkan ruang-lingup universiti kepada sekadar universiti; dan memisahkan mahasiswa jauh daripada masyarakat awam secara am-nya.

Apa yang kita lihat hasil daripada kekangan yang saya istilahkan sebagai “amat melampau” pada satu-satu masa. Kita lihat pada awal tahun 2000,kita menghadapi masalah yang mana generasi muda kita tidak berdaftar untuk menjadi pemilih,tidak terlibat dalam politik,golongan middle-class kita atau golongan pertengahan kita tidak mengambil berat siapa yang memerintah,tidak mengambil berat isu masyarakat,tidak mengambil berat apa yang berlaku di sekeliling. Mereka hanya hidup sekadar untuk mencari sesuap nasi untuk perut mereka sendiri.Mereka hidup demi kehidupan sekeluarga mereka sahaja. Itu yang saya dapat perhatikan setelah perlaksanaan AUKU lebih daripada 20 tahun.

Perkara ini sebenarnya bukan hanya disedari oleh aktivis-aktivis mahasiswa,malah di pucuk pimpinan kerajaan; kita melihat ada usaha-usaha untuk memperbaiki suasana ini. Kita lihat UMNO sendiri menubuhkan Puterinya,golongan Pemuda ada Puteranya,dan parti-parti pembangkang pun begitu. Jadi usaha untuk melibatkan kembalik generasi muda ke dalam arus politik,memikirkan masa depan negara telahpun diusahakan. Dan antara usaha yang saya lihat yang amat berhasil adalah Pindaan AUKU pada 2008. Kalau kita tengok,antara roh,semangat Pindaan AUKU 2008 ialah membenarkan pelajar melibatkan diri dengan NGO-NGO atau pertubuhan-pertubuhan berdaftar di luar kampus; yang mana ada 3 pengecualian, 1.Tidak boleh terlibat dengan parti politik,di dalam atau di luar Malaysia 2.Tidak boleh terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan haram atau pertubuhan-pertubuhan yang melanggar undang-undang. 3.Pertubuhan-pertubuhan yang diharamkan oleh menteri atas dasar kesesuaian dengan pelajar dan kesetosaan universiti itu sendiri. Itu yang kita lihat pada 2008.

Personally,saya beranggapan Pindaan AUKU 2008 memberi sedikit kebebasan dimana sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh mahasiswa ini untuk bergiat aktif,untuk mula mengambil-berat isu-isu diluar kampus,isu masyarakat,isu umat,isu alam sekitar contohnya. Jadi bagi saya,ruang-ruang untuk aktiviti-aktiviti Aktivis Mahasiswa telahpun dibuka, cuma menanti mahasiswa untuk bergerak dengan lebih aktif lagi.

Soalan 3: Jadi,adakah benar Pindaan AUKU 2008 tersebut memberi kebebasan dan adakah betul mahasiswa mempunyai kebebasan dalam beraktiviti,dan bagaimana pula dengan keterlibatan dalam parti politik?

Secara peribadi,saya berpandangan peristiwa 17 Disember baru-baru ini menjadi satu bukti bahawa sebenarnya telah ada kebebasan. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah sendiri turun untuk menerima memorendum. Perkara ini tidak berlaku dalam 5-10 tahun lepas,seorang Timbalan Menteri turun menerima memorendum dari mahasiswa. Ini,bagi saya satu bentuk kebebasan,satu channel baru,satu wadah baru untuk mahasiswa melontarkan idea dan pandangan mereka.

Dalam isu politik,saya berpandangan bahawa mahasiswa sepatutnya keluar dari politik sempit semasa. Saya istilahkan politik yang kita lihat di negara ini adalah politik yang tidak matang; dimana kita lihat kerajaan ataupun pembangkang,masing-masing akan menolak apa jua pandangan dari pihak yang bertentangan. Yang mana,kalau betul,baik pun idea yang dilontarkan,ia akan ditolak. Jadi bagi saya,ia satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam amalan demokrasi yang matang.

Kita lihat amalan demokrasi yang berlaku di negara ini,media massa tidak memberi ruang sewajarnya kepada kedua-dua belah pihak.Jadi,dalam susasana seperti ini,saya tidak melihat keterlibatan mahasiswa dalam politik akan banyak membantu. Saya lebih suka melihat mahasiswa berada pada satu level,peringkat yang lain. Mereka sepatutnya melihat dan mengambil kebaikan daripada apa yang bakal dilaksanakan oleh pihak kerajaan,mereka juga perlu mengambil manfaat yang dicanangkan oleh pihak pembangkang,mereka mengambil pengajaran,menolak keburukan daripada kedua-dua belah pihak dan akhirnya mereka akan membentuk satu dimensi politik yang baru.

Jadi,mereka keluar dari politik pembangang vs kerajaan,mereka sepatutnya keluar dan menggunakan peluang ini untuk belajar kedua-dua belah pihak,itu pandangan saya.

Soalan 4: Berdasarkan perkembangan semasa,kita menjangkakan kemungkinan akan ada pindaan,pemansuhan dan mungkin mahasiswa bebas dan mungin juga mahasiswa disekat dengan cara yang lain. Jadi,sebenarnya,apakah yang kita inginkan daripada mahasiswa kita sebenarnya? Apa peranan yang mereka patut ambil dalam isu masyarakat?

Kita melihat banyak peranan yang masih boleh dimainkan oleh generasi muda walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam politik. Tidak bermakna mereka tidak boleh mengambil berat isu masyarakat,apa yang berlaku disekeliling mereka.

Hassan al-Banna ada menyebutkan bahawa pemuda memiliki 4 ciri yang terpenting,dan kita tidak mahu kita membunuh 4 ciri ini.
1. Memiliki iman
2. Ikhlas
3. Semangat
4. Amal
Bermakna dengan keempat-empat ciri ini,apa jua suasana yang dihidangkan pada mahasiswa,mereka akan mampu meletakkan diri mereka dalam keadaan mereka boleh berperanan. Dengan iman/belief,apabila orang muda percaya pada satu-satu benda,mereka akan berusaha tanpa toleh ke belakang. Begitu juga dengan ikhlas,kita tengok orang muda jarang ada vested interest,ataupun kepentingan sendiri.Mereka memperjuangkan sesuatu,agenda mereka tanpa mengharapkan apa-apa. Orang muda juga memiliki hamassah,semangat ini tidak ada pada orang lain melainkan orang muda. Dan juga amal,mereka dengan kekuatan mereka,tubuh badan mereka,kecergasan mereka,mereka tidak akan penat untuk bekerja keras mencapai apa yang mereka ingini. Jadi keempat-empat ciri ini yang saya sebutkan sebagai Jatidiri Pemuda,sepatutnya kita gembar-gemburkan lagi,tanamkan supaya pemuda ini apabila di mana-mana pun,mereka akan berperanan.
Apabila berhadapan dengan masyarakat yang susah,mereka boleh membela masyarakat yang susah.

Apabila berhadapan dengan ketidakadilan ,mereka boleh berani untuk menentang ketidakadilan.
Apabila berhadapan dengan suasana ekonomi yang lembab,mereka boleh bangun dan mengusahakan sesuatu.
Jadi saya amat percaya,golongan mahasiswa kita sebagaimana sejarah telah membuktikan pemudalah yang membawa arus perubahan. Kalu kita nak ubah suasana politik semasa,pemudalah harapannya. Kalau kita nak ubah suasana kita beragama,pemudalah harapannya. Kalau kita nak ubah suasana ekonomi negara,pemudalah harapannya.

Jadi,dengan diberi kebebasan atau disekat kebebasan,dengan keempat-empat ciri ini,tiada apa boleh menghalang pemuda. Mereka tetap akan menjadi satu harapan untuk generasi akan datang.

Kesimpulannya,pada hari ini,kita boleh melihat mahasiswa sendiri boleh mengambil peranan,boleh melangkah lebih jauh kehadapan dengan adanya ciri-ciri,jatidiri walau apa pun yang berlaku ke atas mereka.
Wallahualam.

 
Leave a comment

Posted by on January 15, 2012 in Wacana, Ceramah, Penjelasan

 

Tags: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: