RSS

Perkongsian pengalaman ikhwah Malaysia

15 Jan

Semasa di Melbourne, banyak perkara yang aku pelajari. Dari sikap dan akhlaq orang-orang OZ sehinggalah kepada kedalaman ilmu Islam yang baru aku sedari. banyak waktu diluangkan untuk mendalami Islam, serta memahami tuntutan menjadi seorang muslim. Tidak semudah yang disangka bagi mendapatkan syurga tertinggi. Hanya yang memahami erti taat dan jihad dijalan Allah s.w.t. sahaja yang akan menggapai syurga tertinggi itu.

Sepanjang di Melbourne lah aku mengenali liku-liku dan simpang-siur dakwah dan tarbiyyah, Itupun sekadar sekelumit. Kerana ufuk medannya terbatas kepada pelajar-pelajar yang ‘yatim piatu’ di rantauan. Lahan dakwahnya hanya satu jenis, orang yang muda, bebas, tiada kongkongan keluarga, banyak duit dan bijak pandai.

Tapi apabila balik ke tanah air, suasana menjadi berbeza, kerana lahan dakwah ada 1001 jenis, 909 tabiat, 808 perangai, 707 alasan dan seterusnya. Dan ini membuka kepada aku ufuk dakwah yang lebih mencabar, lebih realistik, lebih menduga ikhlas.

Akhirnya aku menilai balik, 5 tahun di Melbourne sebenarnya tidak mendidik fikrahku hingga menjadi orang yang mampu menguasai dakwah & tarbiyyah, tetapi sekadar cukup mengajarku erti manusia, fitrahnya, asas dakwah & tunjang tarbiyyah. Kerana besarnya ruang berta’amul dengan manusia dalam suasana tabung uji di Melbourne.

Pengalamanku membuatkan aku ingin berkongsi lontaran idea dengan sahabat-sahabat yang masih di luar negara:

  1. Lima tahun adalah tempoh yang singkat, maka dapatkanlah kefahaman tentang manusia dan sifatnya secepat dan sedalam mungkin.
  2. Sedarilah bahawa 2-3 tahun terakhir adalah untuk lebih memahami manusia dan menguasai asas-asas dakwah dan tarbiyyah. Bukan waktunya untuk menghadam lanskap politik negara/dunia, menguasai ilmu pengurusan organisasi mungkin sedikit dan yang seangkatan dengannya. Kerana posisi sebagai pimpinan seharusnya kita manfaatkan untuk belajar sifat manusia di bawah kepimpinan. Sebaik tiba di tanah air, yang akan diuji pada anda adalah kemampuan anda beramal jamai’e di bawah kepimpinan yang punyai pelbagai pendekatan.
  3. Tanamkan keazaman untuk pulang segera bagi menelusuri medan yang lebih luas. Lebih cepat masuk air, lebih cepat pandai berenang. Tapi boleh tak boleh, bincanglah dengan bijak dan beradab.
  4. Ambillah peluang membentuk jatidiri muslim dan al-akh yang sebaiknya. Pulunlah memaksa diri agar iltizam dengan 10 muwasafat tarbiyyah dan 37 wajibat al-akh. Kerana setiba di tanah air, natijah dari tarbiyyah itu amat penting. Agar kewujudan kita terus dirasai.
  5. Di tahun-tahun akhir anda, pujuklah dan yakinkanlah diri anda, bahawa keperluan dakwah & tarbiyah adalah yang paling utama dalam profil hidup anda. Tanamkan dan sematkan, bahawa dakwah ini, jika tidak menyentuhku, pastinya ia akan menyentuh orang lain, dan aku mungkin tidak akan sebahagia ini bersama kafilah dakwah yang mulia ini. Tips: ajarlah diri anda agar berjimat demi dakwah, boleh korban cuti untuk dakwah, sanggup menabung bagi memastikan usaha dakwah di tanah air waktu cuti tak terbantut dan sebagainya. Susun cuti juga untuk manfaat dakwah.
  6. Berani mengambil pandangan orang lain yang thiqah, terutama dalam membuat keputusan pengurusan hidup. Supaya kita tidak mendidik diri – buat keputusan sendiri, nanti orang lain ikutlah terima.
  7. Capailah kecemerlangan akademik sebaik mungkin. Jangan pandang ringan. Sebab nanti jika tarbiyyah jiwa terhadap keyakinan pada jalan dakwah & tarbiyyah lemah, kita akan menyesal seumur hidup kerana dulu ambil jalan mudah terhadap akademik. Jika anda kuat, anda akan thabat. Jika tidak, anda jadi the biggest loser, dunia tak dapat, akhirat berciciran.

Wallahu’alam, apa yang aku kongsikan mungkin salah. Jika salah, tegurlah.

 
Leave a comment

Posted by on January 15, 2012 in Lain-lain

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: