RSS

Buletin ISMA 16 Januari 2012: Undang-undang lapok

16 Jan

Buletin ISMA 16 Januari 2012


1.Kenyataan Anwar,Satu Penyimpangan Pemikiran
2.Kristianisasi mengancam aqidah umat Islam
3.Briget KRIM kukuhkan jatidiri remaja

1)Kenyataan Anwar,Satu Penyimpangan Pemikiran
Berhubung kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim mengenai undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di Malaysia yang dianggap lapuk, ia mendapat tentangan ramai pihak termasuklah Presiden Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman

“Jadi, saya berpendapat ini merupakan satu penyimpangan pemikiran yang telah berlaku kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sebagai seorang Islam, sepatutnya beliau perlu merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, bukan kepada hak asasi manusia. Hari ini kita melihat hak asasi manusia seolah-olah menjadi rujukan tertinggi dalam percaturan politik di Malaysia dan ini adalah sesuatu yang sangat berbahaya sekiranya ia dibiarkan berlaku.”
Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman,Presiden Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA)

“We will have to review some of the archaic laws. We, Muslims and non-Muslims in Malaysia, generally believe and are committed to support the sanctity of marriage with a man and a woman, but we should not be seen to be punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. ”
Dato’ Seri Anwar Ibrahim,Ketua Pakatan Rakyat, 12 Januari, Interview BBC Asia

“Tak patut di Malaysia ni ada undang-undang yang membenarkan hubungan gay ke,homoseks ke,lesbian ke. Sebab jika benda ini berlaku, lebih lagi ramai orang nak buat benda-benda camni. Kita sebagai negara Islam ni memang tak boleh undang-undang ni ada kat Malaysia.”-pendapat orang awam-

Sungguhpun kenyataan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ingin membuat pembaharuan terhadap undang-undang Malaysia yang dianggap lapuk. Perkara tersebut mendapat tentangan yang hebat dari ramai pihak. Ia merupakan rentetan yang berlaku terhadap ketua pembangkang mengenai isu liwatnya bersama bekas pembantu peribadi, sehinggakan majalah antarabangsa, The Economist turut melabelkan Anwar sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai walaupun beliau merupakan seorang pemidato yang terhebat.

“Tak patutlah,lebih-lebih lagi untuk golongan yang beragama Islam ni, dah tahu yang gay tu memang tak boleh dipakai,berdosa dan haram,diorang still buat,jadi memang tak boleh la.Kita perlu pertahankan agama kita ni.”-pendapat awam-

2)Kristianisasi mengancam aqidah umat Islam

Tidak begitu kuat untuk menjadi benteng pertahanan berhubung isu kristianisasi yang seringkali mengancam iman masyarakat Islam. Kesan tersebut amatlah dirasai apabila budaya barat menjadi ikutan dan Islam pula berada pada tahap yang menyedihkan.

“Jadi,kes yang berlaku tentang gerakan-gerakan memurtadkan ni sebenarnya bukan dakyah kristian sahaja. Yang besarnya adalah kristian, yang lain-lain,agama-agama lain pun ada jugak. Gerakan-gerakan yang memurtadkan orang Islam ke agama tersebut. Jadi,kes yang berlaku sebagai contohnya DUMC, maknanya gerakan tersebut dibuat oleh satu kumpulan,yang mana kita dapat kenal pasti kumpulan tersebut melalui aduan dan maklumat-maklumat awam. Di mana dalam gerakan pemurtadan ini, dakyah kristian ni,ada beberapa kumpulan, dalam 3-4 kumpulan, dan ada kumpulan yang diketuai oleh orang melayu yang telah mempercayai dakyah kristian.”
Ustaz Nor Faisal Mohd Lema,Pen. Pegawai(A) Penyelidikan dan Pembangunan JAIS

Toleransi secara berlebih-lebihan yang dipertontonkan oleh kerajaan mereka sebenarnya telah mengundang bahaya dan membawa impak negatif terhadap kedaulatan negara serta rakyat dan diantaranya ialah Gejala Kristianisasi yang kini sedang mengancam masyarakat Islam. Apa yang membimbangkan keadaan apabila melihat ramai anak yang kurang berpendidikan agama terlibat dalam permasalah ini walaupun mereka telah dibekalkan dengan ilmu agama sebagai pegangan,namun ia tidak mampu menjadi benteng pertahanan terhadap serangan murtad.

“Puncanya murtad itu,satunya akhlak (muslim)kita,kedua kesungguhan pihak kristian dalam memurtadkan umat Islam. Ustaz-ustaz yang follow-up mereka yang murtad ini kemungkinan nisbah kesungguhannya 1/10 ”
Muhammad Arrahum Azhar, Exco Dakwah PERKIM UKM

3.Program Briged KRIM
50 orang menyertai Briged Kelab Remaja ISMA(KRIM) di Surau al-Islah,Seksyen 7,Shah Alam. Aktiviti tersebut bertujuan untuk melahirkan generasi remaja yang mempunyai nilai motivasi, iltizam dan jatidiri unggul melalui aktiviti-aktiviti pembangunan insan yang syumul.
“Dalam Briged KRIM,kami nak mereka ni terjaga, ada kelompok-kelompok yang membawa remaja-remaja kita, ke arah Islamik,yang menjaga sahsiah dan akhlak mereka,dan akhirnya kita nak mereka ini menjadi pelajar yang syumul,mempunyai pendirian,jatidiri yang teguh untuk membawa mereka menempuh arus globalisasi yang amat mencabar sekarang ini.”
Mohd Fairul Nafazli Md Nazin, Timbalan Pengarah KRIM Shah Alam

email: buletin.isma

 
Leave a comment

Posted by on January 16, 2012 in Buletin ISMA

 

Tags: , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: