RSS

Buletin ISMA 18 Januari 2012: Gerakan kesederhanaan global

18 Jan

Buletin ISMA 18 Januari 2012

1.Gerakan Kesederhanaan Global: Kesederhaan Islam menjamin keamanan global
2.ISMA Fokus bina kesedaran umat
3.Masyarakat FELDA sambut baik slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat

1)Gerakan Kesederhanaan Global

Sedar atau tidak,nilai kesederhanaan yang dibentangkan oleh 50 penceramah dari 70 buah negara di dalam ucap utama pada Gerakan Kesederhanaan Global ICGMM semalam di ibu negara. Secara keseluruhannya, ia merupakan penerapan nilai-nilai Islam yang perlu dibuat semenjak dulu lagi bagi menghakis segala kekangan yang berlaku samada dari aspek sosial, ekonomi mahupun politik.

“Seperti mana yang kita maklum, dengan cabaran yang sedang dihadapi oleh dunia sekarang ini, konsep-konsep wassatiyyah ini, yang di anjurkan oleh Islam ini lah,bagi saya,penyelesaian kepada samada masalah ekonomi,politik,sosial atau apa saja permasalahannya,sudah tentulah,Islam itu penyelesai kepada permasalahan. Dan pendekatan wassatiyyah yang dianjurkan Islam ini akan kita bentangkan,saya akan bentangkan dan banyak telah dibentangkan, dan saya rasa insya Allah, inilah dia satu ganti, satu alternatif dari Islam bagi menjawab persoalan semasa dunia. ”
Ustaz Nasharudin Mat Isa,Ahli Parlimen Malaysia

Bukan hanya kepada Muslim, malah komuniti antarabangsa yang melibatkan pelbagai agama turut perlu memupuk keamanan dan pragtisme, serta menolak gerakan melampau.

“This conference comes at the right time and I think we need to give more focus about the role model of Malaysia. I think,you know, Malaysia present a very important model not only for Muslims or Arabs, but also for the international community, even for Europe. This harmony of co-existing different religions,races here in this country is amazing. And it’s a huge manifestation regarding Islam and democracy.”
Timb Ketua Pengarang Akhbar Al-Ahram Mesir

Malah, Mantan Presiden Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Dr Mohd Razak Idris berkata, masyarakat Islam di Malaysia perlu membuka fikiran dalam memahami nilai-nilai kesederhanaan yang dituntut di dalam Islam.

“Saya berpendapat bahawa kesederhanaan atau moderation itu, terlebih dahulu difahami oleh masyarakat. Dalam pengertian agama Islam,yang merujuk kepada prinsip keseimbangan ataupun yang disebut sebagai equilibrium. Maknanya, prinsip bagaimana masyarakat itu perlu berada pada tahap keseimbangan dalam semua aspek kehidupan. Dan proses untuk mencapai tahap keseimbangan itu adalah salah-satunya menerusi suatu proses pembudayaan yang disebut sebagai kesederhanaan. Jadi aspek itu harus terlebih dahulu difahami oleh masyarakat Islam.”
Dr Mohd Razak Idris, Mantan Presiden Angkatan Belia Malaysia (ABIM)

Islam adalah agama pertengahan. Ia merupakan jawapan kepada segala permasalahan, samada dalam bidang ekonomi,sosial malah politik khususnya di Malaysia dan di dunia,amnya.

2) ISMA Fokus bina kesedaran umat

Menyedari pelbagai masalah dan gejala negatif yang meruntuhkan jatidiri rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan program sebagai langkah memberi kefahaman kepada masyarakat bagi mencegah dan merawat permasalahan tersebut.

Ia bertujuan memberi kefahaman Islam yang komprehensif kepada masyarakat Islam. Selain itu, program ini juga memberi kesedaran mengenai ancaman yang sedang di tempuhi oleh umat Islam,secara sedar ataupun tidak.

“Dua fokus utama kita,pertamanya menyebarkan kesedaran dan membina semula jatidiri melayu muslim melalui penghayatan Islam secara menyeluruh kepada masyarakat. Keduanya, kita ingin memupuk kesedaran kesepakatan,perpaduan di kalangan masyarakat Melayu dan Muslim, dan mengelakkan segala perbalahan,permusuhan atas apa alasan sekalipun,samada alasan kehidupan harian ataupun alasan politik. Maknanya,kita,kesatuan itu adalah lebih utama dan ia dianjurkan oleh Islam. Yang ketiga adalah melatih ahli-ahli ISMA untuk terjun ke dalam masyarakat.”
Ustaz Rushdan Abdul Halim, YDP ISMA Kuantan

ISMA telah menganjurkan pelbagai program seperti wacana peradaban, forum perdana, konvensyen keluarga muslim, video-video tarbiyah di TV ISMA,dan banyak lagi.

“Kita nak masyarakat kita komited dengan nilai-nilai Islam. Secara mudah, saya boleh cakap, dalam perkara-perkara asas,ibadat,dan juga dari aspek akhlak. Kita nak mereka selepas pergi ke program-program yang ISMA buat, mendapat kefahaman tetapi bukan setakat itu,kita mahu mereka ada komitmen. Jadi komited dengan Islam itu satu ciri yang kita harap diperolehi daripada masyarakat apabila mereka hadir ke program-program ISMA.”
Rusman Arief A. Rahman, AJK Biro Belia ISMA DHL

3.Masyarakat FELDA sambut baik slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Slogan perpaduan yang diperkenalkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) disambut baik oleh masyarakat FELDA. Persepakatan di kalangan umat Melayu Islam adalah amat diperlukan walaupun berbeza pandangan dan latar belakang.

Program ceramah yang memperkenalkan Melayu Sepakat Islam Berdaulat telah dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) Kuantan pada 16 Januari lalu. Ia telah diadakan di masjid FELDA Jengka 9, Bandar Jengka Pahang yang dihadiri kira-kira seramai 200 orang.

Menurut yang dipertua ISMA Kuantan, Ustaz Rushdan Abdul Halim, masyarakat FELDA sememangnya menanti-nanti seruan kesatuan yang melangkaui batas politik. Tambah beliau,pihak pengurusan FELDA dan pemimpin masyarakat menerima slogan ini sebagai jawapan kepada permasalahan semasa.

“Alhamdulillah,sambutannya amat menggalakkan dan mereka suka dan tunggu-tunggu slogan ini. Mereka kata samada imam masjid, pengurus FELDA,ini lah yang kita tunggu. NGO dan bukan badan politik yang mengajak orang kepada kesatuan dan perpaduan.”
Ustaz Rushdan Abdul Halim, YDP ISMA Kuantan

Melayu Sepakat Islam Berdaulat merupakan satu slogan yang dilancarkan oleh ISMA dalam memberikan jalan penyelesaian kepada kemelut yang melanda umat Islam amnya, dan bangsa Melayu khususnya.

email: buletin.isma

 
Leave a comment

Posted by on January 18, 2012 in Buletin ISMA

 

Tags: , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: