RSS

Notaku: Soal Jawab TV3: Aqidah dan Homoseksual

19 Jan

Nota:Soal Jawab TV3 Aqidah dan Homoseksual

(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.(Ar Rum :30)

Fitrah dalam beragama,agama yg lurus
Tuhan ciptakan manusia ini ni bersifat beragama.Semasa Allah SWT mengeluarkan Adam dari syurga,nanti aku akan bagi kau petunjuk iaitu rasul seperti dalam ayat

Baqarah [38] Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Tiada beza agama mentauhidkan Allah yg dibawa oleh Rasul-rasul melainkan syariat.
Sebagai khalifah,kita diperinahkan utk membangunkan alam mengikut perintah-perintah Allah SWT kerana jika kita melawan fitrah,rosaklah seperti kaum-kaum yang dibinasakan,yang disebut dlm Quran.

Allah menciptakan segala peraturan,segala aturan kepada manusia. Semuanya diatur oleh Allah,segala peraturan,hubungan ayah dan ibu,hubungan antara lelaki dan perempuan.

Allah (swt) berfirman dalam hadith qudsi
Wahai Adam! Sesungguhnya Aku telah menawarkan amanah kepada langit dan bumi, namun mereka tidak mampu. Apakah engkau sanggup memikul dengan segala akibatnya? Adam berkata, Apa yang saya dapat daripadanya?Allah menerangkan, Jika engkau sanggup memikulnya, engkau akan diberi pahala, tetapi jika engkau menyia-nyiakannya, engkau akan disiksa. Adam berkata, Baiklah saya pasti dapat memikul dengan segala akibatnya.
(HQR Abus-Syeikh yang bersumber dari Ibnu Abbas r.a.)

…jika kamu mengabaikan nya,azab akan berat.dan kita semua dengar perintah Allah untuk menjadi khalifah,maka kena ikut perintah Allah,jaga hubungan dengan Allah,hubungan dengan manusia,hubungan dengan alam.

Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.(Yasin:36)

Menunjukkan Allah ciptakan semua kejadian ini berpasangan.bukti pasangan ini,ayat 1,surah an-Nisa

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Homosexual menyelisihi fitrah yg dibuat oleh Allah SWT dan sokongan ini jelas dalam Quran dan Hadis.

Dalam Islam, tidak pernah wujud pengiktirafan kpd homosexual.
Amat jelek jika gunakan perkataan adil untuk menjustifikasikan hak-hak mereka,kerana dalam Islam,adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Kalimah adil adalah suatu prinsip yang merujuk kepada hukum islam itu sendiri.Adil dan wassatiyah. Islam telah beri guideline,batasan-batasan yang Allah tetapkan.

Perlukah gubah undang-undang?Kita tidak perlu menghukum mereka yg buat homosex?
Mereka yang melakukan taghut/homosex-hadis bunuh ,seksa-mesti dihukum,tidak boleh dibebaskan

Rasulullah daripada Ikrimah daripada Ibn Abbas, Rasulullah bersabda Sesiapa yang kamu dapati melakukan liwat (amalan kaum nabi Luth), maka bunuhlah si peliwat dan individu yang diliwat.

Mesti dihukum jika didapati bersalah.
Maka tergelincirlah aqidah jika kita menafikan mereka tidak patut dihukum.
Jika kita kata undang-undang itu lapuk,fasik lah kita.
Seseorang muslim,pemimpin, mesti berhati-hati dalam buat statement sebegini

Kata Ibnu qayyim-ada 2 punca sikap buruk manusia-yang pertama,buruk niat dan tujuannya,dan yang kedua, buruk dalam kefahaman beragama.

Seolah-olah beliau tidak faham undang-undang Islam. Sebagai umat Islam,kita tiada pilihan yang lain.
Tidak layak bagi seorang mukmin apabila Allah dan Rasul telah buat hukum,maka dia tiada pilihan.

Kita nak undang-undang lain?apa salah undang-undang 377?

‘Adiy Ibn Hatim meriwayatkan katanya: “Pada suatu ketika aku mengunjungi Nabi SAW sedangkan di leherku ada tanda salib yang diperbuat daripada emas. Lalu Baginda bersabda, “Lemparkanlah berhala ini daripada dirimu”.

Kemudian aku mendengar Baginda membaca sepotong ayat al-Quran yang berbunyi: “Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah”. Lalu aku bertanya kepadanya: “Wahai Rasulullah, mereka itu tidak menyembah mereka”. Lalu sabdanya: “Bukankah mereka menghalalkan dan mengharamkan sesuatu kepada kamu? Lalu kata-kata mereka itukah yang kamu pegang?”. Jawabnya, “Ya”. Lalu Nabi SAW bersabda, “Ya itulah halnya”.

Jika iktiraf mereka (LGBT),maksudnya kita menyokong apa yg mereka lakukan.
Ini bukan bererti kita memaksa,tapi sebagai tanggungjawab seorang muslim dengan tauhid dan kalimah syahadah yg disebut.
Kita kena terima segala apa yg Allah perintahkan,

Kita melihat dalam jalan perundangan Malaysia ini,undang-undang dan kehakiman masih telus.Namun, perlaksanaan nak bawa ke mahkakah yg masih lemah,
Dan tiada usaha nak haramkan pertubuhan sebegini.(LGBT)

Lgbt-hujah hak individu,seruan hak asasi manusia
Tafsiran terlalu subjektif,tiada asas batasan dan menyelisihi agama.

Islam tak pernah ajar kita bebas.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Riwayat Bukhori dan Muslim)

Jadi hanya ada 2 pilihan,cakap baik ataupun diam.
Segala percakapan,perbuatan kita mesti bertepatan dengan Quran dan Hadis.

Laungan golongan LGBT-Adakah ianya perkataan-perkataan yang baik?
Berkenaan dengan hak asasi-semua manusia berhak,mereka berhak memilih,pakaian,makanan,kenderaan dan lain-lain.

Namun,jika berkaitan dengan prinsip-prinsip Islam,tiada kebebasan.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” ~ Al-A’raaf : 179.

Adakah agama-agama lain menghalalkan homosex?
Jika dahulu Yahudi dan Nasrani,pengkut-pengikutnya menyembah rahib-rahib mereka. Namun, sekarang sudah terbalik,rahib-rahib yang menyembah pengikut-pengikutnya.Sebab tu ada kebanyakan paderi-paderi mereka menghalalkannya.(homosex)

Apa ubat yg terbaik utk merawat gejala ini?
Islam telah memberi penyelesaian secara prinsip.
Maka sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup selepasku dia akan melihat banyak perselisihan, maka hendaklah kamu berpegang dengan Sunnahku dan
Sunnah Khulafa Rashidin Mahdiyyin, gigitlah ia (sekuat hati) dengan gigi geraham dan hendaklah kamu jauhi perkara yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana ia adalah bidah sedangkan setiap bidah itu adalah sesat
Sahih Sunan Abi Daud

Ini bukan perkara kecik,ini isu yg serius!
Aqidah yg benar yg sahih akan membentuk perilaku yang baik.
Tambahkan kefahaman ilmu tentang apa prinsip-prinsip Islam dalam membentuk hak asasi.
Fitnah akan bertebaran apabila ilmu makin sedikit.

Zaman semakin dekat, ilmu dicabut, muncul fitnah-fitnah, tersebar kebakhilan-kebakhilan, banyak terjadi al haraj. Para sahabat bertanya, Apakah al haraj itu, ya Rasulullah? Rasulullah menjawab, Pembunuhan. (Muttafuqn alaih).

Pada peranan pemimpin,
Kita mesti buat sesi kaunselling,penerangan kepada mereka yang terlibat. Oleh kerana Islam agama Negara,kita mesti wajibkan pendidikan Islam dan pastikan kita tekankan aspek aqidah.

Kita tak boleh diam.
Mesti nasihat,kepada semua kerana ad-din an-nasihah

Daripada Tamim bin Aus ad-Dari r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: mafhumnya;
Din itu adalah nasihah (diulang tiga kali). Kami (sahabat-sahabat) bertanya, Untuk siapa, wahai Rasulullah?. Jawab Baginda, Untuk Allah Azza Wa Jalla, untuk kitab-Nya, untuk Rasul-Nya SAW, untuk barisan kepimpinan ummah Islam dan untuk ummah Islam seluruhnya. (Hadith Riwayat Muslim)

Kita takkan jadi celaru apabila kita hidup 24 jam dalam Islam.

Hadis tarmizi.akan ada dipenghukumg unat ini,mereka akan diruntuh tanah,dipanah jalilintar,adakah kami akan musnah walhal ada org2 yg soleh.ya.(tak jumpa hadis lagi)

sekiranya banyak perkara2 yg jijik.penzinaan,liwat.fahisya.zina itu jijik.liwat itu lebih jijik daripada zina
Mendatangi perbuatan yg sangat keji,fahisya liwat

Kita perlu ambil iktibar.Kita kena ikut perkembangan mereka yang memperjuangkan hak-hak asasi.
Orang-orang lain perlu beri pengiktirafan kepad undang-undang ini(undang-undang civil dan syariah) kerana Islam negara rasmi dan diiktiraf.

Kita perlu berjuang demi islam tanpa prejudis,tanpa kepentingan parti.

Perlukah kita tunduk kepada barat?
Islam bukan agama yang jumud,ada komprominya,
Kita ambil teknologi utk buat negara maju tanpa mengorbankan agama.
Tak perlu tunduk kepada orang lain dalam membela agama
Problem is muslims,they never give,they only take…barat mengharapkan sesuatu,
Pegangan agama kita tak akan kita pertaruhkan
Semua ilmu itu asalnya dari pakar-pakar islam
Kerana kita dijajah,kita mundur,belajar dengan org lain

 
Leave a comment

Posted by on January 19, 2012 in Wacana, Ceramah, Penjelasan

 

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: