RSS

Prakata RAND: Membangunkan Rangkaian Muslim Moderat

01 Feb

RAND: Membangunkan Rangkaian Muslim Moderat

Prakata

Perjuangan yang berlangsung di seluruh dunia Islam adalah pada dasarnya, peperangan pemikiran dan ideology. Hasil daripada peperangan tersebut akan menentukan hala tuju masa depan dunia Islam dan sama ada ancaman keganasan jihad akan berterusan, dengan sesetengah masyarakat Islam jatuh lebih jauh ke dalam corak sikap tidak bertoleransi dan keganasan. Ia begitu menjejaskan keselamatan Barat. Walaupun Islamis radikal merupakan minoriti hampir di mana-mana, mereka memegang pelbagai bidang yang memberi mereka kelebihan. Sehinggakan,mereka telah membangunkan rangkaian luas menjangkaui dunia Islam dan sampai kepada masyarakat Islam di Amerika Utara dan Eropah.

Walaupun muslim moderat dan muslim liberal adalah majoriti dalam kebanyakan negara Islam dan masyarakat Islam, mereka tidak mempunyai rangkaian yang serupa. Rangkaian muslim moderat dan institusi Islam moderat akan menyediakan platform untuk menguatkan mesej muslim moderat serta beberapa bentuk perlindungan daripada keganasan dan ugutan.

Walaubagaimanapun, muslim moderat tidak mempunyai sumber-sumber untuk mewujudkan rangkaian ini sendiri, mereka memerlukan pemangkin luar dan dokongan kuasa luar. Daripada pengalaman Amerika Syarikat semasa Perang Dingin, usaha mereka adalah dengan memupuk rangkaian orang yang komited kepada idea-idea yang bebas dan demokratik. Maka, Amerika Syarikat (AS) mempunyai peranan penting dalam menyediakan lapangan perjuangan moderat. Apa yang diperlukan pada peringkat ini adalah untuk mengambil pengajaran daripada pengalaman Perang Dingin, menentukan kebolehgunaan mereka kepada keadaan dunia Islam hari ini, dan membangunkan “road map” untuk membangungkan rangkaian muslim moderat dan muslim liberal—inilah yang ingin dicapai dalam kajian ini.

Penyelidikan di sebalik monograf ini terbina dari kerja-kerja RAND Corporation sebelum ini mengenai Islam moderat, terutamanya Angel Rabasa et al., The Muslim World After 9/11(Dunia Islam Selepas 9 / 11), dan Cheryl Benard, Civil Democratic Islam (Islam Demokratik Awam). Dibiayai geran dari Smith Richardson Foundation, kajian ini telah dijalankan dalam RAND Center for Middle East Public Policy (CMEPP); (Pusat RAND Dasar Awam Timur Tengah). CMEPP adalah sebahagian daripada Program Antarabangsa di RAND Corporation, yang bertujuan untuk memperbaiki dasar awam dengan menyediakan pemimpin dan orang ramai dengan penyelidikan yang teliti dan berobjektif mengenai isu-isu dasar kritikal yang memberi kesan kepada Timur Tengah.

Menangani salah satu isu utama pada masa ini—peperangan pemikiran dalam Islam—kajian ini adalah berhubung dengan kepentingan strategi Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya; dan secara langsung berkaitan dengan Richardson Smith Foundation (Yayasan Richardson Smith) yang berpandangan bahawa Amerika Syarikat terus menghadapi cabaran dalam mengembangkan pemerintahan antarabangsa dan memajukan kepentingan dan nilai-nilai Amerika Syarikat di luar negara. Monograf ini amat bernilai kepada komuniti keselamatan negara dan orang awam yang berminat di Amerika Syarikat dan luar negara. Komen adalah dialu-alukan dan hendaklah dialamatkan kepada penulis:

Dr Angel M. Rabasa, Dr Cheryl Benard

RAND Corporation,1200 South Hayes Street,Arlington, Virginia 22202

Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat RAND bagi Dasar Awam Timur Tengah (CMEPP), sila hubungi Pengarah, David Aaron. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel di David_Aaron atau surat ke-RAND, 1776 Main Street, Santa Monica, California 90407-2138. Untuk maklumat mengenai Program Antarabangsa RAND, sila hubungi Pengarah, Susan Everingham melaluio Susan_Everingham atau melalui pos kepada RAND’s Corporate Headquarters, Santa Monica. Maklumat lanjut mengenai RAND Corporation boleh didapati di www.rand.org.

 

Tags: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: