RSS

Buletin ISMA 3 Feb 2012: Melayu dan Agenda

03 Feb

1.Bangsa Melayu Harus Berani Perjuangkan Agenda Sendiri
2.Sepakat Dalam Perkara Asas
3.Ceramah Bahaya Syiah Di Seluruh Negara

 

1.Bangsa Melayu Harus Berani Perjuangkan Agenda Sendiri
“…meyebabkan kita org Melayu dan umat Islam dalam keadaan yang sangat teruk dan tertekan. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, semua umat atas dunia ni,dari zaman dahulu lagi,berjuang utk kepentingan bnagsa mereka,tuan-tuan bacalah buku sejarah…semua bangsa,semua kaum berjuang untuk kepentingan,survival dan masa depan bangsa masing-masing…dan itulah yg sedang berlaku sekarang,yg berlaku kepada bangsa-bangsa lain.”

Itulah realiti yang berlaku pada hari ini,dimana bangsa-bangsa lain berjuang untuk mempertahankan bangsa mereka. Namun begitu, hak bangsa Melayu sering dipertikaikan apabila dilihat mulai bangkit dalam mempertahankan apa yang tercatat di dalam perlembagaan Malaysia.

“Orang Cina samada mca,dap,gerakan,dan parti-parti cina lain semuanya berjuang untuk kepentingan bangsa mereka,mereka sepakat dalam memperjuangkan,mempertahankan kepentingan bangsa mereka…

Orang India,PPP, MIC dan lain-lain, semuanya berjuang untuk kepentingan bangsa mereka…

Tetapi apabila kita—orang Melayu kena perjuangkan nasib bangsa dia,dia kata tak boleh,orang melayu sendiri kata tak boleh,ini assobiyah,ini rasis!

Setiap umat,setiap kaum memperjuangkan nasib bangsa dia. Ini adalah satu lumrah yang semulajadi yang tidak pernah dinafikan oleh Quran dan Hadis.

Tetapi hari ini, fahaman. Kita telah diracuni fahaman ;
apabila sebut melayu-RASIS!…apabila sebut melayu-ASSOBIYAH”
Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman,Presiden ISMA

Kefahaman assobiyah yg dilarang adalah dengan mafhum fanatisme yang bukan sahaja berasaskan kepada kaum tetapi juga melibatkan puak,parti,dan seumpama dengannya

“Saya melihat ia bertitik tolak daripada sikap,pendirian seseorang itu dalam menangani masalah negara politik…kalau sikap mereka (contohnya sikap UMNO) dari dahulu sampai sekarang tidak berubah…hanya memikirkan masalah kepentingan parti dia dan individu, dan partinya fokusnya ialah kebangsaaan Melayu…

PAS sebagai contoh, ia daripada asas penubuhannya, tujuannya meletakkan agama di hadapan dan sedang menggarapkan perjuangan ke arah mencapai matlamat keislamannya.

Kalau PKR jelas penubuhanya tertumpu kepada isu keadilan.”
(Dato’ Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS)

2.Sepakat Dalam Perkara Asas
-Tidak perlu ada pertikaian terhadapa 3 perkara asas yang termaktub dalam perlembagaan iaitu Islam. Melayu dan Institusi Raja.
-kita mesti sepakat dalam perkara-perkara yang penting contohnya IMR di dalam perlembgaan
-kita tak expect kepada pergabungan parti politik kerana ia agak sukar buat masa ini
-sepakat dalam perkara asas dan bersaing secara sihat”
-apabila Islam maju,kaum-kaum lain akan mendapat rahmat seperti apa yang telah terbukti dalam sejarah.
Abdul Rahman Mat Dali,Naib Presiden II ISMA

“itu slogan(IMR) adalah retorik politik…Jangan sebut sahaja Islam, melayu,Di raja tapi tidak berubah
kena letak dahulu Islam itu pegangan,kemudian barulah kita cakap pasal perpaduan.”
(Dato’ Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS)

“Kita tak boleh nak labelkan orang itu lebih Islam daripada seorang yang lain…
kalau kata nak bagi UMNO itu harus Islam dahulu, kena leraikan apa maksud dia,adakah dia bercakap dari sudut watak sendiri atau cara pentadbiran atau cara perundangan..”
Haezreena Begum Abdul Hamid,AJK UMNO Bukit Bintang”

“..dalam Pakatan Rakyat dan Keadilan, tidak timbul masalah, Islam Melayu Raja (IMR) ini telah pun kita sepakati secara bersama sejak kemenangan 2008…Lim Kit Siang, Ustaz Hadi, Anwar telah tandatangani muafakat bersama..isu IMR ni tidak timbul satu pertikaian…sebab itu saya fikir ini agenda politik tertentu, pihak-pihak yang cuba berselindung di sebalik masalah peribadi mereka…”
Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK PKR

3.Ceramah Bahaya Syiah
-syiah difatwakan haram 1996
-memberi penjelasan kepada orang awam
-dahulu sangkakan bahawa syiah itu satu gerakan islam,tetapi silap kerana Syiah bukan Islam

“Menyedarkan umat Melayu Islam dengan bahaya aqidah syiah yang jauh dari ajaran Islam, usaha membanteras ajaran Syiah agar tidak terpengaruh dengan ajaran itu.Beza dari segi aqidah,kepimpinan itu milik Ali dan Saidina Abu Bakar,Umar,Uthman dah rampas hak Ali. Mengatakan semua sahabat-sahabat ni kafir. Mengatakan al-Quran ni ada penyelewengan.”
Ustaz Mohamad Ismail, Ketua Unit Kajian ISMA

buletin.isma@gmail.com

 
Leave a comment

Posted by on February 3, 2012 in Buletin ISMA

 

Tags: , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: