RSS

Notaku: Dialog Masa Depan Agenda Islam

01 Mar


Dialog Masa Depan Agenda Islam

Ucaptama: Ustaz Abdullah Zaik bin Abd Rahman, Presiden ISMA

Sistem pemerintahan Nasionalis-Sekular telah tamat tempoh dan bakal berakhir seperti apa yang terjadi kepada kerajaan Islam di seluruh dunia pada masa ini, Mesir,Tunisia dan Syria. Namun, sistem yang bakal mengganti sistem ini adalah lebih menakutkan, iaitu sistem Liberal-Demokratik. Di mana tiada lagi fungsi kerajaan dalam hal-ehwal sosial dan agama, kesemuanya diletakkan kepada kebebasan individu, hak asasi manusia. Fungsi kerajaan tidak lain hanyalah sebagai menjaga jalan raya,kebersihan Bandar,tender,membanteras rasuah dan lain-lain. Kerajaan tiada tanggungjawab dan kuasa untuk membina masyarakat berdasarkan nilai-nilai agama,apatah lagi agama Islam. Sistem liberal-demokratik ini bertitik tolak dengan idea civil society yang mengagungkan kebebasan mutlak. Kerajaan negara Islam yang telah dan akan tumbang adalah kerajaan Nasionalis-Sekular dan secara teorinya, Nasionalis-Sekular sudah tidak laku dan arus liberal bakal menyambar.

____________________________________________________________________________________________________

Oleh kerana tiada agenda Islam yang disepakati bersama,maka berlakulah perkara-perkara berikut terutamanya di kalangan gerakan Islam di Malaysia.

1.Tiada konsistensi dalam pengucapan awam.

Tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam yang syumul, seringkali ucapan yang dibuat menyerupai suara-suara demokrasi,liberal,sekular acuan barat. Seruan kita mesti Islam dan konsisten.

Apabila Islam itu ditampal dengan fahaman-fahaman jahiliyyah, maka berlakulah kecelaruan dalam ucap dakwah.

2.Keliru sumber rujukan

Antara “Piagam Hak Asasi Manusia PBB 1948” dan “Quran dan Hadis”, yang manakah dijadikan sumber rujukan utama dan tertinggi dalam merungkai isu-isu dan masalah politik,sosial dan ekonomi? Disebabkan keliru dan celaru dalam memilih sumber rujukan, maka berlakulah justifikasi yang melempang dari syariat. Hasilnya, agenda ataupun projek Islam ditampal dengan yang lain, bercampur baur…lahirlah apa yang mereka ingin bawa iaitu“Islamic Sosialis Liberal Demorkatik”

3.Penjuzukan Islam, tidak mengambil islam secara syumul

Islam dijadikan hanya sekadar ritual individu,syariat diketepikan.

____________________________________________________________________________________________________

Untuk memecahbelahkan masyarakat Islam,maka RAND,US telah membantu membangunkan “Islam Moderat” dengan syarat-syarat yang ditentukan mereka. Gerakan “Islam Moderat” yang dimanipulasi RAND perlulah diistilahkan dengan mafhum US,di nilai dan diuji. Tidak perlu melancarkan perang fizikal ke atas negara Islam,cukup sekadar peperangan pemikiran yang akan meleburkan jatidiri mereka.

Akhirnya, berkembanglah agenda bukan Islam, aliran liberal semakin mencengkam dan berlakunya perpecahan golongan Islamis.

Seruan kesepakatan UMNO-PAS begitu mendesak dan perlunya kita berdiri teguh menentang arus liberal. Selesaikanlah masalah sesama kita dan jangan biarkan orang luar untuk menyelesaikannya. Kita menolak hegemoni barat yang mewajibkan kita tunduk dengan sistem jahiliyyah mereka.


Sesi Dialog 1:

Moderator: Ustaz Mejar Nadzri Musman

Panelis-panelis:

1.Prof. Dr Badlihisham Mohd Nasir (Penyelidik IKRAB – UKM)

2.Ustaz Nazri Chik Zain (Exco Pemuda PAS Pusat)

3.Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS)

4.Ustaz Ismail Mina Ahmad (AJK Pertubuhan MUAFAKAT)

5.Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya (Pengerusi Sekretariat Ilmuan Muda UMNO)

Pembentangan Panelis (10-15minit)

1.Prof. Dr Badlihisham Mohd Nasir, Pensyarah UKM
-Islam bukan ancaman, tetapi rahmatan lil alamin,rahmat kpd seluruh alam

-Dalam kuasa yang memperjuangkan Islam, kita ada 3 forces: official,unoffical and kebangkitan baru gerakan NGO-NGO

-Aspirasi dlm memajukan islam oleh UMNO tidak boleh dilupakan tetapi umno mengikut zamannya, pada zaman tertentu, agenda Islamisasi UMNO telah berlaku oleh ulama dalaman mahupun luaran, ahli politik.

-ISMA menyerlah kerana membawa fikrah ikhwan yg telus dan tidak menampal agenda-agenda barat kepada Islam dan cabaran ISMA pada masa ini adalah menegakkan Islam dengan persepsi pelbagai yang dicemuhkan keatasnya.
2.Ustaz Nazri Chik Zain, Exco Pemuda PAS

-Kita mesti mencorakkan orang sekeliling,bukan sebaliknya.

-PAS telah melalui banyak fasa, dan menariknya telah banyak pengalaman memerintah

-ke mana sahaja kita mahu pergi,apa yang pasti, Islam pasti dimusuhi

-Kita mesti lantik pemimpin yang mempunyai saksiah islam
-Dalam mengawal dasar perjuangan adalah peranan masjls ulama

-Usaha PAS telah menganjak pemikiran masyarakat Malaysia daripada “politik suku,agama suku” kepada agama dan politik yang tidak terpisah.

-PAS menongkah arus terus ke hadapan dan sentiasa melihat kembali tahalluf siyasi

-Apabila berbincang tahalluf siyasi, kita mesti lebih melihat kepada maslahat dan pengalaman dahulu, penilaian pada sejarah,kemahuan dan keuntungan umat islam
3. Cikgu Azmi TERAS
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” Surah Yusof: 108

-berlakunya gerakan-gerakan Islam yang baru adalah kerana ada gerakan-gerakan Islam yang tak ikut seperti ayat ini, tidak bertegas dalam memperjuangkan Islam.

-masalah kini ialah, tiadanya kepimpinan yang jelas, agenda islam ditenggelamkan, agenda islam dipolitikkan,dikucar-kacirkan oleh media, hilang prioriti lalu tiada penjelasan agenda islam.

-apa dia tiang-tiang seri islam? Kita mesti “mainstream”kan syariat, sosialkan masyarakat dengan syariat,sosialkan pimpinan negara dengan kehidupan bersyariat
4.Ustaz Mina Ismail Ahmad, MUAFAKAT

-kita yg mesti tentukan agenda Islam,bukannya orang lain

-kita mesti membina orang yang berkepimpinan dalam membawa agenda Islam

-hegemoni barat,zionis mesti digantikan dgn hegemoni Islam

-terhakisnya tasawwur Islam(worldview) dan fahaman nilai dalam masyarakat Islam


Soal-Jawab Dialog 1:

Dalam soal-jawab pada sesi dialog 1,kebanyakan soalan adalah tentang pertanyaan mampukah UMNO dan PAS kembali ke meja rundingan demi memartabatkan Islam. Persoalan tentang pemikiran DSAI namun, Ustaz Ismail Mina Ahmad mengatakan ianya tidak sesuai ditanya kerana DSAI tiada di situ. 

1.PAS dan Negara Berkebajikan, dimana konsep Islam Wasati dan Islam Hadhari

PAS adalah parti politik yang di Islamkan dengan dakwah. Negara Berkebajikan-satu rebranding, tiada negara Islam dalam perlembagaan PAS. Konsep Islam Wasati tenggelam dengan konsep 1Malaysia…Islam Hadhari adalah istilah yg memeningkan dan sukar diterjemahkan kepada dasar dan perlaksaan.

2.Kenapa tiada perpaduan UMNO-PAS?
Jawapan oleh Ustaz Fathu Bari
Perpaduan PAS-UMNO tidak jadi kerana sikap individu,maka jangan menjatuhkan hukum sama-rata kepada seluruh ahlinya. Terbantutnya usaha menyatupadukan UMNo an PAS berpunca dari fitnah-fitnah. Secara umumnya, fitnah ada dua: Fitnah Syahwat dan Fitnah Syubhat…

a)Fitnah Syahwat-fitnah keduniaan,harta,kuasa,wanita,ego

b)Fitnah Syubhat-mencari dalil utk menjustifikasikan/mengislamkan dasar…eg. 1Malaysia, agamawan menggali dalili-dalil dalam Quran dan Hdis untuk mengatakan konsep 1Malaysia ada dalam Quran dan ini adalah satu usaha yang batil.

Oleh kerana fitnah-fitnah ini-amat sukar untuk mencari titik pertemuan.

3.Apa pemikiran DSAI?

Pure Machiavellian-matlamat menghalalkan cara.

4.Random quotes dari QnA

“Tak semua UMNO syaitan, tak semua PAS malaikat.”

“Pemimpin mesti pro islam”

“Agen pemurtadan, pintunya dibuka oleh pemimpn-pemimpin Islam”

“Kita mesti sediakan umat,prepare the people”

“Demokrasi mendahulukan kehendak, nafsu manusia melebihi agenda Islam”

“Kekuatan itu akhlak,menahan kemarahan adalah kekuatan”

Sesi Dialog 2

Moderator:Dr Zainur Rashid Zainuddin

Panelis-panelis:

 1)Dr Anis Malik Thoha (Pensyarah Jabatan Usuluddin UIAM)

             2)Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni (Naib Presiden II ISMA)

3)Tuan Hj Mahamad Naser Disa (Peguam Persekutuan & ALP DAMAI)


Pembentangan Panelis (10-15minit)

1. Dr Anis Malik Toha, Pensyarah UIAM

-tiada identiti sebenar agenda Islam

-konsep-konsep agenda Islam rosak kerana konsep-konsep asing

-kerana tidak menyedari adanya masalah, seseorang tu berfikir atas apa sahaja yang ada di fikirannya

2. Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden II ISMA

-takrifan agenda islam tidak boleh terlampau luas,atau terlalu sempit

-kehidupan islam dalam dunia ini

-penubuhan negara islam,mesti bertegas,kandungan dan konsep

-istilah negara Islam adalah tradisi warisan ulama

-apakah ciri-ciri utama negara Islam? Ketundukan mutlak kpd Allah bukannya hak asasi manusia..bukan setakat tiada rasuah,nepotisme,dan sebagainya.

-mesti letakkan bangsa pada tempatnya

-Sabda Nabi saw,“Tidaklah Allah mengutuskan seorang nabi kecuali berada dalam perlindungan kaumnya.”(Hadis Sahih,Riwayat Imam Ahmad)
-menguasai agenda Islam kerana ada orang tak nak bangsa melayu ini untuk menjadi pendokong agenda Islam

3.Tuan Hj Mahamad Naser Disa (Peguam Persekutuan & ALP DAMAI)

-Ancaman masakini iaitu gerakan liberal telah mencairkan jatidiri umat Islam. Sensitiviti dan kepekaan umat Islam Malaysia tidak sekukuh seperti dahulu,eg tak ambil kisah soal kristianisasi,pemurtadan wujudnya gerakan mempertikaikan kitab,ulama,imam dalam isu-isu menyentuh Islam. Maka,umat akan tenggelam dengan agenda non-muslim.


Soal-Jawab Dialog 2:
Sesi petang menyaksikan soalan-soalan lebih kepada penyelesaian ISMA dalam mendaulatkan Islam, Tahalluf siyasi PAS-PKR-DAP,perlembagaan,dan arus liberalism.

1) Soalan tentang perlembagaan,sejauh mana Malaysia merupakan Negara Islam.

Malaysia adalah negara Islam mengikut perlembagaan yang sedia ada. Jika diterjemahkan,al islam deenul daulah, Islam sebagai agama persekutuan. Islam  merupakan agama rasmi negara,bukan sekadar untuk majlis-majlis. Tetapi bukannya menolak kewujudan agama-agama lain di Malaysia, kerana Islam adalah agama rasmi dan lain-lain agama adalah tidak rasmi dalam perlembagaan.

Pada prinsipnya, Islam adalah undang-undang tertinggi negara. Seringkali kita mendengar ada pihak yang menyatakan Malaysia adalah negara “Demokrasi sekular dengan Islam sebagai agama rasmi”…statement ini adalah salah kerana tiada perkataan demokrasi,sekular dalam perlembagaan. Oleh kerana perlembagaan kita telah meletakkan Islam di dalamnya, maka kita kena isi negara ini dengan nilai-nilai Islam,prinsip-prinsip Islam dalam melaksanakan dasar dan agenda.


2) Agenda liberalism dan keperluan mempertahankan perlembagaan Malaysia.Adakah perlembagaan Malaysia di tiru dari perlembagaan India dan digubal oleh Suruhanjaya Reid

Agenda liberalisme menghakis Islam di Malaysia, jika dahulu mengisi perlembagaan dengan Islam tetapi sekarang, soal-soal negara diisikan dengan Hak Asasi Manusia..sehinggakan murtad dijadikan hak, bukannya jenayah. Kita mesti mempertahankan kedaulatan Islam dalam negara.

Berbalik kepada perlembagaan Malaysia,tiada istilah hak asasi di dalamnya. Suruhanjaya Reid tidak menggubal perlembagaan Malaysia tetapi hanya menyediakan laporan kepada pihak British. Majlis raja-raja yang memperkenankan perlembagaan yang dicadangkan. Maka, jelas bukan Reid yang letak artikel 152,153 dalam mempertahankan hak-hak melayu Islam. Oleh kerana perlembagaan kita jelas meletakkan Islam di dalamnya,jangan sampai kita terlepas apa yang telah termaktub. Dan kita mesti susun strategi bermula dari situ dalam mempertahankan dan memperjuangkan kepentingan Islam dalam perlembagaan Malaysia yang sedia ada.


3) Apa yang berlaku di Indonesia walaupun majoriti masyarakatnya muslim,di mana kesilapan perlembagaan Indonesia dan hasilnya pada hari ini?

Semasa berlakunya kemerdekaan Indonesia, apabila perlembagaan dibincangkan dan  dasar-dasar negara ditetapkan, berlaku kesilapan dan overconfidence oleh pemimpin-pemimpin Indonesia kerana merasakan majoriti muslim yang ada di Indonesia akan mendaulatkan Islam secara automatik.

Dari segi politik, Parti Keadilan Sejahtera di Indonesia tidak mendapat sambutan majoriti rakyat Indonesia, walaupun ianya memperjuangkan Islam.

4) Mengapa ISMA mempertikaikan tahalluf siyasi PAS-PKR-DAP sedangkan ianya telah disyurakan oleh Majlis Ulama PAS?

Tahalluf Siyasi adalah hukum pengecualian, kena ikut metodologi yg betul,iaitu mendahulukan Quran dan Hadis kemudian aqal,bukannya meletakkan aqal paling atas untuk derive/justify syariat..aqal kena tunduk dengan nas. Walaupun PAS mengatakan bahawa Majlis Ulama telah mensyurakan Tahalluf Siyasi PAS-PKR-DAP, kita kena faham bahawa dalam kaedah syariat-kena tanya soal fiqh,kena beritahu apa dalil-dalil yang dipakai. Setakat ini,ISMA telah menjelaskan isu Tahalluf Siyasi dalam Siyasah Syariiyah yang boleh didapati dalam website, jelas dan telus.

Apabila dilihat kertas kerja PAS dalam isu Tahalluf Siyasi, tidak disebut satu hadis sahih dimana Nabi SAW melarang kafir ikut perang Badar dan Hadis ini amat penting apabila membincangkan tentang tahalluf. Kami mencadangkan agar PAS mengkaji kembali Tahalluf Siyasi dan berdialog tentang metodologi dan dalil yang dipakai untuk mengharuskan tahalluf tersebut.

5) Adakah ISMA akan mengundi Pakatan Rakyat sekiranya PAS dominan dalam Pakatan Rakyat?

Apabila kita menyebut tentang pemerintahan, kita melihat kepada wilayah ammah-kepimpinan dan kuasa tertinggi. Tuntutan sekarang (maqasid syarak) adalah membanyakkan bilangan ahli parlimen muslim, iaitu sehingga lebih 2/3 majoriti untuk menguatkan kuasa tawar-menawar.

Terlalu awal untuk ISMA menyatakan pendirian dalam PRU yang akan dating,kerana kita belum dapat senarai calon-calon BN dan PR. Apapun, PAS perlu membuktikan dominasi dalam PR…bukan sekadar atas kertas,tetapi mesti membuktikan dominasi dalam dasar,ucapan,manifesto kerana dominasi itu penting dalam mendapat kuasa tawar-menawar agenda Islam yang ingin dibawa.

Apa yang pasti, ISMA tak undi DAP!


6) Mengapa hanya sepakat, perlukah untuk UMNO-PAS bersatu dalam konteks slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat?

Bersepakat adalah lebih praktikal. Kita pun tahu penyatuan itu mustahil buat masa sekarang. Apa yang perlu adalah kesepakatan dalam membawa agenda Islam. Sebagai contoh kesepakatan yang kita hendak, bersama dalam agenda Islam, mempertahankan dan memperjuangkan kedudukan Islam dalam perlembagaan, menolak arus liberal, meramaikan muslim dalam parlimen.


7)Kenapa tumpu kepada bangsa melayu dalam konteks Melayu Sepakat Islam Berdaulat?

Jika kita semak kembali sirah Nabi SAW, cuba semak nama-nama orang yang masuk Islam pada 3 tahun pertama kenabian. Seruan dakwah Nabi SAW ditumpukan kepada suku nabi dan suku isteri baginda,maka Nabi SAW berdakwah kepada keluarga terdekat untuk mendapat dokongan yang lebih kuat. Eg. Kita kena jaga mak sendiri,mana boleh kita suruh orang lain jaga mak kita,atau kita jaga mak orang lain. Al-Quran sendiri menyatakan wahai orang-orang beriman, jauhilah kamu dan keluarga kamu dari azab api neraka. Maka,tumpuan kita perlu kepada orang paling rapat dengan kita,keluarga kita,bangsa kita.

Secara realitinya,semua gerakan dakwah di Malaysia tertumpu kepada bangsa melayu. Dalam kemelut sosial,ekonomi dan politik yang membelit bangsa Melayu, jika semua melayu teruk dan rosak, banggkitkah Islam? Kita mesti yakin bahawa melayu ada potensi untuk bangkit dengan Islam. Mana-mana pemimpin yang dilantik di negara ini mesti dapat syaukah(dokongan) iaitu melayu muslim yang menjadi majoriti

Dan ini adalah kebenaran realiti yang berlaku,maka peganglah apa yang betul walaupun ianya melawan arus.


8) Pentingkah ideologi dan mengapa arus liberal merbahaya?

Amat penting untuk kita mengetahui ideologi yang dibawa oleh mana-mana pihak,dan perlu kita bezakan ideologi Islam dan ideologi jahiliyyah. Kita perlu membetulkan kefahaman kerana ianya akan menghasilkan amalan,ikutan. Umat Islam perlu melihat Islam sebagai tasawwur-worldview dalam menilai apa yang berlaku di dunia pada masa ini.

Kenapa arus liberal menyubur di kalangan umat Islam? Tak lain dan tak bukan untuk menjauhkan kita dari beribadat kepada Allah SWT dengan kefahaman Islam yang sempurna.

:::RESOLUSI DIALOG MASA DEPAN AGENDA ISLAM:::

Resolusi Pertama

Pilihan yang ada pada kita ialah kembali kepada Islam, bersatu padu dan dalam konteks di Malaysia bersetuju dengan konsep negara Islam iaitu Malaysia adalah milik orang Islam dan membangunkan agenda bersama,demi maslahah Islam

-Mendesak PAS dan UMNO kembali berunding demi memartabatkan kedaulatan Islam serta maruah bangsa Melayu dan masa depan negara.

-Membangunkan kehidupan Islam dalam masyarakat secara menyeluruh sebagai usaha berterusan ke arah memperkukuhkan agenda Islam

Resolusi Kedua

Kita juga menyeru supaya semua pihak faham dengan sejelas-jelasnya bahawa musuh kita yang sebenarnya adalah ideologi liberal barat

-Menolak aliran liberalisme yang diperkenalkan barat dan yang dipergunakan oleh mereka sebagai alat penjajahan dan bagi meleburkan jatidiri bangsa

Resolusi Ketiga:

Kita menyeru semua pihak untuk menyelesaikan masalah kita sesama kita dengan menggunakan sistem,adab,nilai dan cara kita sendiri

-Menyeru supaya semua pihak tidak mengimport formula dan penyelesaian luar bagi menyelesaikan permasalahan kita

“Membangun Umat Beragenda”

Video Penuh
http://www.mobtv.my/VOD-Masa_Depan_Agenda_Islam_Di_Malaysia.html


Rakaman Video

UMNO & PAS Diminta Kembali Berunding Demi Mendaulatkan Islam

http://www.mobtv.my/islamic-891.html

Sidang Media Masa Depan Agenda Islam Di Malaysia

http://www.mobtv.my/islamic-889.html
Dialog Masa Depan Agenda Islam Di Malaysia – Sesi Dailog 1

 http://www.mobtv.my/islamic-890.html

Dialog Masa Depan Agenda Islam Di Malaysia – Sesi Dailog 2

http://www.mobtv.my/islamic-897.html

 

*sebarang penambahan,pengurangan,kesilapan mana-mana kenyataan di atas berpunca dari kesilapan penulis sendiri

 
5 Comments

Posted by on March 1, 2012 in Wacana, Ceramah, Penjelasan

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

5 responses to “Notaku: Dialog Masa Depan Agenda Islam

  1. suhailsufian

    March 1, 2012 at 6:51 PM

    Reblogged this on sthrnnt – mengapa hidup,jika statik and commented:
    Syukran atas Nota yg sangat kemas dan teliti. MOga dapat diteruskan dalam masa-masa akan datang🙂

     
  2. opfarhan

    March 7, 2012 at 10:01 AM

    Reblogged this on Fighter's Soul.

     
  3. opfarhan

    March 7, 2012 at 10:05 AM

    Reblogged this on Fighter's Soul.

     
  4. Hamim

    March 25, 2012 at 6:19 AM

    kejap2…
    “Jika kita semak kembali sirah Nabi SAW, cuba semak nama-nama orang yang masuk Islam pada 3 tahun pertama kenabian. Seruan dakwah Nabi SAW ditumpukan kepada suku nabi dan suku isteri baginda,maka Nabi SAW berdakwah kepada keluarga terdekat untuk mendapat dokongan yang lebih kuat”
    Bilal bin Rabah tu suku nabi atau suku isteri nabi ke?? bkn die org Habsyah(kulit hitam) ke??

     
    • baang43

      March 27, 2012 at 8:06 PM

      cuba tgk raheeq maktum,mukasurat 47 kalau x silap,awal2 selepas nabi SAW dapat wahyu pertama.Nabi SAW berdakwah secara rahsia kepada ahli keluarga nabi,kaum kerabat,dan para sahabat terdekat.

      Maka,prioriti Nabi SAW adalah mencari dan membentuk pendokong Islam..iaitu di kalangan ahli keluarga Nabi SAW dan Siti Khadijah,kaum kerabat

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: