RSS

Mengapa Undi Melayu Pecah=TIADA AGENDA ISLAM

02 Mar

Rata-rata panelis wacana “Mengapa Undi Melayu Pecah?” anjuran Sinar Harian seakan-akan bersetuju bahawa “Tidak mengapa undi Melayu pecah” dan “Lebih baik sekiranya undi Melayu pecah”…hanya ada suara-suara kecil yang mahu Melayu kembali bersatu atas kesamaan akidah.

Telah termaktub bahawa undi Melayu sering pecah di kawasan-kawasan majoriti melayu, berbanding undi kaum-kaum lain di mana mereka majoriti. Ada orang mengatakan lebih baik undi Melayu pecah agar berlaku semak-imbang (check and balance) dalam pemerintahan dan membolehkan kedua-dua blok parti bersaing dengan lebih sihat. Perpecahan undi Melayu dilihat memberi kesan positif lain seperti, lebih banyak bantuan dari kedua-dua blok kepada para pengundi, hilangnya gejala rasuah kerana hanya satu blok parti lain tidak mengamalkan rasuah dan isu-isu kebajikan rakyat akan lebih terbela. Namun,TIADAKAH sebarang kerugian dari budaya memecah-belahkan undi Melayu?

MELAYU DAN ISLAM
Melayu mengikut perlembagaan adalah orang Islam yang lahir di Malaysia, bercakap bahasa melayu dan  mengamalkan budaya Melayu. Perlembagaan telah menjadikan bangsa Melayu satu-satunya bangsa yang unik dimana mereka mesti beragama Islam di Malaysia meskipun pada prinsip Islam, mana-mana orang tidak mengenal bangsa boleh memeluk agama Islam. Prinsip Islam jelas menyatakan bahawa Islam boleh dianuti oleh semua, tidak mengenal darjat dan keturunan. Tiada bangsa lebih mulia di muka bumi ini dan hanya mereka yang bertaqwa adalah mulia di sisi Allah SWT.

Sekiranya perlembagaan Malaysia tidak menyatakan artikel 152,153 yakni definisi bangsa Melayu, nescaya tiadalah Islam di negara ini. Jika dibandingkan dengan perlembagaan Indonesia, mereka tidak meletakkan Islam di dalamnya,tidak menyatakan Islam sebagai agama rasmi,tidak menyatakan bangsa yang memeluk Islam…dan akhirnya negara Indonesia,walaupun mempunyai paling ramai penganut Islam kalah dengan agenda-agenda barat, kristianisasi,liberalisme,pluralisme agama.

Kita perlu bersyukur perlembagaan Malaysia yang sedia ada masih mengekalkan ciri-ciri Islam di dalamnya. Jika penggubal Perlembagaan Malaysia kita dahulu terlalu yakin(over-confidence) dengan majoriti bangsa Melayu pada masa itu, nescaya mereka meletakkan tanggungjawab yang penuh kepada mereka untuk memikirkan sendiri Islam yang mereka mahu isikan dalam agenda negara,jika mereka mahu.

Perlembagaan Malaysia telah menyelamatkan sedikit sebanyak masa depan Islam dan nasib bangsa Melayu.


PENDOKONG ISLAM DI MALAYSIA

Apabila kita jelas dan mampu mengesani realiti religio-politik negara ini, kita akan mendapati bangsa Melayu masih lagi merupakan pendokong agenda Islam di Malaysia ini. Siapa tahu bangsa-bangsa lain akan menjadi pendokong Islam suatu hari nanti.

Sifirnya mudah,semakin berpecah undi melayu,semakin kurang kuasa tawar-menawar dalam memperjuangkan kepentingan Islam. Setiap pemimpin yang dilantik perlu berdiri teguh dalam pendirian parti blok masing-masing dan blok-blok politik ini tidak dikuasai oleh orang Islam secara dominan yang mempu mempengaruhi dasar-dasar dan manifesto perjuangan blok-blok masing-masing. Sekiranya tiada keikhlasan,sikap berlapang dada sesama muslim, maka tiadalah harapan untuk memperjuangkan nasib dan masa depan Islam kerana neraca politik didahulukan daripada neraca Islam.


NASIB AGENDA ISLAM

Pasca PRU12 telah membuktikan agenda Islam ditinggalkan oleh kedua-dua blok politik. Akibatnya, penyuburan ideologi-ideologi jahiliyyah berlaku dan menghakis jatidiri umat Islam. Umat Islam tidak lagi peduli soal agama,soal aqidah,masalah sosial yang berlaku. Hanyut dibawa arus hedonisme. Isu-isu sensitif Islam sering digadaikan oleh ahli-ahli politik agar mereka dilihat lebih “accomodative” kepada “orang lain” dan tidak lagi peduli undi orang sendiri kerana mereka yakin ketaksuban pengikut mereka mampu menjamin undi pada PRU yang akan datang.

Antara berpecah undi Melayu dan penyatuan undi Melayu, yang mana akan menjamin masa depan Islam di Malaysia? Seringkali orang mengatakan Islam akan tetap terjamin walaupun Melayu berpecah. Ya,sesungguhnya Islam akan menang tetapi ia memerlukan pendekatan dan strategi yang melihat kepada realiti yang berlaku dengan sudut pandang yang lebih luas.

KETIADAAN AGENDA ISLAM
Perlukah Melayu berunding untuk duduk di bawah satu bumbung parti politik? Ianya mustahil buat pada masa ini atas dasar-dasar politik yang jauh berbeza dan sikap pemimpin-pemimpin tinggi. Masing-masing mempunyai agenda politik tersendiri dan kadang-kala agenda yang mereka bawa mempunyai agenda-agenda jahiliyyah barat-sekularisme,liberalisme,sosialisme,demokrasi mengikut fahaman barat.

Apabila tiadanya agenda Islam yang diperjuangkan atau tiada agenda yang disepakati bersama, undi Melayu tidak menjamin apa-apa bagi kedua-kedua belah pihak. Kesemuanya hanyut dan terpesona dengan agenda bukan Islam, terang mahupun tersembunyi.

Bangsa Melayu perlu kembali kepada Islam dan mengamalkannya secara syumul. Mereka perlu dijelaskan dengan ilmu kepentingan membawa agenda Islam dalam diri masing-masing. Mereka boleh berbeza politik tetapi mereka mesti mendahulukan neraca Islam dan bukannya perkiraan politik. Sekiranya setiap pemimpin politik Muslim menggerakkan agenda Islam dalam parti blok masing-masing, maka tidak ada masalah untuk bangsa Melayu mengundi mana-mana pihak.

AGENDA ISLAM DAN KEPERLUAN YANG MENDESAK
Bangsa Melayu perlu mendesak pemimpin-pemimpin mereka agar kembali memperjuangkan dasar-dasar Islam dan bukannya terpaut dengan agenda-agenda bukan Islam. Arus liberal-demokratik semakin merbahaya apabila ianya diambil oleh pemimpin kedua-kedua blok politik.

Kita perlu mempunyai agenda semasa membuang undi dan harapannya, bangsa Melayu sepakat dalam agenda Islam yang kita perlu perjuangkan.

  • Istiqamah dalam memperjuangakan negara Islam yang ciri utamanya adalah ketundukan mutlak kepada Allah SWT.
  • Menolak arus liberalisme,secularisme,pluraslisme,sosialisme yang menjauhkan diri dari ketaatan kepada Allah SWT.
  • Meramaikan bilangan ahli parlimen Muslim agar kuasa tawar-menawar lebih terjamin di pihak Islam.
“Undilah pemimpin Muslim yang pro-Islam!” 

 “Bantulah saudaramu samada yang zalim atau dizalimi”. Seorang sahabat Anas r.a. terkejut lalu bertanya “Wahai Rasulullah, membantu yang dizalimi itu jelas tetapi bagaimana kami membantu mereka yang zalim?” Rasulullah (SAW) menjawab “Bantulah dia dengan menghentikannya dari menzalimi”
(riwayat Bukhari dan Muslim)

 
Leave a comment

Posted by on March 2, 2012 in Wacana, Ceramah, Penjelasan

 

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: