RSS

Wacana Pemikiran dan Arus Liberal di Malaysia: Cubaan Menghapuskan Islam di Malaysia

02 Mar

Wacana Pemikiran dan Arus Liberal di Malaysia: 

Cubaan Menghapuskan Islam di Malaysia

 

…bersama Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA)

  • Kenalkah anda dengan badan-badan dan tokoh-tokoh pejuang liberal di Malaysia?
  • Apakah kaitan antara arus liberal di Malaysia dengan agenda PBB?
  • Apakah teknik halus gerakan liberal?

PENDAHULUAN

Gerakan liberal bukanlah satu yang baru dalam dunia,tetapi sebaliknya ia sentiasa berevolusi, sentiasa berubah bentuknya daripada satu tahap kepada tahap. Jadi liberalisme ini bukan setakat isu orang tak faham/jahil agama-yg itu jelas tetapi liberalisme boleh muncul dalm bentuk yang tidak jelas. Ia muncul dari zahirnya mungkin islamik, tetapi apabila diteliti, kita akan memahami bahawa ia bukannya datang dari falsafah islam.

APA ITU LIBERALISME?

Apakah itu liberalisme?Liberalisme adalah kebebasan berfikir dan bertindak pada peringkat individu, di mana individu diberikan hak untuk berfikir apa yang mereka nak, bertindak mengikut apa sahaja yang mereka nak.

Liberalisme adalah satu kebebasan mutlak yang diberikan kepada individu untuk berfikir apa yang mereka nak fikir dan bertindak apa yang dia hendak buat, terpulang kepada dia. Jadi liberalisme ini akhirnya, merujuk kepada satu konsep iaitu “tidak ada apa yang dinamakan sebagai kebenaran mutlak”…semua benda adalah betul, sebab itu antara gejala yang berlaku apabila gerakan liberalisme ini masuk ke Malaysia adalah pluralisme agama. Sampaikan kepada satu peringkat, orang Islam pun terkeliru, tak sedar mahupun jahil, mengatakan semua agama adalah baik. Biasa dengar tak orang islam cakap macam tu? Sekarang ini,cakap-cakap macam tu dah jadi satu benda yang biasa bahkan melalui perbincangan, ada yang membincangkan “adakah orang kafir akan masuk syurga?”..Bayangkan betapa bahayanya, dan berapa jauhnya dia daripada falsafah Islam.

Kita mulakan dengan beberapa contoh,


1. Hak-hak wanita-isu poligami

Lelaki boleh berpoligami, mengapa perempuan tak boleh berpoligami?

atau kita tukar soalan, perempuan tak boleh berpoligami, mengapa lelaki boleh berpoligami?

Setiap peguam mesti menduduki sesi bersama Sister in Islam(SIS). Apa SIS cakap tentang poligami? SIS bukan setakap cakap poligami adalah satu yang menzalimi hak wanita,tetapi lebih daripada itu, mereka mengatakan perempuan pun sepatutnya boleh berpoligami. Begitulah pemikiran liberal.


2.Isu tudung

Wanita berhak tak pakai tudung, Dia menggunakan ayat al-Quran. menurut RPK, yang wajib adalah labuhkan kain sehingga menutup dada. Liberalisme akan pergi sehingga al-Quran tu pun boleh ditafsirkan ikut suka hati, sedangkan al-Quran merupakan kitab Allah yang sepatutnya ditafsirkan dengan kaedah bahasa Arab.

Khumur adalah bukannya kain,tetapi kain yang menutup kepala. Apabila diterjemahkan khumur adalah kain, mereka mengatakan cukup sekadar kain menutup dada perempuan, walhal khumur adalah kain yang menutup kepala. Jadi tafsirannya yang lebih tepat adalah labuhkan tudung kepala sehingga menutup dada. Tetapi itulah liberal,ia sampai ke peringkat berani menafsirkan semula al-Quran walaupun tanpa ilmu.


3.Persamaan hak lelaki dan wanita: Rumahtangga

Memberi kesan kepada institusi rumahtangga. Lelaki sepatutnya adalah yang mencari rezeki dan wanita sepatutnya membantu suami menguruskan rumahtangga dan mentarbiyah anak-anak,itu fungsi asasi. Persefahaman bahawa tugas utama suami adalah mencari rezeki, tugas utama isteri adalah membantu rumahtangga,jaga anak.

Tetapi arus liberal mahu menyamaratakan semua ini walhal dalam Islam, lelaki itu qawwam-Ia adalah lebih tinggi dari wanita oleh sebab kerana kelebihan yang Allah berikan dan sebab nafkah. Jadi kedudukan lelaki dalam rumahtangga tak sama dengan wanita.


4.Persamaan hak lelaki dan wanita: Pekerjaan

Perempuan bekerja dalam bidang lelaki. Buruh,pemandu teksi,pemandu bas. Itu bukan pekerjaan yang sesuai untuk seorang wanita. Itu pekerjaan yang sesuai dengan lelaki. Kenapa dibiarkan wanita-wanita bekerja sampai pukul 1-2pagi seperti penjaga tol? Masyarakat sekarang ini tiada sensitiviti tentang pekerjaan yang sesuai untuk perempuan dan lelaki, seolah-olah tak kisah.


5.Pluralisme ,hak tuntutan dari IFC

Kerajaan terpaksa melayan tuntutan ini sehingga menubuhkan jawatankuasa yang pada awalnya adalah Jawatankuasa Persefahaman Antara Agama tetapi ditolak oleh NGO-NGO lalu ditukar kepada Jawatankuasa Persefahaman Antara Penganut-penganut Agama.

Arus pluralisme agama ni adalah satu arus yang bahaya kerana mereka berfikir tidak ada kebenaran mutlak,semua agama adalah benar, semua agama akan bawa ke syurga. Ini adalah satu pemahaman yang memang jauh dari Islam. Agama yang Allah redha adalah Islam. Dengan turunnya al-Quran, termansuh kitab-kitab sebelumnya.

contoh tuntutan IFC, Seorang anak yang dilahirkan dalam keluarga Islam tidak seharusnya beragama Islam.

Seorang anak ada surat beranak dan MyKid. Dalam MyKid tidak ada perkataan Islam. Jadi cuba tengok halusnya perkara yang berlaku. Cuba bayangkan apa yang akan ditulis pada MyKad mereka yang tidak mempunyai Islam pada MyKidnya.

6.Isu kalimah Allah

Kemudiannya, orang-orang bukan Islam tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan Islam seperti kalimah Allah, dan yang malangnya ada orang Islam yang tak kisah. Sedangkan kalimah Allah itu adalah satu kalimah yang suci. Kenapa kristian nak gunakan kalimah Allah dalam bible mereka dalam bahasa melayu? Kenapa mereka tak gunakan kalimah Allah dalam bible bahasa Inggeris? Tetapi mahu kalimah Allah dalam bible bahasa Melayu. Sebab di sana ada kecenderungan untuk meniru apa yang dilakukan di Indonsesia.

Indonesia dah terlalu liberal dan dah terlajak jauh. Kalau kita pergi Indonesia, kita boleh jumpa gereja diatasnya tertulis Allah Kasih. Tak logik orang-orang Islam dewasa yang terpedaya dengan perkara itu. Tetapi jika kita tanya anak-anak muda kita, mustahilkah untuk mereka untuk terpedaya.

Adakah kita mahu perkara yang sama berlaku di Malaysia? Dan jika kita tak halang, anak-anak akan keliru, pergi masjid, Allah, pergi gereja, Allah…sekiranya

Akhirnya penafsiran al-Quran, kadang-kala diputar -belitkan. Ada sesetengah kecenderungan golongan pendakwah yang menafsirkan al-Quran supaya boleh membenarkan penggunaan kalimah Allah itu. Satu benda, untuk menamakan tuhan mereka sebagai Allah, ini ada masalah sikit. Golongan pendakwah itu pula menggunakan hujah ayat…disebutkan beberapa rumah ibadat ni kemudiannya dikatakan yang disebut bahawa nama Allah di dalamnya…maka menurut mereka di zaman dahulu, di dalam gereja disebut nama Allah oleh agama-agama tersebut dan dibenarkan.”

 (Surah Az-Zukhruf:40)

الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
“Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”

Cuba tengok balik tafsir, sebahagian mufassirin berkata, yang disebutkan “kembali kepadanya” yang disebut didalamnya, “nya” itu merujuk kepada ism yang paling hampir iaitu masjid. Jadi, masjid sahaja yang disebut nama Allah. Sebahagian daripada mufassirin berkata, “nya” itu merujuk kepada semua iaitu semua rumah-rumah ibadat agama Islam sebelum diselewengkan, yakni agama-agama sebelum Nabi Muhammad SAW sebelum diselewengkan agama-agama tersebut. Akhir sekali,kita kena kembali kepada nas. Kembali kepada tafsir yang muktabar. Kita akan dapati tiada hujah pun dari mereka.

Surah az-Zukhruf,ayat 87

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ
“Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan mereka? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah!. (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

Contohnya mereka guna ayat di atas(az-Zukhruf,87) ,”…kalau ditanyakan kepada mereka,siapakah yang mencipta langit dan bumi,mereka akan berkata Allah. Itu menunjukkan bahawa diorang boleh sebut Allah sebagai tuhan mereka. Tetapi cuba lihat di hujung ayat itu, “kalau begitu,kenapa berpaling?” maknanya kamu sebut Allah tu tak betul, kalau betul,tiadalah”kenapa kamu berpaling?” selepas tu.

Maknanya, Allah mengherdik mereka selepas mereka mengatakan bahawa langit dan bumi diciptakan oleh Allah. Allah mengherdik sebab mereka kata tak betul berdasarkan iktiqad mereka. Mereka tidak beriktiqad Allah ini pencipta, mereka iktiqad benda lain yang cipta. Sebab tuhan yang mereka sembah bukan Allah. Maka penafsiran-penafsiran ini perlu diperkukuhkan dalam masyarakat kita agar akhirnya, Islam itu betul-betul diamalkan dan liberal dll tidak mendapat tempat.


7.Pengedaran Bible Melayu dan Indonesia secara terbuka

Pengedaran bible secara terbuka dari Indonesia sepatutnya dibenarkan. Sebenarnya, Bible bahasa Melayu sudah lama diedarkan sejak 1970-an. Dekat PJ pun ada satu gereja melayu. Kita mungkin terlalu naif/tak sedar, tak terasa jika di Malaysia. Cuba anda pergi ke Eropah, ada tak dia bagi masjid melaungkan azan di luar. Diorang tak bagi pun. Maka dimana toleransi mereka. Hanya ada satu masjid di UK Southampton kerana sekelilingnya orang Islam. Di Australia, kena parking dengan betul. Jika tak betul,masjid kena tutup. Jika ada jiran mengadu, masjid kena tutup. Itu cara mereka melayan Islam di negara mereka. Jadi,mengapa kita dah dapat negara Islam, kita punya,kitalah penguasanya, kitalah majoritinya, lalu kita toleransi lebih-lebih. Pada statistik, kita akan sentiasa menang kerana bilangan kita akan semakin ramai.

8. Hak-hak LGBT
Arus liberal akan membawa suatu konsep tiada kebenaran mutlak. Setiap orang betul. Bila gereja kalah di eropah,dahulu gereja mencengkam masyarakat eropah,—apabila gereja jatuh,raja jatuh,eropah pun maju-maka mereka membuat kesimpulan, kemajuan mereka berlaku apabila mereka tolak agama. Dan kepada mereka,apabila mereka mengamalkan sesuatu yang disebut sebagai “modernisme” maksudnya sesuatu yang bersifat moden-bersifat rasional,emperikal, boleh dirasai oleh panca indra,boleh dinilai,boleh diukur. Tetapi di Malaysia dan diseluruh dunia,kita bukan berada pada zaman modernisme. Kita berada fasa lebih daripada itu.

__________________________________________________________

MODERNISME dan POST-MODERNISME

Modernisme menjadikan akal sebagai penghukum/pengukur. Menurut modernisme, akal mengatakan lesbian itu sumbang, maka sumbanglah lesbian. Tetapi mengapa lesbian diterima Barat sekarang? Kerana fasa yang jauh dari modernisme iaitu “Post-modernisme” dimana yang menjadi kayu pengukurnya adalah setiap individu itu sendiri. Jadi kebenaran itu adalah satu yang bersifat abstrak. “Ini adalah dunia kami, jangan mencuba untuk takrifkan. Kami mentakrifkannya sendiri.”Jadi pada post-modernisme, kebenaran adalah satu yang abstrak-maka setiap orang betul,tidak ada orang yang salah….termasuklah LGBT. Kerana itu Barat menghalalkan same sex marriage.

_____________________________________________________

HUMANISME

Falsafah barat,ia berdiri atas satu fahaman yang dinamakan Humanisme. Fahaman Humanisme adalah satu fahaman dimana manusia menjadikan kehendak mereka sebagai matlamat dan cara hidup mereka,mengikut apa jua kehendak mereka. Tidak ada nilai agama dan menjadikan kehendak peribadi itu sebagai tuhan. Jadi sebab itu,semasa revolusi di Eropah, dia hancurkan gereja dan hancurkan istana kerana gereja penghalang kehendak manusia; jadi untuk membebaskan kehendak, mereka membuang gereja dan istana. Raja hanya tinggal simbolik,tiada kuasa. Apabila tiada kerajaan,tiada agamawan,tiada kuasa raja-raja yang mengawal negara,maka masing-masing memenuhi kehendak masing-masing.

Tetapi akhirnya,kesemua kehendak manusia tidak dapat dipenuhi,kerana persaingan dengan kehendak-kehendak yang lain. Lalu mereka bangunkan balik kerajaan. Kerajaan yang dibangunkan adalah kerajaan-kerajaan kecil,bukannya kerajaan besar. Contohnya German,Serbia,Poland,Czech-dahulunya empayar Bolivia..maka kesemua empayar di eropah dimatikan dan tinggallah kerajaan-kerajaan kecil. Dan fungsi kerajaan yang ditubuhkan itu adalah untuk memenuhi kehendak-kehendak manusia.

Apabil satu kerajaan itu berkuasa, ia paksakan kehendaknya ke atas masyarakat. Lalu masyarakat berasa kehendak mereka terbatas kerana kerajaan memaksa mereka kepada kehendak-kehendak yang mereka tidak suka; Akta perdagangan,akta cetak dan sebagainya. Maka Barat mencipta globalisasi-untuk membolehkan mereka memenuhi kehendak mereka tanpa ikatan kerajaan, dan untuk mengecilkan fungsi kerajaaan,demi memenuhi kehendak mereka.

Barat sentiasa konsisten dengan konsep Humanisme dalam setiap keadaan. Zaman kerajaan wujud,zaman kerajaan dikecilkan dengan globalisasi, amalan demokrasi,amalan kapitalis,amalan liberal—itu semua Humanisme!

Humanisme melahirkan-materialisme,sekularisme, globalisasi,pluralisasi, demokrasi,scientism, modernisme,sosialisme, pragmatisme,liberalisme.

_____________________________________________________

PERBEZAAN KEBEBASAN BARAT DAN ISLAM

Islam menganjurkan kebebasan,ada unsur yang sama dengan barat tetapi akhirnya masyarakat keliru mana punca kebebasan itu wujud. Dalam Islam,tidak ada kebebasan mutlak, ianya terbatas-ia terikat dengan nas(Quran dan Hadis); ada benda boleh kritik,ada benda tak boleh kritik. Tetapi Barat semua boleh kritik.

Apabila kita tengok Barat maju.kita cuba cari formula untuk maju. Jadi apabila kita tengok mereka maju kerana mereka bebas,berkarya dan sebagainya….jadi kita kata,kita pun mesti bebas.

Lalu ia masuk kedalam fasa pemodenan-berdiri atas rasional,boleh diuji, dibuktikan,emperikal, mementingkan ekonomi dan teknologi. Jadi,apabila kita nak moden macam barat,kita tiru benda-benda ni dan kita melupakan falsafah kita iaitu, kebebasan yang berada dalam ruang lingkup yang terbatas.

Dalam demokrasi,mesti mengamalkan nilai dan falsafah Islam, berbeza dengan barat-sesiapa boleh melantik sesiapa sahaja,boleh buat apa sahaja,boleh tukar perlembagaan negara. Tetapi falsafah demokrasi mesti diletakkan batasan,contohnya mestilah melantik mereka yang matang untuk mengundi.

Maka sistem demokrasi yg dicanang-canang adalah bukan demokrasi yang sebenarnya kerana apabila demokrasi itu tidak memenuhi kehendak mereka,mereka akan buang sistem tersebut. Falsafah Humanisme sentiasa konsisten dengan setiap sistem yang direka.

_____________________________________________________

SERAMPANG LIBERALISME

  • Mula mengkrtik al-Quran

Apabila falsafah liberalisme ini masuk ke negara kita, dah mula ada orang yang mempersoalkan al-Quran, dah ada orang yang mahu menafsir semula al-Quran tanpa ilmu,bidang dan metodologi yg betul.

  • Teologi pluralisme

Mengatakan semua agama sama,mengajar benda baik walhal Islam tidak menganjurkan kepelbagaian agama.

  • Menolak syariat

contohnya Seksualiti Merdeka dibiarkan walhal ia membincangkan kecenderungan seks secara liberal dan atas dasar “menghormati” hak asasi manusia.

Nilai-nilai global akan mematikan nilai-nilai Islam. Kita ada nilai-nilai timur dan apabila nilai-nilai barat masuk, muda-mudi terpedaya dengan nilai ini dan rasa itulah nilai yang betul.

Akhirnya apabila orang dalam(Muslim) tidak yakin dengan nilai Islam,yakin dengan falsafah luar,maka tidak perlu untuk US,Zionis utk menyerang negara umat Islam.

_____________________________________________________

Peranan kita:

1.Memahami untuk menjadi individu muslim

2.Menentang dengan kuat serangan liberal di tanah air

3.Meminimakan,mempertahankan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan dan nilai-nilai Islam

Waspada dengan arus ini kerana liberalisme masuk dengan secara halus,sangat halus.

Rakaman youtube:
Bahagian 1

Bahagian 2
http://youtu.be/UEaCV_X_E5Q

Bahagian 3

Bahagian 4
http://youtu.be/DLXUW3KUBKI

 

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: