RSS

Teks- Agenda Kita, Sidang Media DiMDAI

03 Mar

Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, Sidang Media-Dialog Masa Depan Agenda Islam, 26 Feb 2012


Objektif kita adalah menengahkan satu isu yang saya rasa tidak ramai di kalangan kita peka tentang perlunya kita wujud satu agenda bersama di kalangan umat Islam. Tak kiralah golongan itu golongan islamis ataupun golongan nasionalis ataupun apa nama lain.

Tetapi selama kita datang dari satu ummah, satu bangsa, sepatutnya kita mempunyai satu agenda bersama. Dan kita punya pandangan bahawa, punca kesukaran kita untuk mengajak ke arah perpaduan, kesejahteraan, kesepakatan dan sebagainya adalah berpunca daripada tidak wujudnya agenda bersama tersebut. Dan saya rasa fenomena ini tidak boleh dimaafkan kerana ianya adalah kelalaian masa lalu.

Kerana sekirannya kita tidak memperbetulkannya sekarang, merawat keadaan ini sekarang, kemungkinan kita akan berdepan dengan masalah yang besar seperti yang saya sebut tadi iaitu… semua bangsa, semua ummah mempunyai agenda sendiri dan memaksa agenda masing-masing ke atas kita, samada di peringkat antarabangsa ataupun dalam negera.

Kalau negera kita pun,bangsa-bangsa lain ada agenda dia. Tetapi malangnya, kita orang Islam, umat Islam dan bangsa melayu secara khusus tidak ada agenda. Sebab itu apabila kita bercakap tentang penyatuan, ataupun persepakatan, mereka tak nampak kenapa pentingnya?…Tidak nampak adanya titik persamaan. Tidak nampak hala tuju yang sama. Walaupun sepatutnya, besar mana pun perbezaan, akhirnya kita mempunyai kepentingan yang sama. Kita duduk dalam satu negara, kita satu agama, nasib dan masa depan kita sama. Semua kepentingan kita adalah sama. Tak mungkin kita tak boleh melihat perkara itu secara bersama.

Jadi, keterlaluan dalam situasi yang sekarang memerlukan penyelesaian. Bagi kita, penyelesaian terbaik adalah apabila kita boleh mencari kata sepakat dalam mengenal pasti apakah agenda kita bersama sebagai satu bangsa,satu ummah yang duduk dalam satu negara.

Akhirnya, fenomena yang ada sekarang ini bukanlah fenomena yang ringan kerana isu-isu yang saya sebutkan tadi(ucaptama) berakar-umbi berkaitan dengan ideologi itu sendiri. Kalau saya sebutkan bahawa konsep/format nasionalist-secular yang selama ini menjadi teras kenegaraan, negara bangsa di seluruh dunia…Negara-negara di dunia Islam kesemuanya berkonsep nasionalist-sekular tetapi setelah merdeka, sistem itu sendiri tidak ada bahan untuk dikemukakan kepada masyarakat dan sistem itu reput/rosak dari dalam. Rawatan rapi mungkin boleh memberi tempoh sementara,tetapi akhirnya ia akan kalah juga.

Dan begitu juga cabaran dan agenda liberal daripada luar begitu rakus sehingga memberi ruang kepada agenda umat lain mengambil tempat dan kita akan tertinggal di belakang.  Ini suatu keadaan yang sangat-sangat merbahaya dari segi aspek kita membaca situasi politik dari pengaruh ideologi yang berdiri dibelakangnya.

Kita bukan mentafsirkan politk berdasarkan peristiwa demi peristiwa yang berlaku, apa yang dikata oleh pemimpin-pemimpin politik. Sebenarnya, menganalisa politik dari peristiwa-peristiwa yang berlaku di depan mata tidak menyentuh soal sebenar. Soal sebenar ialah kita mesti membaca apakah latar belakang ideologi/agenda kepada pertembungan. Jadi,ada pertembungan dari kaum lain, puak lain yang mengambil kesempatan dari kelemahan kita.

Saya ulangi kembali, tuntutan kita daripada program ini ialah pertama, UMNO dan PAS, dan seluruh umat Islam bersatu; UMNO dan PAS untuk balik ke meja rundingan

Ini tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik tapi sebenarnya, ini merupakan seruan yang datang daripada keinsafan hati sanubari kita sendiri berdasarkan kajian dan bacaan kita terhadap situasi semasa. Pertamanya, UMNO dan PAS wajib bersama mencari titik persamaan dan umat Islam disamping itu mesti bersatu padu kerana mana-mana parti samada PAS ataupun UMNO yang memerintah dalam keadaan terpisah, dia tak boleh berdepan dengan arus/agenda lain yang begitu kuat, yang kita sedang hadapi sekarang.

Kedua, kita mesti menganggap arus liberalisme ini adalah satu pengaruh asing yang akan menguasai kita dan menjajah kita. Ia adalah agenda penjajahan dan kita kena bendung. Sebab ia akan menghancurkan identiti dan jatidiri kita. Senjata yang paling ampuh untuk menghancurkan jatidiri bukan lagi senjata fizikal, tetapi fahaman liberalisme ini. Kalaulah globalisasi telah menghancurkan segala benteng, sempadan dan sebagainya, maka yang tinggal bagi kita ialah agama kita, quran kita, sunnah kita, sahaja. Untuk kita terus relevan, mempunyai agenda, boleh bangkit semula, maka menentang pluralisme,liberalisme ini adalah amat mendasar dan utama dalam senjata pertembungan.

Ketiga, saya menyeru untuk menyelesaikan masalah kita dengan merujuk kepada adat,adabiyyah(sistem) kita sendiri, bukan setakat bertengkar,menuding jari lawan. Kita tak boleh ambil penyelesaian luar, import sistem luar untuk menyelesaikan masalah.

Contohnya, PAS kata UMNO kurang demokratik…UMNO kata PAS pun kurang demokratik…akhirnya, PAS kurang demokratik, UMNO kurang demokratik. Tetapi, di mana Islam?

Isu demokrasi-demokrasi ini bukannya isu kita pun, bukan isu Islam. Isu kita orang Islam ialah mana yang lebih Islam daripada yang satu lagi.

Kita kata ni lebih Islam,yg tu kurang Islam…ni kurang Islam,yg tu lebih Islam…ok, kita sama-sama memperdekatkan supaya balik kepada Islam. Walaupun hari demi hari kita kata.. ini kurang demokrasi, ini kurang liberal…akhir sekali kita lebih jauh dari Islam.

Contohnya apa yang berlaku di Iraq. Apabila golongan Iraq yang menentang Saddam Hussein membawa demokrasi dan kebebasan dengan menaiki kereta kebal Amerika. Kononnya nak bawa demokrasi ke Iraq…Hari ini, adakah Iraq telah menjadi negara demokrasi? Adakah demokrasi dan kebebasan yang dibawa melalui kereta kebal Amerika itu telah membangunkan Iraq sekarang? Semua orang menyaksikan Iraq dalam kehancuran walaupun Saddam Hussein telah tiada.

Begitu juga kita bimbang nasib yang akan menimpa negara kita. Dalam demografi negara kita yang agamanya banyak, bangsanya banyak, masalah sempadan tak selesai, situasi geografi yang begitu…jadi banyak perkara yang mudah negara kita ini, sistem,situasi politik negara kita ini begitu rapuh dan lemah yang perlu kita ambil kira. Sekiranya kita mengambil penyelesaian luar, dari timur mahupun barat, saya yakin negara kita akan hancur dan nasib umat kita akan ke belakang jauh.

Dan untuk kita patah balik dalam situasi kita, sangat-sangat susah. Masyarakat majmuk, banyak agama, masalah sempadan, masalah etnik dan sebagainya…apabila kuasa dari tangan orang Islam, semua masalah itu akan timbul semula. Hak asasi manusia dan sebagainya akan naik mengambil kesempatan menaikkan isu itu sebagai isu utama. Di mana kita nak bawa agenda pada masa itu?…dah tak mampu nak bawa apa-apa.

Keperhatinan kita sekarang ialah situasi negara kita berada dalam keadaan yang sangat-sangat merbahaya dan terancam yang perlu kita sama-sama sedar dan balik kepada diri kita sendiri, penyelesaian kita dan selesaikan masalah sesama kita sahaja.

____________________________________________________________________________________________________

Respon kepada soalan-soalan:

1.Bukankah UMNO jauh berbeza dengan PAS?

Sepatutnya, PAS dan UMNO tidak jauh. Apabila kita memahami realiti yang ada, dan faham limitasi yang ada, sebenarnya tuntutan kedua-duanya akan bertemu pada satu nokhtah yang hampir sama. Kadang-kala kita menuntut sesuatu yang ideal, di luar kemampuan realiti, hudud contohnya. Apabila dia pergi kepada real kuasa, dia pun tidak akan memikirkan benda tu sebagai projek. Jadi sekarang ini, kita berbalah dalam isu-isu yang memang apabila kita dapat kuasa pun, kita takkan buat.

Jadi, kita menjadikan Islam sebagai isu-isu perbalahan ataupun isu yang menjauhkan kita walhal isu sebenar yang pergi kepada real keperluan… mempertahankan jatidiri kita, mengukuhkan kedudukan politik kita, mengukuhkan kedudukan ekonomi orang Islam, mengukuhkan pegangan agama orang Islam..banyak benda yang boleh disepakati bersama.

Saya lihat banyak isu-isu yang dipergaduhkan itu, kalau nak buat pun tak boleh buat. Jadi, bergaduh buang masa selama beberapa tahun.

2. Apa solusi selepas dialog ini?

Kita akan terus buat kerja sehingga umat dan masyarakat kita sedar; dan samada dua kelompok besar ini ambil tindakan positif ataupun tidak, kita akan buat kerja kita dan mesej kita jelas.

3. Bolehkah UMNO-PAS bersatu?

Dalam situasi hari ini, sepatutnya kita tak boleh minta mereka bersatu. Tetapi kita menuntut untuk mereka bersepakat dalam hal-hal yang menyentuh kepentingan bersama umat Islam dan bangsa melayu. Jadi mereka boleh berbincang.

Kalau sekiranya mereka independent dalam membuat keputusan sendiri untuk berlandaskan kepada dasar parti dan kepentingan ummah,dia boleh melakukan perkara itu.

Masalah sekarang ini, kadang-kadang dia terikat dengan kehendak-kehendak kumpulan ataupun parti-parti dalam pakatan melihatkan dia tidak boleh mengambil action yang munasabah untuk kepentingan ummah.

Kita tak mintak mereka bersatu tetapi bersama dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan Islam. Paling kurang, mengekalkan kuasa wewenang dalam tangan kuasa orang Islam yang faham tentang kepentingan kuasa tersebut dan kemana mahu dibawa kuasa tersebut.


4.Kenapa tak sebut PKR?

Masalah kita tak sebut PKR ialah kerana PKR itu sendiri adalah dibentuk atas dasar sekular, ia bukan parti Islam…PKR parti sekular bukannya parti Islam…dan mendokong agenda hak asasi manusia, ideologi liberal-demokratik itu sendiri.

“Membangun Umat Beragenda”

Sidang Media Masa Depan Agenda Islam Di Malaysia
http://www.mobtv.my/islamic-889.html

*sebarang penambahan,pengurangan,kesilapan mana-mana kenyataan di atas berpunca dari kesilapan penulis sendiri

 
Leave a comment

Posted by on March 3, 2012 in Wacana, Ceramah, Penjelasan

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: