RSS

Perjuangan Liberal-Demokratik dalam membela hak-hak LGBT

08 Mar

Hadis Nabi SAW,mafhumnya “Tidaklah satu kaum yang di kalangan mereka terdapat orang-orang yang melakukan maksiat sementara kaum itu pula lebih kuat dan lebih ramai daripada orang-orang yang melakukan maksiat, tetapi mereka tidak pula menghalangnya, melainkan Allah meliputi mereka semua dengan siksaan.” (Riwayat Ahmad,Hadis Hasan )

Perjuangan Liberal-Demokratik dalam membela hak-hak LGBT


DEMOKRASI SEBAGAI ALAT
Dalam masyarakat yg menjunjung demokrasi, suara-suara minoriti tidak diendahkan dan terlalu sukar diterima oleh majoriti masyarakat, apatah lagi bagi masyarakat yg kaya dengan nilai,budaya dan ajaran agama yg kuat.

Untuk menuntut dan memperjuangkan hak-hak minoriti,fahaman demokrasi perlu digunakan sebagai batu loncatan. Maka,satu-satunya cara untuk suara minoriti diterima oleh majoriti masyarakat adalah dengan menggunakan ideologi liberalisme.

Liberalisme mengajar setiap ahli masyarakat bahawa tiada kebenaran mutlak dan setiap individu mempunyai kebenaran masing-masing. Oleh yg demikian, setiap individu mempunyai hak untuk mempercayai sesuatu dan individu lain tiada hak untuk mempertikaikan kebenaran itu. Setiap individu perlu menghormati dan mengiktiraf kebenaran yang dipegang oleh setiap individu,walaupun ianya melanggari batas-batas nilai agama,budaya dan fitrah manusia.

Lalu lahirlah perjuangan hak-hak asasi manusia secara mutlak. Laungan hak-hak bersuara,freedom of expression (kebebsasan ekspersi), hak-hak berhimpun, hak-hak berpersatuan dan sebagainya, walaupun apa yang diutarakan menyimpang dari norma masyarakat, lebih-lebih lagi perkara yang melanggar agama pegangan majoriti masyarakat.

Bagi masyarakat Muslim, idea-idea perjuangan hak-hak LGBT  amat sukar diterima kerana ianya berlawanan dengan perintah Allah swt. Lantas, bagi membolehkan idea-idea ini dipertimbangkan dan kemudiannya diiktiraf, masyarakat Muslim perlu di didik dengan nilai-nilai kemanusiaan yang berasaskan logik dan pegangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semata-mata.

MAJORITI YANG SENYAP
Perjuangan hak-hak LGBT tidak memerlukan sokongan oleh majoriti masyarakat. Cukup sekadar melenyapkan suara-suara kerisauan mereka terhadap isu-isu semasa, isu-isu berkenaan agama mereka. Untuk itu, masyarakat Muslim perlu menerima kepelbagaian dan menghormati hak tuntutan minoriti agar mereka tidak dilabel sebagai dikriminisasi.

Bagi mewujudkan majoriti senyap, sifat dan peribadi individu Muslim perlu dihakis sedikit demi sedikit yang akhirnya akan menjadikan masyarakat yang kucar-kacir kerana tiada keterikatan antara individu-individu muslim ini. Pada peringkat itu, hanya sebilangan kecil umat Islam yang masih ambil kisah tentang apa yang berlaku, dan kadang-kala suara-suara mereka pula dilontarkan sebagai jumud dan tidak progresif.

Tatkala majoriti masyarakat percaya kepada faham liberal, demokrasi akan dilaung-laungkan bagi membolehkan idea-idea menyimpang ini diangkat.

MATLAMAT AKHIR PERJUANGAN LIBERAL-DEMOKRATIK
Menjadikan kebatilan sebagai kebiasaan, dan segala kebaikan/kebenaran hanya bergantung kepada logik dan kesesuaian zaman.

APA LAGI ISU LGBT?
Mula-mula mereka perlu diberi hak bersuara dalam menyatakan ekspresi mereka, program SEKSUALITI MERDEKA tidak boleh dihalang. Kemudian, undang-undang jenayah tidak lagi relevan kerana seksualiti adalah hak individu dan perlu dihormati, maka mereka melaungkan PEMANSUHAN/PENGGUBALAN SEKSYEN 377 KANUN KESEKSAAN. Jika suara-suara mereka tidak didengari, mereka akan menggunakan NGO-NGO Hak Asasi Manusia, PBB, dan akhirnya kuasa politik bagi membolehkan cita-cita mereka tercapai.

Namun, untuk menggubal undang-undang ini, mereka memerlukan 2/3 majoriti sokongan parlimen. Tetapi, mereka ada 2 masalah besar.

1.Perkara 3 Perlembagaan-Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan yang menjadi nadi oerundangan negara perlu digubal.

2.Kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam perlu dikurangkan.

Mungkin ianya tidak berlaku pada masa sekarang. Namun, dengan kebangkitan kuasa politik liberal-demokratik, ia mampu melenyapkan 2 masalah tersebut.

Selepas itu, golongan LGBT akan diiktiraf dan mempunyai hak-hak yang sama, HAK UNTUK BERKAHWIN, HAK UNTUK BERKELUARGA dan seterusnya.

Perkara ini telahpun berlaku di negara-negara Barat yang sekular dan ianya tidak mustahil berlaku di negara-negara Islam dengan penerimaan arus liberal-demokratik.

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.(Surah al-anfal;25)

Dr Mohd Farhan Sharafuddin Mohd
baang43.wordpress.com
Islam Memimpin Dunia
____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

Ini komen mereka selepas Mahkamah Tinggi menolak tuntutan mereka,

  • we want constitutional guarantees for freedom of speech,expression,assembly
  • it’s our human rights
  • don’t mistakes of disciminating each other and punishing innocent people
  • cause effects from this mistake lasts for generations
  • as we are merdeka, where are the independece to the people

Buletin ISMA 7 Mac 2012

Pertikaikan Artikel 10-Hak-hak bersuara

____________________________________________________________________________________________

PERJUANGAN MANSUHKAN PENAL CODE 377

“Laws punishing same-sex sexual behaviour infringe on the right to privacy.”

UN Human Rights Commission,1994

“The legitimacy and relevance of those Victorian laws(Penal code 377) for the current contemporary context, at any rate, has been a longstanding issue of concern from various humanitarian organisations, local and international. That concern has been voiced by Human Rights Watch, the Human Rights Committee of the Malaysian Bar, SUARAM, PT Foundation, Women’s Candidacy Initiative, Empower, among others.”

(17 January 2012, ISLAMIC RENAISSANCE FRONT (IRF))

“REPEAL SODOMY LAW! Seksualiti Merdeka condemn the Malaysian government’s use of the penal code 377, an archaic, discriminatory and legally unsound law, which criminalises consensual sexual relations between adults. Sexual relations between two consenting adults is a private matter.” ( 9 January 2012, Seksualiti Merdeka )

“ Repealing laws so archaic and blatantly in violation of the inalienable right to be free from discrimination is long overdue”

( 9 January 2012, Federation for Human Rights (FIDH))

“It’s time to reject this law and end the farcical political theater that promotes discrimination based on sexual orientation and destroys people’s lives. Laws punishing consensual sexual relations between adults of the same sex are an unjustifiable invasion of the rights to privacy and personal security,”

(22 December 2011, Human Rights Watch)

“The government must now repeal the sodomy law, a repressive statute that enabled this politically motivated persecution. The sodomy law violates the rights of gay Malaysians.”
( 9 January 2012, AMNESTY).

“Laws punishing same-sex sexual behaviour infringe on the right to privacy.”
UN Human Rights Commission, 1994.

“It had no place in (a) modern, progressive democracy.”.
(9 January 2012, Human Rights Watch).

“Criminalising any form of private consensual sex between adults and the act of politicising and manipulating any sexual behaviours for a political decision shall be condemned as a human rights violation and an invasion of privacy and personal dignity. Suaram further calls for the abolition of our outdated sodomy laws.”
(10 January 2012, SUARAM (Suara Rakyat Malaysia)).

“IBAHRI calls on the Government of Malaysia to reform its criminal law and abolish the criminalisation of homosexual acts.”
(12 January 2012, International Bar Association’s Human Rights Institute (IBAHRI)).

“Laws punishing consensual sexual relations between adults of the same sex are an unjustifiable invasion of the rights to privacy and personal security. They foster a climate in which discrimination and abuse takes place. These rights cannot be willed away by selective appeals to cultural tradition and religious belief.”
Phil Robertson, deputy Asia director at Human Rights Watch.

____________________________________________________________________________________________

Berikut adalah beberapa dalil daripada Al-Quran dan hadis yang menerangkan pengharaman seks bebas (zina), gay dan lesbian:

1. Firman Allah di dalam Surah Al-Isra’, ayat 32 yang bermaksud:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

2. Firman Allah di dalam Surah An-Nur, ayat 2 yang bermaksud:

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

3. Firman Allah di dalam Surah As-Syu’araa’, ayat 165 dan 166 yang bermaksud:

“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,

“Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!”

4. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Hakim, daripada Abu Hurairah RA:

Maksudnya: Barang siapa yang berzina dan meminum arak, Allah mencabut daripadanya iman sepertimana seseorang manusia menanggalkan baju daripada kepalanya.

5. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Abbas RA:

Maksudnya: Sesiapa yang kamu dapatinya mengamalkan maksiat kaum Nabi Luth, maka bunuhlah peliwat dan yang diliwat.

6. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, daripada Abu Musa:

Maksudnya: Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua adalah penzina.

____________________________________________________________________________________________

Seksyen 377 Kanun Keseksaan

Seksyen 377 Kanun Keseksaan dalam undang-undang Malaysia , Jenayah Seksual Luar Tabii
Seksyen 377A – persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii sama ada melalui mulut atau dubur, hukuman ialah penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.
Seksyen 377B -sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan.
Seksyen 377C – persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Seksyen 377 CA – perhubungan seks dengan objek sama ada melalui dubur atau kemaluan, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Seksyen 377D -melanggar kesopanan dengan melakukan kelucahan melampau, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga dua tahun
Seksyen 377E -merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau, membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.
Kesimpulannya, Seksyen 377 Kanun Keseksaan ini menggambarkan pendirian Malaysia (kerajaan) yang menolak kelakuan seks luar tabiee sama ada terhadap binatang, diri sendiri atau orang lain walaupun ia atas kerelaan ataupun tidak.

Undang-undang ini lebih bersifat pencegahan dan tidak bercanggah dengan syariat Islam. Walaupun ianya tidak sesempurna hukum hudud, undang-undang ini perlu dikekalkan bagi mencegah masalah sosial di kalangan masyarakat.

____________________________________________________________________________________________

Kenyataan Akhbar PEMBELA – Bantah LGBT – 1 Mac 2012

 

 

KENYATAAN AKHBAR PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)

1 HARIBULAN MAC 2012 BERSAMAAN 8 RABIUL AKHIR 1433

MEMBANTAH GERAKAN UNTUK MENERIMA DAN MENYEBARLUASKAN KANDUNGAN RESOLUSI 17 JUN 2011, PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU BERKENAAN ORIENTASI SEKSUAL & IDENTITI GENDER DAN HAK KEBEBASAN BERAGAMA

Pada 17 Jun 2011, Majlis Hak Asasi Manusia (HAM) Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu telah meluluskan suatu resolusi berkenaan apa yang didakwa sebagai pencabulan hak asasi manusia berdasarkan orientasi seksual dan identiti gender. Walaupun mendapat sokongan yang kecil (hanya 23 negara yang menyokong), resolusi ini telah diluluskan dan bakal menzahirkan akibat yang sangat besar terhadap kelangsungan tamadun manusia dan kehidupan beragama. Resolusi ini terhasil dari tafsiran yang dangkal dan dimanipulasi mengenai fitrah seksual manusia, norma-norma kehidupan beradab serta menafikan peranan dan pengaruh agama di dalam kesejahteraan manusia. Resolusi tersebut meletakkan golongan LGBT di tempat yang salah, dengan memberikan pengiktirafan yang mengelirukan kepada mereka tanpa menyelesaikan permasalahan sebenar mengikut lunas agama dan nilai-nilai sebenar kemanusiaan.

PEMBELA mengikuti dengan prihatin beberapa perkembangan yang berlaku susulan tindakan meluluskan resolusi tersebut, termasuk meneliti aktiviti-aktiviti serta tindaklaku NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) tempatan yang bertopengkan perjuangan anti-diskriminasi untuk menyemarakkan kandungan resolusi tersebut. Ini termasuklah penganjuran siri-siri program seperti Seksualiti Merdeka yang kononnya memperjuangkan mereka yang ditindas sebagai minoriti oleh kerana mengamalkan orientasi seksual di luar tabie.

PEMBELA sebagai gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam yang insaf dan bertanggungjawab terhadap kedaulatan Perlembagaan Persekutuan, menegaskan bahawa latarbelakang yang membentuk Perlembagaan Persekutuan adalah didasarkan pada sistem nilai yang mempunyai kerangka jelas, berwibawa serta telah disepakati umum di sepanjang sejarah pembinaan Negara. Islam sebagai Agama Negara (the religion of the Federation) merupakanINTIPATI UTAMA yang mewarnakan sistem nilai tersebut, di samping aspek asas-asas sejarah dan kebudayaan masyarakat yang telah disepakati sekian lama. Justeru sebarang usaha untuk mengenegahkan nilai-nilai yang menyalahi fitrah kemanusiaan sepertimana yang cuba dibawa menerusi Resolusi PBB tersebut hendaklah ditentang sehabis-habisnya bagi mengelakkan kekeliruan serta gangguan terhadap kemaslahatan masyarakat secara umum.

PEMBELA merakamkan rasa kekhuatiran yang sangat mendalam berkenaan penyertaan Malaysia di dalamPersidangan Sesi Ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang akan berlangsung mulai 5 Mac 2012 di Geneva, Switzerland. Melihat pada respons serta tindaklaku mereka yang memperjuangkan hak-hak LGBT, proses ini bakal dijadikan landasan bagi NGO-NGO HAM tempatan mengambil kesempatan untuk terus mengelirukan masyarakat menerusi tekanan yang dikenakan terhadap Kerajaan Malaysia untuk tunduk mengikut apa yang kononnya dikatakan sebagai “international standards and laws” untuk membenarkan nilai dan amalan orientasi seksual dan identiti gender yang songsang dan bertentangan dengan semangat dan aspirasi Perlembagaan Persekutuan disebarluaskan di kalangan masyarakat umum.

PEMBELA mendesak pihak Kerajaan Malaysia agar meneruskan bantahan terhadap usaha-usaha yang melatari hasrat untuk melaksanakan Resolusi PBB tersebut. PEMBELA juga mendesak masyarakat Malaysia agar menzahirkan bantahan sekeras-kerasnya bukan sahaja terhadap Resolusi PBB tersebut, tetapi juga terhadap sebarang usaha untuk mengenengahkan orientasi songsang LGBT ini sebagai suatu cara hidup masyarakat Malaysia.

PEMBELA komited dalam meneruskan kempen kesedaran untuk menyemarakkan kefahaman masyarakat terhadap bahaya kesan resolusi PBB ini terhadap masyarakat serta melibatkan NGO-NGO Islam di dalam proses membantah pelaksanaan resolusi tersebut di pelbagai peringkat.

PEMBELA juga mendesak Kerajaan Malaysia agar lebih serius dalam menegaskan kedudukan kebebasan beragama yang dinikmati oleh semua pihak di Negara ini. Hak kebebasan beragama yang dinikmati oleh  penganut-penganut agama-agama bukan Islam mengatasi hak kebebasan yang diberikan oleh negara-negara lain di dunia termasuk negara-negara maju yang kononnya mengagungkan hak kebebasan beragama. Malaysia adalah satu-satunya negara yang meraikan hari perayaan agama-agama lain sebagai cuti umum. Malaysia juga adalah satu-satunya negara yang bertoleransi hingga ke tahap tempat-tempat ibadat agama lain dari agama Negara lebih besar dan lebih tinggi berbanding masjid. Malah tempat-tempat sembahan yang didirikan secara menyalahi undang-undang juga dihormati dan tidak dirobohkan sesuka hati tanpa mematuhi prosedur.

PEMBELA menuntut supaya kumpulan-kumpulan yang sengaja mengada-adakan cerita dengan tujuan jahat untuk menjatuhkan imej hak asasi Negara di mata dunia ditangani secara berkesan termasuk mengambil tindakan undang-undang secara serius sekiranya mereka bergantung kepada pembiayaan pihak luar demi mencemarkan nama baik dan kedaulatan Negara.

PEMBELA juga menuntut supaya semua pihak untuk menghormati kedaulatan sistem perundangan Negara yang telah memutuskan bahawa hak kebebasan beragama di negara ini TIDAK TERMASUK HAK UNTUK MURTAD bagi seseorang yang beragama Islam.

PEMBELA juga menuntut supaya semua penganut agama lain untuk menginsafi bahawa kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara mesti dihormati secara jujur dan sebarang usaha untuk mencemar dan menghina Agama Islam sebagai Agama Negara mesti dihentikan bagi menjamin kelansungan kehidupan harmoni rakyat Negara ini.

PEMBELA juga menuntut supaya semua penganut agama lain menginsafi bahawa tidak semua amalan beragama yang sedang mereka kecapi di Negara ini dapat dirasai oleh penganut seagama dengan mereka di negara asal agama mereka, sehinggakan terdapat amalan-amalan keagamaan yang diamalkan di negara ini hanya dapat diamalkan di Negara ini sahaja. Justeru, sebarang usaha untuk memburukkan rekod toleransi beragama di Negara ini adalah pengkhianatan terhadap Negara dan perlu dibenteras hingga ke akar umbi.

Aminuddin Yahya

Pengerusi

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Pertubuhan-pertubuhan yang bersama menyokong bantahan ini:

  1. Dato’ Zainul Rijal bin Abu Bakar, Presiden, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
  2. Haji Mohamed Jamaluddin Shamsuddin, Pengerusi, Ikatan Badan Amal Islami Wilayah Persekutuan (IKATAN)
  3. Dato’ Ahmad Haji Ismail, Pemangku Presiden, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
  4. Haji Abdul Latif Shataran Abdullah, Presiden, Persatuan Dakwah & Kebajikan Saudara Baru India SeMalaysia (Al-Hidayah)
  5. Mohd Hafiz Nordin, Presiden, Gabungan Bela Hak Insan (GABUNGAN)
  6. Hj. Shamsul Ma’arif bin Hj. Ismail, Yang Dipertua, Pertubuhan IKRAM Selangor
  7. Haji Ismail Mina Ahmad, Presiden, Institut Pemikiran Tradisional Islam (IPTI)
  8. Hj. Shaari Ahmad Junid, Bendahari, Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah (JAM’IYAH)
  9. Haji Shafie Patt, Setiausaha Agung, Persatuan Darul Fitrah
  10. Azril Mohd Amin , Pemegang Amanah, Institut Kajian Islam dan Strategik (ISSI)
  11. Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden, Ikatan Muslimin Malaysia
  12. Kamaruzaman Mohammad, Presiden, Front Anti Murtad (FORKAD)
  13. Tan Sri Ibrahim Abu Shah, Presiden, Pertubuhan Melayu Insaf Kreatif Malaysia
  14. Haji Mansoor Ahmad, Presiden, Pertubuhan Profesional Muslim & Ukhuwah Ummah (Pro-Muslim)
  15. Hajah Sabariah Abdullah, Setiausaha Agung, Islamic Information and Services Foundation (IIS)
  16. Karim Omar, Pemegang Amanah, Khalifah Institute
  17. Mohammad Nizam Mahshar, Pengerusi, Pergerakan Penyelidikan & Pembangunan Komuniti (KOMUNITI)
  18. Nurfitri Amir Mohd, Presiden, Pertubuhan Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)
  19. Salman Abdul Rahman, Setiausaha Agung, Pertubuhan Belia Islam Nasional, (PEMBINA)
  20. Syed Hassan bin Syed Ali, Setiausaha Agung, PERKASA
  21. Mohamad Raimi Abd Rahim, Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  22. Norman Toha, Setiausaha Agung, Pertubuhan Jalur Tiga (JATI)
  23. Datin Reny Rahayu Mohd Ishak, Presiden, Gabungan NGO Malaysia (gabungan 600 NGO)
  24. Izzat Anwari Hasni, Naib Yang DiPertua, Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan (API)
  25. Ustaz Rosli Osman, Naib Yang DiPertua, Persatuan Ulamak Malaysia, Pulau Pinang
  26. MS Anuar Mahmood, Presiden, Pertubuhan Kebajikan & Sosial Malaysia, (PRIHATIN)
  27. Ustaz Kamaruddin Kassim, Urusetia, LANDAS Malaysia
  28. Aziz Man, Presiden, Muafakat Warga Desa Kedah (RURAL)
  29. Kamarul Irzwan bin Busu Piah, Penolong Setiausaha Agung, Perwaris Malaysia,
  30. Mohd Hilmi Ramli, Timbalan Pengerusi, Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM)
  31. Musa Awang, Timbalan Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
  32. Kapt. Dr. Shamsuddin Moner, Penyelaras, Sukarelawan Al-Falah (SAF) YADIM
  33. Dato Dr. Maamor Othman, Presiden, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  34. Haji Naser Disa, Pemegang Amanah, Dewan Amal Islami (DAMAI)
  35. Ustaz Mohd Fitri Abdullah, Pengarah Unit Dakwah, Persatuan Perubatan Islam Darul Syifa’
  36. Dato’ Haji Hasbullah L. Isa, Setiausaha Kerja, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
  37. Dato Dr. Haji Mat Yasir Ikhsan, Presiden, Majlis Gabungan NGO Selangor
  38. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, (PKPIM)
  39. Ustaz Shahrin bin Awaluddin, Pengarah Eksekutif, Perhimpunan Belia Muslim Sedunia (WAMY) Malaysia
  40. Cikgu Azmi Abdul Hamid, Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
  41. Feriz Omar, Presiden, Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)
  42. Badan Anti Liberal Islam (BADAi)
  43. Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM)
  44. Pusat Pemulihan Raudhatul Huda (RH)
  45. Forum Penyelarasan Ummah (FORUM)
  46. Dr. Yusri Mohamad, YDP, Yayasan Sofa
 

Tags: , , , , , , , , ,

Leave a comment