RSS

Fokus Melayu atas dasar “Waqiiyyah Jiddiah”-UAS

10 Mar

Fokus Melayu atas dasar “Waqiiyyah Jiddiah”

Antara ciri-ciri gerakan Islam adalah “Waqiiyyah Jiddiah”, maka memahami realiti Malaysia dan bangsa Melayu adalah asas membuat perubahan. Kita ingin menegakkan Islam di Malaysia dan bangsa majoriti yang menganut Islam adalah Melayu.

Syarat utama Islam dapat ditegakkan ialah umat Islam ini bersatu, bekasih sayang dan saling tolong menolong sesama mereka bagi mengembalikann identiti Islam tulen sebagaimana generasi sahabat r.a. Selagi umat Islam khususnya bangsa Melayu tidak bersatu sebagaimana bersatunya kaum Aus dan Khazraj dan berkasih sayang antara mereka seperti Muhajirin dan al-Ansor maka kemenangan Islam masih jauh. Inilah strategi ISMA yang difahami daripada seerah perjuangan Nabi s.a.w.

Oleh itu apa sahaja perjuangan Islam dan manhajnya tetapi tidak menjurus kepada kesatuan hati di kalangan ummah, apatah lagi menjadikan memburuk-burukkan orang lain sebagai bahan dakwah mereka; ia adalah metodologi yang tidak mengikut sunnatullah.

“Jiddiah” pula mewajibkan gerakan Islam mengemukakan solusi yang tepat bagi menyelesaikan kemelut yang menimpa bangsa Melayu. Realiti hari ini bangsa Melayu tidak merasa bertanggungjawab menjadi murabbi bagi mendidik diri mereka dan keluarga mereka agar kembali menghayati identiti para sahabat… apatah lagi untuk menyeru bangsa-bangsa lain.

Oleh itu fokus “khitab” atau seruan kepada bangsa Melayu adalah fokus fasa ini yang menjadi fokus nabi juga semasa permulaan dakwahnya. Nabi s.a.w. secara sedar menyeru kaum-kaum Arab dengan menyebut nama-nama kabilah mereka.

Al-Quran juga menggunakan uslub yang sama; wahai bani Israil, wahai anak-anak Adam, wahai manusia, wahai orang-orang beriman…

Justeru ISMA menyeru: “Wahai bangsa Melayu! Bangkitlah, kamu adalah pendokong risalah Islam di Malaysia. Jika kamu tidak memahami, menghayati dan menyampaikan, kamu dianggap menyembunyikan Islam yang diamanahkan Allah kepada kamu untuk menyampaikannya.”

Walaupun Ustaziatul ‘Alam menjadi matlamat akhir gerakan Islam, matlamat tersebut perlu diasaskan kepada terlaksannya tertib-tertib amal yang telah digariskan.

Arus liberalisme di Malaysia cuba melenyapkan identiti Islam dalam bangsa Melayu dengan slogan Malaysian Malaysia dan Bangsa Malaysia dengan meminimakan implimentasi penghayatan Islam kepada syiar-syiar semata-mata.

Adapun isu ‘alamiyyah atau sejagat ia adalah ciri-ciri Islam itu sendiri yang bersifat sejagat yang sesuai kepada semua bangsa, bahasa, keturunan dan generasi tidak seperti ajaran nabi-nabi terdahulu yang hanya diutuskan khusus kepada kaumnya sahaja.

Namun setiap kaum dan bangsa wajib memulakan dakwah kepada kaum dan bangsanya kerana kesatuan bahasa. Tidak dinafikan bahawa perlu dilakukan usaha untuk mengIslamkan bangsa-bangsa lain tetapi gerakan Islam perlulah lihat kekuatan dan tenaga yang ada.

Sekiranya telah wujud institusi yang berusaha untuk mengislamkan masyarakat bukan Melayu seperti PERKIM, Jabatan-jabatan Agama Islam, JAKIM dan sebagainya, maka sikap gerakan Islam adalah memberi pertolongan sekadar termampu.

Matlamat membawa rahmat Islam ke seluruh dunia akan tercapai apabila Islam menjadi Ustaziatul ‘Alam, matlamat ini akan tercapai setelah Khalifah Islam dikembalikan di dunia Islam, sebelum itu negara-negara Islam perlu dikembalikan kepada sistem Islam dan yang menjadi asas sesebuah negara diperintah oleh Islam ialah wujudnya masyarakat Islam yang mengimplimentasikan 100% akhlak, adat, budaya dan sistem Islam dalam muamalat sesama ahli masyarakat.

Oleh kerana ahli masyarakat adalah gabungan sistem kekeluargaan Islam maka mewujudkan dan mengembalikan semua keluarga Islam di Malaysia agar melaksanakan tanggungjawab khalifah Islam dalam keluarga adalah satu sasaran dakwah dan ia hanya wujud apabila wujud identiti Islam yang hidup di bawah naungan al-Quran.

Inilah manhaj dan metodologi dakwah ISMA. Oleh kerana ahli-ahli ISMA majoritinya Melayu maka fokus utama ISMA adalah mengembalikan jatidiri Melayu agar menjadi Islam tulen.

Inilah implimentasi kepada ciri pertama gerakan Islam “Waqiiyyah Jiddiah”.

Oleh: Ustaz Annuar Salleh,
Yang Dipertua ISMA DHL

 
Leave a comment

Posted by on March 10, 2012 in Wacana, Ceramah, Penjelasan

 

Tags: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: