RSS

Tag Archives: pas

Antara Assobiyah dan Fanaticism: Memahami Realiti Malaysia & Bangsa Melayu

MUKADIMAH

TIADA satu bangsa pun yang sempurna sepenuhnya. Ini tidak bermakna kita membangsakan agama, sebagaimana yang difahami oleh setengah pihak. Umpama Yahudi menyamakan agama Yahudi dengan bangsa Yahudi.

Hakikatnya kita tidak membangsakan agama Islam atau mengagamakan bangsa. Islam adalah agama dan Melayu adalah bangsa.

Kekeliruan ini dikupas oleh Presiden lkatan Muslimin Malaysia (ISMA) ABDULLAH ZAIK ABDUL RAHMAN ketika diwawancara oleh Pengarang Utusan Online, LUKMAN ISMAIL.

ISMA mempunyai cawangan di seluruh negara ini termasuk di luar negara. Dengan ahlinya menghampiri 20,000 orang ia menggabungkan kelompok ulama, ilmuwan, profesional, teknologis dan pelbagai bidang lain yang mempunyai potensi sebagai sebuah gerakan Islam masa depan.

Ia mengambil pendekatan wasatiyyah dan sentiasa menghubungkan Melayu dengan Islam sebagai arus dakwah dan tarbiah. Abdullah Zaik adalah lulusan Universiti Al-Azhar dan berjuang sepenuh masa dalam ISMA.

UTUSAN: Selalu berbangkit isu Melayu dan Islam diperkatakan oleh ramai pihak. Di mana saling hubung antara kedua-duanya dan mengapa takrif Melayu dalam Perlembagaan menyebutkan tentang Islam?

ABDULLAH ZAIK: Yang pertama saya bersyukur kepada Allah kerana dilahirkan dari keturunan Melayu beragama Islam. Saya berbangga dengan peranan yang telah dimainkan oleh bangsa Melayu dalam mengembangkan Islam di rantau ini dan menyumbang kepada kemajuan Islam di seluruh dunia. Bangsa Melayu telah diiktiraf menjadi bangsa Islam sehingga masuk Islam pada satu masa dahulu difahami sebagai masuk Melayu. Ini bagi saya satu pencapaian bersejarah yang perlu dibanggakan apabila Islam begitu berdarah daging dengan jati diri Melayu.

Umpama apabila kita menyebut Arab, orang akan memahaminya sebagai bangsa yang beragama Islam. Kita telah berjaya menampilkan Melayu dengan identiti yang sama dan bagi saya ini adalah satu pencapaian yang telah diusahakan oleh generasi terdahulu. Usaha ini perlu kita pertahankan. Sebab itulah saya sangat kecewa apabila akhir-akhir ini di atas apa-apa sebab, wujud dalam kalangan umat Islam sendiri yang cuba memisahkan Melayu daripada Islam.

Adakah kerana sebahagian daripada orang Melayu melakukan dosa, maksiat atau tingkah laku sebahagian mereka tidak menepati Islam maka kita mahu memisahkan Islam daripada Melayu? Sebenarnya kejahilan yang sama, dosa yang sama dilakukan oleh semua umat di atas muka bumi ini. Tiada satu bangsa pun yang sempurna sepenuhnya. Ini tidak bermakna kita membangsakan agama, sebagaimana yang difahami oleh setengah pihak. Umpama Yahudi menyamakan agama Yahudi dengan bangsa Yahudi.

Hakikatnya kita tidak membangsakan agama Islam atau mengagamakan bangsa. Islam adalah agama dan Melayu adalah bangsa. Tetapi kita berbangga berdarah dagingnya hubungan antara Melayu dan Islam kerana peranan Melayu di rantau ini sepanjang sejarah mengambil milikan (ownership) dalam mempertahan dan mengembangkan Islam. Seperkara lagi, apabila kita bercakap tentang hubungan Islam dengan bangsa, kita perlu memahami hakikat bahawa Islam tidak tertegak dengan sendiri tetapi Islam akan tertegak pada kumpulan manusia dalam kehidupan satu bangsa atau satu umat. Apabila kita bercakap tentang perjuangan Islam dan cuba menolak hubungannya dengan peranan satu bangsa atau umat yang memperjuangkan Islam, itu satu bentuk kebodohan yang nyata atas nama Islam.

Satu lagi bukti betapa akrabnya hubungan Melayu dengan Islam ini, sehingga Melayu dianggap sebagai identiti perlembagaan. Maksudnya Melayu ini bukan sahaja dilihat kepada keturunan tetapi ia merujuk kepada elemen-elemen yang termaktub dalam perlembagaan yang meletakkan tiga perkara sebagai komponen keperibadian Melayu iaitu Islam, bahasa dan adab resam.

Bagi saya ini adalah satu pencapaian yang telah dicapai oleh orang yang terdahulu. Merungkai semula hakikat ini dengan memisahkan Melayu daripada Islam adalah langkah mundur ke belakang yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang manusia Melayu yang bangga dengan diri dan asal usulnya.

Apa yang mendorong sesetengah pihak mengatakan memperjuangkan Melayu itu adalah asabiah kaum dan ia adalah tidak Islam?

ABDULLAH ZAIK: Bagi saya tanggapan ini timbul kerana kejahilan terhadap sejarah Islam dan memahami nas mengikut konteks yang sebenar. Yang pertama, dalam sejarah Islam, ketua kaum atau mana-mana individu kaum yang menganut Islam akan berdakwah kepada kaum mereka, menjadikan kaum mereka sebagai kaum yang mempertahankan Rasulullah SAW dalam memperjuangkan Islam. Kaum ini menjadikan diri mereka sebagai tentera dalam memperjuangkan Islam.

Itulah yang terjadi kepada semua ketua kaum yang memeluk Islam. Mereka kembali kepada kaum mereka, menyeru kepada Islam dan membawa mereka untuk bersama-sama memperjuangkan dan mempertahankan Islam. Islam tidak pernah menghapuskan identiti kaum dalam sejarah. Rasulullah SAW tidak pernah menghapuskan identiti kaum dengan sebab mereka menganut agama Islam. Bahkan struktur kaum itu wujud dalam sistem politik Islam daripada zaman awal Rasulullah SAW sehinggalah ke zaman mutakhir ini.

Kita perlu membezakan antara dua perkara, antara peranan bangsa dalam struktur politik sebagai alat dan wasilah dengan bangsa sebagai matlamat. Yang tidak dibenarkan oleh syariat ialah bangsa sebagai matlamat. Peranan bangsa dalam sistem politik Islam adalah suatu yang diiktiraf. Dalam konteks inilah kita harus memahami maksud asabiah dengan maksud yang positif.

Kita perlu memahami celaan Rasulullah SAW terhadap assabiah dalam konteks yang betul. Rasulullah SAW menyebut assabiah yang dilarang ialah apabila kamu membantu kaum kamu atas kezaliman. Assabiah dengan maksud ini, boleh kita terjemahkan sebagai fanatisme, yang bukan sahaja sebenarnya dalam bentuk kaum tetapi dalam bentuk parti atau pertubuhan. Apabila kita taksub fanatik kepada kumpulan kita sehingga kita menolak kebenaran ataupun menafikan kumpulan lain, ia termasuk dalam kategori assabiah yang dilarang oleh Rasulullah SAW.

Masalahnya apabila kita tidak faham assabiah dalam makna yang betul, kita ter jebak dalam assabiah tanpa kita sedari.

Perjuangan ISMA adalah untuk mendaulatkan Islam dan bangsa Melayu dan umat manusia umumnya. Bagaimana ia seharusnya berlaku dalam konteks Malaysia?

ISMA memperkenalkan slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat (MSIB) sebagai manifestasi kepada satu gagasan gerak kerja. Setengah orang yang tidak memahami hakikat pertembungan kuasa dalam percaturan politik lantas menafikan peranan bangsa dalam menegakkan Islam. Mereka tidak memahami bagaimana percaturan politik itu berlaku, bagaimana percaturan antara kuasa-kuasa, mungkin tidak dapat menyelami rahsia kekuatan di sebalik slogan ini. Melihat dalam konteks Malaysia ini, Islam dapat didaulatkan. Dalam konteks itu kita meletakkan Melayu sebagai alat bukan sebagai objektif ke arah mencapai tujuan untuk mendaulat Islam. Perkataan daulat bermaksud menegarakan Islam.

Dalam konteks percaturan hari ini, hanya dengan kekuatan bangsa Melayu dan ke satuan mereka sahaja, agenda mendaulatkan Islam sepenuhnya akan berlaku. Slogan ini adalah dalam konteks strategi politik, bagaimana kita secara politiknya dapat memainkan peranan dalam percaturan antara agenda-agenda. Slogan ini bukanlah satu pernyataan akademik atau satu yang bersifat konseptual semata-mata.

Setengah orang yang tidak memahami hakikat pertembungan kuasa dalam percaturan politik lantas menafikan peranan bangsa dalam menegakkan Islam. Mereka tidak memahami bagaimana percaturan politik itu berlaku, bagaimana percaturan antara kuasa-kuasa, mungkin tidak dapat menyelami rahsia kekuatan di sebalik slogan ini. Sesetengahnya menganggap bahawa dengan slogan ini, ISMA menyeru kepada bangsa, atau menganggap ISMA mengeksklusifkan Islam kepada bangsa Melayu.

Saya ingin jelaskan bahawa slogan ini tidak berkaitan dengan topik dakwah atau kepada siapa kita berdakwah tetapi ini merupakan strategi berteraskan fikrah Islam, berdasarkan fakta realiti bagaimana peranan bangsa Melayu sebagai umat Islam yang majoriti di sini boleh memainkan peranan penentu dalam menentukan hala tuju politik negara. Ia bukan soal mengeksklusifkan Islam kepada bangsa Melayu, tetapi soal realiti. Agenda umat Islam dan agenda umat Melayu adalah secara realitinya satu yang hampir keseluruhannya sama.

Apabila kita menyebut tentang permasalahan umat Islam, bermakna 90 peratus merujuk kepada bangsa Melayu. Begitu juga apabila kita menyebut tentang masa depan Islam, 90 peratus merujuk kepada bangsa Melayu. Ini tidak menafikan hak bangsa-bangsa lain yang beragama Islam daripada umat Islam.

Sekiranya kita sebut umat Islam secara umum tanpa menyentuh perkataan Melayu, mungkin merujuk kepada bangsa Arab, bangsa Turki atau bangsa China atau India. Apabila kita bercakap tentang realiti politik Malaysia tanpa menyebut siapakah yang berkenaan secara spesifik, mungkin orang akan silap tafsir dan mungkin kita bercakap pada orang yang tidak berkenaan.

Usaha penubuhan Jalur Tiga (Jati) adalah usaha memelihara kedudukan Islam, Melayu dan Institusi Raja di Malaysia. Apakah kemunculan Jati boleh menjadi faktor mempersatu umat secara jangka panjang?

Kemunculan Jati adalah suatu yang tepat pada waktunya, di waktu mana rata-rata umat Islam dan orang Melayu merasa terancam dan tergugat kedudukan mereka. Ia akan mengisi inspirasi orang Melayu khususnya dan umat Islam amnya untuk memastikan kepentingan mereka tidak terancam disebabkan kerakusan pertembungan politik yang berlaku di tanah air. Islam, Melayu dan Raja (IMR) adalah tiga komponen teras yang menjadi asas kepada pembentukan Perlem bagaan Malaysia.

Isu IMR ini adalah merupakan isu paksi di mana kontrak sosial dalam konteks hubungan antara kaum di Malaysia ini digubal. Islam dengan kedudukannya, Melayu dengan hak-haknya dan institusi Raja dengan peranannya. Haruslah dijunjung dan dihormati oleh semua kaum yang ingin tinggal di negara ini.

Apabila akhir-akhir ini, terdapat usaha dari luar dan dalam yang ingin mencabar dan menggugat tiga perkara ini, ia tentunya menyentuh jantung hati umat Islam khususnya orang Melayu keseluruhannya. IMR adalah noktah perkongsian yang merangkumi kepentingan orang Melayu dan umat Islam seluruhnya. Dengan menjadikan tiga perkara ini sebagai asas atau landasan perjuangan, in akan menjadi unsur penyatuan kepada seluruh umat.

http://www.ismaweb.net/v4/2012/03/fahami-assabiah-melayu-islam/

____________________________________________________________________________________________

“….dah hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).(Surah al-Maidah: ayat 2)

“Ya Rasulullah, adakah terbilang daripada assabiyah seseorang itu yang kasih akan kaumnya?” baginda menjawab “Tidak! Tetapi, terbilang daripada assabiyah menolong kaumnya melakukan kezaliman (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah). Perkara ini diperkuatkan dengan satu lagi sabda Rasulullah apabila baginda ditanya oleh Wailah bin Asqah “Ya Rasulullah, Apakah yang dikatakan assabiyah itu?” Jawab baginda “Bahawa engkau menolong kaummu dalam kezaliman.” (Riwayat Abu Daud).

____________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________

Fokus Melayu atas dasar “Waqiiyyah Jiddiah”

Antara ciri-ciri gerakan Islam adalah “Waqiiyyah Jiddiah”, maka memahami realiti Malaysia dan bangsa Melayu adalah asas membuat perubahan. Kita ingin menegakkan Islam di Malaysia dan bangsa majoriti yang menganut Islam adalah Melayu.

Syarat utama Islam dapat ditegakkan ialah umat Islam ini bersatu, bekasih sayang dan saling tolong menolong sesama mereka bagi mengembalikann identiti Islam tulen sebagaimana generasi sahabat r.a. Selagi umat Islam khususnya bangsa Melayu tidak bersatu sebagaimana bersatunya kaum Aus dan Khazraj dan berkasih sayang antara mereka seperti Muhajirin dan al-Ansor maka kemenangan Islam masih jauh. Inilah strategi ISMA yang difahami daripada seerah perjuangan Nabi s.a.w.

Oleh itu apa sahaja perjuangan Islam dan manhajnya tetapi tidak menjurus kepada kesatuan hati di kalangan ummah, apatah lagi menjadikan memburuk-burukkan orang lain sebagai bahan dakwah mereka; ia adalah metodologi yang tidak mengikut sunnatullah.

“Jiddiah” pula mewajibkan gerakan Islam mengemukakan solusi yang tepat bagi menyelesaikan kemelut yang menimpa bangsa Melayu. Realiti hari ini bangsa Melayu tidak merasa bertanggungjawab menjadi murabbi bagi mendidik diri mereka dan keluarga mereka agar kembali menghayati identiti para sahabat… apatah lagi untuk menyeru bangsa-bangsa lain.

Oleh itu fokus “khitab” atau seruan kepada bangsa Melayu adalah fokus fasa ini yang menjadi fokus nabi juga semasa permulaan dakwahnya. Nabi s.a.w. secara sedar menyeru kaum-kaum Arab dengan menyebut nama-nama kabilah mereka.

Al-Quran juga menggunakan uslub yang sama; wahai bani Israil, wahai anak-anak Adam, wahai manusia, wahai orang-orang beriman…

Justeru ISMA menyeru: “Wahai bangsa Melayu! Bangkitlah, kamu adalah pendokong risalah Islam di Malaysia. Jika kamu tidak memahami, menghayati dan menyampaikan, kamu dianggap menyembunyikan Islam yang diamanahkan Allah kepada kamu untuk menyampaikannya.”

Walaupun Ustaziatul ‘Alam menjadi matlamat akhir gerakan Islam, matlamat tersebut perlu diasaskan kepada terlaksannya tertib-tertib amal yang telah digariskan.

Arus liberalisme di Malaysia cuba melenyapkan identiti Islam dalam bangsa Melayu dengan slogan Malaysian Malaysia dan Bangsa Malaysia dengan meminimakan implimentasi penghayatan Islam kepada syiar-syiar semata-mata.

Adapun isu ‘alamiyyah atau sejagat ia adalah ciri-ciri Islam itu sendiri yang bersifat sejagat yang sesuai kepada semua bangsa, bahasa, keturunan dan generasi tidak seperti ajaran nabi-nabi terdahulu yang hanya diutuskan khusus kepada kaumnya sahaja.

Namun setiap kaum dan bangsa wajib memulakan dakwah kepada kaum dan bangsanya kerana kesatuan bahasa. Tidak dinafikan bahawa perlu dilakukan usaha untuk mengIslamkan bangsa-bangsa lain tetapi gerakan Islam perlulah lihat kekuatan dan tenaga yang ada.

Sekiranya telah wujud institusi yang berusaha untuk mengislamkan masyarakat bukan Melayu seperti PERKIM, Jabatan-jabatan Agama Islam, JAKIM dan sebagainya, maka sikap gerakan Islam adalah memberi pertolongan sekadar termampu.

Matlamat membawa rahmat Islam ke seluruh dunia akan tercapai apabila Islam menjadi Ustaziatul ‘Alam, matlamat ini akan tercapai setelah Khalifah Islam dikembalikan di dunia Islam, sebelum itu negara-negara Islam perlu dikembalikan kepada sistem Islam dan yang menjadi asas sesebuah negara diperintah oleh Islam ialah wujudnya masyarakat Islam yang mengimplimentasikan 100% akhlak, adat, budaya dan sistem Islam dalam muamalat sesama ahli masyarakat.

Oleh kerana ahli masyarakat adalah gabungan sistem kekeluargaan Islam maka mewujudkan dan mengembalikan semua keluarga Islam di Malaysia agar melaksanakan tanggungjawab khalifah Islam dalam keluarga adalah satu sasaran dakwah dan ia hanya wujud apabila wujud identiti Islam yang hidup di bawah naungan al-Quran.

Inilah manhaj dan metodologi dakwah ISMA. Oleh kerana ahli-ahli ISMA majoritinya Melayu maka fokus utama ISMA adalah mengembalikan jatidiri Melayu agar menjadi Islam tulen.

Inilah implimentasi kepada ciri pertama gerakan Islam “Waqiiyyah Jiddiah”.

Oleh: Ustaz Annuar Salleh,
Yang Dipertua ISMA DHL
http://www.ismaweb.net/v4/2010/11/fokus-melayu-atas-dasar-waqiiyyah-jiddiah/ 

____________________________________________________________________________________________

 
Leave a comment

Posted by on March 8, 2012 in Wacana, Ceramah, Penjelasan

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Teks- Agenda Kita, Sidang Media DiMDAI

Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, Sidang Media-Dialog Masa Depan Agenda Islam, 26 Feb 2012


Objektif kita adalah menengahkan satu isu yang saya rasa tidak ramai di kalangan kita peka tentang perlunya kita wujud satu agenda bersama di kalangan umat Islam. Tak kiralah golongan itu golongan islamis ataupun golongan nasionalis ataupun apa nama lain.

Tetapi selama kita datang dari satu ummah, satu bangsa, sepatutnya kita mempunyai satu agenda bersama. Dan kita punya pandangan bahawa, punca kesukaran kita untuk mengajak ke arah perpaduan, kesejahteraan, kesepakatan dan sebagainya adalah berpunca daripada tidak wujudnya agenda bersama tersebut. Dan saya rasa fenomena ini tidak boleh dimaafkan kerana ianya adalah kelalaian masa lalu.

Kerana sekirannya kita tidak memperbetulkannya sekarang, merawat keadaan ini sekarang, kemungkinan kita akan berdepan dengan masalah yang besar seperti yang saya sebut tadi iaitu… semua bangsa, semua ummah mempunyai agenda sendiri dan memaksa agenda masing-masing ke atas kita, samada di peringkat antarabangsa ataupun dalam negera.

Kalau negera kita pun,bangsa-bangsa lain ada agenda dia. Tetapi malangnya, kita orang Islam, umat Islam dan bangsa melayu secara khusus tidak ada agenda. Sebab itu apabila kita bercakap tentang penyatuan, ataupun persepakatan, mereka tak nampak kenapa pentingnya?…Tidak nampak adanya titik persamaan. Tidak nampak hala tuju yang sama. Walaupun sepatutnya, besar mana pun perbezaan, akhirnya kita mempunyai kepentingan yang sama. Kita duduk dalam satu negara, kita satu agama, nasib dan masa depan kita sama. Semua kepentingan kita adalah sama. Tak mungkin kita tak boleh melihat perkara itu secara bersama.

Jadi, keterlaluan dalam situasi yang sekarang memerlukan penyelesaian. Bagi kita, penyelesaian terbaik adalah apabila kita boleh mencari kata sepakat dalam mengenal pasti apakah agenda kita bersama sebagai satu bangsa,satu ummah yang duduk dalam satu negara.

Akhirnya, fenomena yang ada sekarang ini bukanlah fenomena yang ringan kerana isu-isu yang saya sebutkan tadi(ucaptama) berakar-umbi berkaitan dengan ideologi itu sendiri. Kalau saya sebutkan bahawa konsep/format nasionalist-secular yang selama ini menjadi teras kenegaraan, negara bangsa di seluruh dunia…Negara-negara di dunia Islam kesemuanya berkonsep nasionalist-sekular tetapi setelah merdeka, sistem itu sendiri tidak ada bahan untuk dikemukakan kepada masyarakat dan sistem itu reput/rosak dari dalam. Rawatan rapi mungkin boleh memberi tempoh sementara,tetapi akhirnya ia akan kalah juga.

Dan begitu juga cabaran dan agenda liberal daripada luar begitu rakus sehingga memberi ruang kepada agenda umat lain mengambil tempat dan kita akan tertinggal di belakang.  Ini suatu keadaan yang sangat-sangat merbahaya dari segi aspek kita membaca situasi politik dari pengaruh ideologi yang berdiri dibelakangnya.

Kita bukan mentafsirkan politk berdasarkan peristiwa demi peristiwa yang berlaku, apa yang dikata oleh pemimpin-pemimpin politik. Sebenarnya, menganalisa politik dari peristiwa-peristiwa yang berlaku di depan mata tidak menyentuh soal sebenar. Soal sebenar ialah kita mesti membaca apakah latar belakang ideologi/agenda kepada pertembungan. Jadi,ada pertembungan dari kaum lain, puak lain yang mengambil kesempatan dari kelemahan kita.

Saya ulangi kembali, tuntutan kita daripada program ini ialah pertama, UMNO dan PAS, dan seluruh umat Islam bersatu; UMNO dan PAS untuk balik ke meja rundingan

Ini tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik tapi sebenarnya, ini merupakan seruan yang datang daripada keinsafan hati sanubari kita sendiri berdasarkan kajian dan bacaan kita terhadap situasi semasa. Pertamanya, UMNO dan PAS wajib bersama mencari titik persamaan dan umat Islam disamping itu mesti bersatu padu kerana mana-mana parti samada PAS ataupun UMNO yang memerintah dalam keadaan terpisah, dia tak boleh berdepan dengan arus/agenda lain yang begitu kuat, yang kita sedang hadapi sekarang.

Kedua, kita mesti menganggap arus liberalisme ini adalah satu pengaruh asing yang akan menguasai kita dan menjajah kita. Ia adalah agenda penjajahan dan kita kena bendung. Sebab ia akan menghancurkan identiti dan jatidiri kita. Senjata yang paling ampuh untuk menghancurkan jatidiri bukan lagi senjata fizikal, tetapi fahaman liberalisme ini. Kalaulah globalisasi telah menghancurkan segala benteng, sempadan dan sebagainya, maka yang tinggal bagi kita ialah agama kita, quran kita, sunnah kita, sahaja. Untuk kita terus relevan, mempunyai agenda, boleh bangkit semula, maka menentang pluralisme,liberalisme ini adalah amat mendasar dan utama dalam senjata pertembungan.

Ketiga, saya menyeru untuk menyelesaikan masalah kita dengan merujuk kepada adat,adabiyyah(sistem) kita sendiri, bukan setakat bertengkar,menuding jari lawan. Kita tak boleh ambil penyelesaian luar, import sistem luar untuk menyelesaikan masalah.

Contohnya, PAS kata UMNO kurang demokratik…UMNO kata PAS pun kurang demokratik…akhirnya, PAS kurang demokratik, UMNO kurang demokratik. Tetapi, di mana Islam?

Isu demokrasi-demokrasi ini bukannya isu kita pun, bukan isu Islam. Isu kita orang Islam ialah mana yang lebih Islam daripada yang satu lagi.

Kita kata ni lebih Islam,yg tu kurang Islam…ni kurang Islam,yg tu lebih Islam…ok, kita sama-sama memperdekatkan supaya balik kepada Islam. Walaupun hari demi hari kita kata.. ini kurang demokrasi, ini kurang liberal…akhir sekali kita lebih jauh dari Islam.

Contohnya apa yang berlaku di Iraq. Apabila golongan Iraq yang menentang Saddam Hussein membawa demokrasi dan kebebasan dengan menaiki kereta kebal Amerika. Kononnya nak bawa demokrasi ke Iraq…Hari ini, adakah Iraq telah menjadi negara demokrasi? Adakah demokrasi dan kebebasan yang dibawa melalui kereta kebal Amerika itu telah membangunkan Iraq sekarang? Semua orang menyaksikan Iraq dalam kehancuran walaupun Saddam Hussein telah tiada.

Begitu juga kita bimbang nasib yang akan menimpa negara kita. Dalam demografi negara kita yang agamanya banyak, bangsanya banyak, masalah sempadan tak selesai, situasi geografi yang begitu…jadi banyak perkara yang mudah negara kita ini, sistem,situasi politik negara kita ini begitu rapuh dan lemah yang perlu kita ambil kira. Sekiranya kita mengambil penyelesaian luar, dari timur mahupun barat, saya yakin negara kita akan hancur dan nasib umat kita akan ke belakang jauh.

Dan untuk kita patah balik dalam situasi kita, sangat-sangat susah. Masyarakat majmuk, banyak agama, masalah sempadan, masalah etnik dan sebagainya…apabila kuasa dari tangan orang Islam, semua masalah itu akan timbul semula. Hak asasi manusia dan sebagainya akan naik mengambil kesempatan menaikkan isu itu sebagai isu utama. Di mana kita nak bawa agenda pada masa itu?…dah tak mampu nak bawa apa-apa.

Keperhatinan kita sekarang ialah situasi negara kita berada dalam keadaan yang sangat-sangat merbahaya dan terancam yang perlu kita sama-sama sedar dan balik kepada diri kita sendiri, penyelesaian kita dan selesaikan masalah sesama kita sahaja.

____________________________________________________________________________________________________

Respon kepada soalan-soalan:

1.Bukankah UMNO jauh berbeza dengan PAS?

Sepatutnya, PAS dan UMNO tidak jauh. Apabila kita memahami realiti yang ada, dan faham limitasi yang ada, sebenarnya tuntutan kedua-duanya akan bertemu pada satu nokhtah yang hampir sama. Kadang-kala kita menuntut sesuatu yang ideal, di luar kemampuan realiti, hudud contohnya. Apabila dia pergi kepada real kuasa, dia pun tidak akan memikirkan benda tu sebagai projek. Jadi sekarang ini, kita berbalah dalam isu-isu yang memang apabila kita dapat kuasa pun, kita takkan buat.

Jadi, kita menjadikan Islam sebagai isu-isu perbalahan ataupun isu yang menjauhkan kita walhal isu sebenar yang pergi kepada real keperluan… mempertahankan jatidiri kita, mengukuhkan kedudukan politik kita, mengukuhkan kedudukan ekonomi orang Islam, mengukuhkan pegangan agama orang Islam..banyak benda yang boleh disepakati bersama.

Saya lihat banyak isu-isu yang dipergaduhkan itu, kalau nak buat pun tak boleh buat. Jadi, bergaduh buang masa selama beberapa tahun.

2. Apa solusi selepas dialog ini?

Kita akan terus buat kerja sehingga umat dan masyarakat kita sedar; dan samada dua kelompok besar ini ambil tindakan positif ataupun tidak, kita akan buat kerja kita dan mesej kita jelas.

3. Bolehkah UMNO-PAS bersatu?

Dalam situasi hari ini, sepatutnya kita tak boleh minta mereka bersatu. Tetapi kita menuntut untuk mereka bersepakat dalam hal-hal yang menyentuh kepentingan bersama umat Islam dan bangsa melayu. Jadi mereka boleh berbincang.

Kalau sekiranya mereka independent dalam membuat keputusan sendiri untuk berlandaskan kepada dasar parti dan kepentingan ummah,dia boleh melakukan perkara itu.

Masalah sekarang ini, kadang-kadang dia terikat dengan kehendak-kehendak kumpulan ataupun parti-parti dalam pakatan melihatkan dia tidak boleh mengambil action yang munasabah untuk kepentingan ummah.

Kita tak mintak mereka bersatu tetapi bersama dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan Islam. Paling kurang, mengekalkan kuasa wewenang dalam tangan kuasa orang Islam yang faham tentang kepentingan kuasa tersebut dan kemana mahu dibawa kuasa tersebut.


4.Kenapa tak sebut PKR?

Masalah kita tak sebut PKR ialah kerana PKR itu sendiri adalah dibentuk atas dasar sekular, ia bukan parti Islam…PKR parti sekular bukannya parti Islam…dan mendokong agenda hak asasi manusia, ideologi liberal-demokratik itu sendiri.

“Membangun Umat Beragenda”

Sidang Media Masa Depan Agenda Islam Di Malaysia
http://www.mobtv.my/islamic-889.html

*sebarang penambahan,pengurangan,kesilapan mana-mana kenyataan di atas berpunca dari kesilapan penulis sendiri

 
Leave a comment

Posted by on March 3, 2012 in Wacana, Ceramah, Penjelasan

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Notaku: Antara Nasionalis-Sekular dan Liberal-Demokratik

Kertas Kerja Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman,Presiden ISMA
Dialog Masa Depan Agenda Islam Dalam Menghadapi Cabaran Semasa


Apakah agenda Islam?

Islam adalah agama risalah yg membawa agenda. Nabi Muhammad SAW telah membawa rislah dan didokong oleh para sahabat dan diteruskan oleh khulafa selepas mereka sehingga islam menguasai sepertiga dunia. Hari ini kuasa dunia telah bertukar tangan kepada barat solibiyyun.

Agenda Islam pada hari ini ialah mengembalikan kemegahan lalu dan menyempurnakan tanggungjawab ustaziayatul alam.

Di antara kalimah mengembalikan kegemilanganbdan ustaziayul ala alam terdapat pelbagai peringkat agenda mengikut suasana dan latarberlakang sejarah masing-masing.

Yang masih dijajah atau dijajah semula, agenda utamanya ialah menghalau penjajahan. Yang telah merdeka berjuang mempertahankan identiti keislamannya, membangun diri, cuba untuk survive dalam pertembungan yang tidak seimbang dan berjuang untuk mendapat hak menentukan masa depan dengan cara sendiri.

Apakah cabaran masa kini?

1.Dalaman

Model pemerintahan yang berdasarkan nasionalist-secular bakal atau telah tamat tempoh sah lakunya.sebagaimana yang kita saksikan semua sistem pemerintahan yang berbentuk zaman kemerdekaan sedang mengalami zaman senjanya.begitu juga di malaysia bentuk nasionalis secular sudah tidak dapat diterima oleh masyarakat dan telah rosal dari dalam.kita boleh menjangkakan perubahan pasti berlaku.

2.Luaran
Selepas kejatuhan soviet union,senjata perang barat tertumpu kepada islam atau dunia islam.lahir pada waktu itu istilah pertembungan tamadun dan islam dilabel sebagai pengganas.

Mengambil kesempatan 911,bush telah mengishtiharkan perang salib terhadap umat Islam. US menggubal akta keselamatan nasional yg mengizinkan negara literal dunia itu menyerang sesiapa sahaja yang mereka anggap pengganas di mana sahaja di dunia ini.

Atas alasan itu Afganistan dan Iraq diserang. Kempen Amerika utk menyebarkan demokrasi dan kebebasan seterusnya diperluaskan ke negara-negara lain dengan cubaan menghapuskan perkataan jihad dan mengubah silibus pengajian islam di negara arab.strategi inilah yg akhirnya satu demi satu negara islam dilanda revolusi rakyat.

Dimana kedudukan agenda islam dalam arus perubahan ini?
Arus perubahan ini didorong oleh pengaruh liberalisme yg datang dari ideologi humanisme yang dicipta barat yg akhirnya diterjemahkan kepada piagam hak asasi manusia. Humanisme ialah fahaman mempertuhankan kehendak manusia.

Fahaman ini diterjemahkan dalam sistem politik dengan istilah sebagai liberal demokratik. Berdasarkan falsafahnya, liberal demokratik tidak mengiktiraf peranan mana-mana agama dalaam mengurus kehidupan dan tidak membezakan manussia yg beriman dengan yang beiman, agama mengikut fahaman ini hanyalah hubungan spiritual antara manusia dgn tuhan semata

Ia penghalang utana sebarang usaha merebut semula kuasa daripasa angan pihak barat dan sebarang usaha mengembalikan semua bumi islam di bawah kekuasaan rahmat Allah dan apa lagi untuk meneruskan risalah ustaziyatul alam.

Selain itu, fahaman liberal democratic bercanggah secara langsung dengan fahaman Islam yang syumul yang dianuti oleh semua pengikut gerakan Islam bahkan seluruh umat Islam. Kesyumulan Islam menuntut keunikan agenda Islam. Agenda Islam tidak boleh dicampur-adukkan dengan agenda lain.

2 pilihan

  • Kembali kpd islam,.bersatu mempertahankan sisa hak warisan yg masih ada
  • Lebur dalam masyarakat antarabanga di bawah pengaruh globalisasi
Gerakan dakwah Islam perlu kepada waaqaf (merenung sejenak) untuk bertanya diri, apa agenda Islam yang diperjuangkan dan di mana dia berada sekarang?Ternyata kita tiada pilihan lain kecuali membuat pilihan yang tidak popular iaitu kembali kepada Islam dan bersatu-padu mempertahankan saki baki hak warisan yang masih ada. Perlembagaan yang sedia ada masih memihak kepada agenda Islam.Oleh kerana dasar nasionalist secular telah hampir pasti ditolak, jalan singkat yang paling selamat bagi orang Melayu ialah bersetuju dengan konsep negara Islam(negara milik orang islam).Itu sahaja yang akan menyelamatkan Malaysia dan juga orang Melayu. Masih ada ruang dalam perlembagaan yang membolehkan kita membetulkan kesilapan.Atas sebab itu, saya menolak sekeras-kerasnya perjuangan konsep liberal  democratic di Malaysia samada di bawa oleh tokoh politik, atau NGO. Kerana perjuangan ini hanya menguntungkan pihak bukan Islam yang mengambil kesempatan atas hak kesama-rataan yang diberikan dan akan melempar jauh agenda Islam dari arus perdana pentadbiran negara.Atas sebab yang hampir sama, saya juga tidak setuju berkenaan Tahaluf PAS-PKR-DAP(khususnya) kerana tahaluf tersebut boleh menyebabkan:

  1. Kekeliruan terhadap seruan dakwah “khitab islami” terutama di kalangan belia
  2. Kecelaruan terhadap RUJUKAN dalam dakwah “marjaiyah” antara syariat Islam dan hak asasi
  3. Membawa kepada PENJUZUKAN terhadap Islam dengan penggabungan ideologi islam,sosialis,demokrasi dan liberal

Saya juga mendesak UMNO dengan keras agar menginsafi keadaan dan menunjukkan niat dan keazaman ikhlas untuk memperbetulkan keadaan. Mereka harus faham bahawa zaman nasionalist secular telah berakhir.

Saya dengan sesungguhnya untuk kesekian kali mendesak PAS dan UMNO kembali berunding demi memartabatkan kedaulatan Islam serta maruah bangsa melayu dan masa depan negara.

Jika ini tidak berlaku, saya memberi amaran bahawa situasi yang bakal dialami Malaysia dengan kedudukan geografi dan struktur demografi yang ada akan lebih teruk berbandung negara lain di Timur Tengah.

Dan nasib orang Melayu dan umat Islam jauh akan lebih teruk lantaran projek Islam akan terpelanting keluar gelanggang.
Saya ingin menyampaikan mesej kepada anak muda Melayu yang sangat mengambil berat tentang bangsa lain, supaya jangan risau tentang nasib mereka kerana mereka akan dible oleh kuasa besar, tetapi jika kuasa hilang di tangan kita, tiada siapa yang akan membea anda.Jadi apa pilihan kita?
Jawapan saya seribu kali bahawa yang akan menyelamatkan kita ialah Islam, kembali kepada Islam. Saya menyeru semua pihak, marilah kita selesaikan masalah kita sesama kita, dalam lingkungan kita dan dengan cara kita.
Sekian. wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

“Membangun Umat Beragenda”

*nota diambil dari Kertas Kerja Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman,Presiden ISMA: Dialog Masa Depan Agenda Islam Dalam Menghadapi Cabaran Semasa.

Video Penuh
http://www.mobtv.my/VOD-Masa_Depan_Agenda_Islam_Di_Malaysia.html

*sebarang penambahan,pengurangan,kesilapan mana-mana kenyataan di atas berpunca dari kesilapan penulis sendiri

 
Leave a comment

Posted by on March 2, 2012 in Wacana, Ceramah, Penjelasan

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

DIMENSI-KRISIS IDENTITI PAS:Isu-isu di Sekitar Negara Islam & Negara Berkebajikan

DIMENSI-KRISIS IDENTITI PAS:Isu-isu di Sekitar Negara Islam & Negara Berkebajikan
Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Soalan 1:apakah yang sebalik daripada kenyataan ustaz,tentang krisis identiti PAS?

Rentetan perbalahan cakap yang berlaku pada pemimpin-pemimpin PAS dimana boleh dikatakan pemimpin-pemimpin tinggi PAS,dan isu yang ditimbulkan merupakan isu yang menjadi sebab wujudnya kepada parti tersebut. Kategori persoalan yang diperbahaskan itu menyentuh soal-soal begitu dasar.

Kalaulah dulu,PAS wujud kerana memperjuangkan Islam dan negara Islam sebagaimana yang disebutkan oleh DDHA,dan kini tidak lagi ataupun diragui,dipertikaikan tentang perkara tersebut; maka,ini adalah pertikaian berkaitan dengan perkara yang paling dasar,paling asas dalam PAS itu sendiri

Jadi berkaitan dengan komen yg saya buat,bukanlah satu komen kritikan tetapi sebagai pernyataan daripada pemerhatian kita tentang apa yang berlaku.Apa yang berlaku itu,pada pemerhatian kita menyentuh soal asas,dan kita mencadangkan kepada pemimpim PAS supaya melihat perkara ini.

Jika perkara itu betul,maka betulkanlah.bukan soal kita masuk campur,hal ehwal dalaman parti dan sebagainya.

Yang kedua,perlu difahami disini,ialah isu berkaitan tentang kebebasan bersuara.

Jadi,kalau kita berjuang separuh mati orang kata,bercakap,turun ke jalan,menuntut kebebasan bersuara,menyatakan pandangan.Jadi,ISMA dalam konteks ini hanya menggunakan haknya dalam memberi pandangan,itu sahaja. Jadi,tidak perlu dipandang sensitif atau ditafsirkan dengan tafsiran-tafsiran yang negatif oleh mana-mana pihak

Soalan 2: Adakah patut ISMA mengeluarkan kenyataan-kenyataan politik,walhal ISMA bukan parti politik dan masih baru?

Itu satu tanggapan yang meleset dari segi kebenaran kerana kebebasan bersuara tidak bergantung kepada siapa baru,siapa lama tetapi siapa sahaja yang mempunyai pendapat,pandangan.

Lihat apa yang berlaku,orang tidak mempertikaikan apabila suatu badan itu bersuara,bila ia ditubuhkan,berapa orang dia ada.

Betapa banyak NGO,kadang-kadang seorang sahaja yang bersuara,itupun telah membuat dunia riuh rendah dengan perbincangan tentang pandangan seorang,atau dua orang.maka,persoalan siapa,bila itu tidak penting.

Bahkan kita merasa telah melakukan banyak kecuaian kerana kurang memainkan peranan yang patut kita mainkan dalam menyuarakan pandangan pertengahan,pandangan sederhana yang mewakili golongan majoriti yang disebutkan sebagai majoriti diam,”silent majority”

Banyak lagi yang perlu lakukan.Maka,alhamdulillah.bagi saya,apa yang kita lakukan adalah sebahagian daripadanya.

Soalan 3: Mengapa PAS,mengapa bukan UMNO,PKR?

Sebab mudah sahaja,sebab kita sayang PAS.

Dan PAS adalah parti yang mewakili Islam,memperjuangkan Islam dan sebagainya.

Jika sekiranya berlaku kekeliruan dalam perjuangan PAS,maka menyebabkan kekeliruan kepada masyarakat secara keseluruhan.Kesannya tu agak besarlah.

Jadi,kalau parti-parti lain,PKR,UMNO tidak mewakili islam . Dan soal-soal berkaitan UMNO,banyak orang dah mempertikaikan,mengkritik dan sebagainya.PAS,PKR semuanya dah kritik UMNO.maka siapa yang akan kritik PAS,siapa yang akan kritik PKR?

Yang kedua,kita bukan mengkritik tetapi menyatakan interpritasi kita terhadap apa yang berlaku mudah-mudahan ia diambil kira oleh mereka yang berkenaan.

Soalan 4: Maksudnya sememangnya ISMA sayangkan PAS,maka tidak timbullah soal perpecahan,kebencian dikalangan gerakan-gerakan islam ini. Itu yang saya faham. Persoalannya,krisis identiti-apakah yang dimaksudkan ustaz?

Perdebatan itu diantara dua pihak,ataupun pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam kepimpinan PAS membincangkan adakah PAS masih lagi memperjuangkan negara islam ataupun adakah negara berkebajikan itu sama dengan negara islam ataupun PAS sudah meninggalkan negara islam dan tidak lagi memperjuangkan negara islam?

Jadi,ini adalah persoalan pokok dalam teras perjuangan pas itu sendiri. Itu sebab kita kata identiti.Seperti yang saya sebutkan,ia merupakan isu kenapa pas itu wujud. Itu bahaya.Jika orang tanya,dulu saya berjuang bersama PAS kerana saya nak menegakkan negara islam,tapi sekarang PAS sudah tidak memperjuangkan negara islam.Bermakna,sebab saya bergabung dengan PAS adalah tidak wujud,ataupun wujudnya perjuangan PAS itu sendiri sudah tidak relevan.

Jadi itu soal asas.Ia perlu dinilai secara cermat dan insaf

Saya tak kata mana satu yang betul tapi jika itu yang berlaku,maknanya persoalan itu besar dan persoalan itu adalah sangat mendasar. Itu sahaja yang kita nak highlightkan.bukan kita nak kata dia telah lari ataupun tidak lari,itu bukan kerja kita.

Tetapi,oleh kerana perbincangan itu begitu,maka kita memperingatkan sahaja,kita hanya memberi interpretasi kita dari sudut pandang pihak luar,begini sebenarnya yang sedang berlaku dalam PAS

Soalan 5: Ada pihak yang mengatakan PAS tidak lari dari perjuangan asalnya,kerana negara berkebajikan yang di dokumenkan,diceritakan oleh pimpinan PAS sendiri tidak jauh berbeza dengan konsep negara islam yang mereka perkenalkan sebelum ini.

Baguslah bagi mereka yang berpendapat demikian,mempertahankan penghujahan itu.tetapi,secara umum,ia telah mewujdukan interpritasi secara umum di kalangan masyarakat,perkara ini telah mewujudkan satu interpritasi,tanggapan umum bahawa ada percanggahan,ada pertikaian dalam hal tersebut.

Jadi maknanya, jika kita nak kata,yang menyokong,dia masih atas landasan,dia akan keluarkan hujah dia tetapi orang lain melihat,itu tidak betul.

Sebagai contoh,saya nak sebut,kalau ditanya,adakah negara berkebajikan ditakrifkan oleh PAS itu berbeza dengan negara kebajikan yang ditakrifkan oleh DAP?adakah negara berkebajikan PAS itu berbeza dengan negara kebajikan yang ditakrifkan oleh PKR?

Dan akhirnya PAS,PKR dan DAP akan menubuhkan satu negara sahaja,dan semuanya merujuk kepada buku jingga.

Jadi adakah negara berkebajikan ini terpisah dengan takrifnya yang tersendiri daripada negara kebajikan lain. Ataupun dia adalah satu projek yang sama yang akan ditegakkan di bawah dasar PR?

Jika bercakap tentang konteks PR dan PAS terikat dengan PR,maka negara Islam bukanlah pilihan PR,itu jelas. Dan PKR sendiri bukan memilih konsep negara Islam itu sendiri,dan DAP tentu sekali menentang negara Islam

Bagaimana kita nak combine?pentafsiran itu sebagai contoh.

Perkara kedua,tentang negara islam. Tidak boleh lari dari mafhum Islam itu syumul.Jika kita kata tentang negara Islam,ia mesti membawa Islam secara syumul,lengkap dan Islam yang syumul tidak boleh dijuzu’-juzu’kan,ia tidak boleh menampal satu juzu bahagian islam itu,juzu kebajikannya ditampal dengan sistem yang lain,dalam ideologi yang lain,contohnya sosialis,

Maknanya jika kita kata,kita gabungkan aspek kebajikan yang ada dalam islam dengan aspek kebajikan yang wujud dalam sistem sosialis,dasar sosialis,kita gabungkan sekali,bolehkah tasawur ini dilaksanakan dalam konteks kita orang islam yang memahami islam itu agama yang syumul,agama yang lengkap. Bagi saya,islam agama yang syumul tidak boleh dijuzu’-juzu’kan.

Jadi menjuzu’-juzu’kan Islam ini boleh menyebabkan kepada masalah dari segi pemahaman itu sendiri,pengamalan itu sendiri.sepatutnya,negara islam adalah satu projek yang berdiri sendiri yang bukannya tampalan kepada projek-projek lain.

Inilah kenapa rakyat keliru,dan kita perlu jelaskan tentang projek islam.ini sosialis,liberal demokratik,bagaimana nak gabungkan,nak diadunkan islam yang syumul dengan sistem lain.

Soalan 6: Apa yang saya fahami,ISMA membuat kenyataan menuntut PAS jelaskan isu ini.

Terpulang kepada PAS samada melihat isu ini penting ataupun tidak penting,tapi kita sebagai badan islam bertanggungjawab kerana addinnunasihah-Agama itu nasihat,sesama muslim.kita memberikan pandangan,memberi komen dan sebagainya untuk kebaikan bukannya untuk keburukan.

Soalan 7 :Ada orang mengatakan bahawa negara berkebajikan yang ditakrifkan PAS adalah juga negara keadilan.Maka konsep negara berkebajikan yang dibawa pas itu juga adalah negara keadilan.Jadi,apa komen ustaz.

Dalam hal ini,apa yang saya perhatikan,ramai dikalangan kita gagal dalam memahami perbezaan antara konsep keadilan di dalam islam dan keadilan di dalam mafhum barat,sistem barat.

Di dalam Islam,keadilan bukan merujuk kepada fungsi ataupun peranan.maknanya,seorang hakim memutuskan kes secara adil,maknanya membahagikan harta,menentukan hukum secara adil keatas orang yang dihukum.tetapi,keadilan di dalam islam lebih luas daripada itu.

Mafhum keadilan di dalam islam adalah lebih luas daripada itu.contohnya,kalau kita baca dalam kitab fekah umpamanya.bab kahwin,wali,saksinya mestilah bersifat adil jadi keadilan dalam sifat merupakan ciri,sifat kepada peribadi itu sendiri,kepada masyarakat itu sendiri,bukannya peranan semata-mata

Jadi,bila kita faham perkara ini,kita boleh lihat.apabila kita nak tegakkan keadilan,mestilah bermula dengan islam. Kita takkan boleh kata,orang bukan islam akan menegakkan keadilan. Itu salah dalam mafhum islam.kerana tidak mungkin orang bukan islam bersifat adil sebab quran pun sebut innasyirka lazulmun ‘azim..sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang besar.

Jadi mafhum,memahami mafhum keadilan ini,salah satu perkara yang boleh menjelaskan apakah negara yang kita nak tegakkan.jadi,proses dalam menegakkan negara islam bukan sahaja perbetulkan amalan perlaksanaan hukum tetapi ia adalah proses melahirkan masyarakat yang adil.

Jadi,menegakkan negara islam,bukan terhenti kepada pembaikan dari segi proses undang-undang tetapi lebih daripada itu,hendaklah didahulukan dengan proses melahirkan masyarakat yang adil,pemimpin yang adil,qadhi yang adil,saksi yang adil.jadi banyak lagi yang perlu dilihat.bukan soal amalan dalam pentadbiran,kehakiman mahkamah,tetapi lebih daripada itu.

Soalan 8: Jadi maksudnya ustaz,dalam usaha keghairahan kita dalam menukar kerajaan sekrang ini kepada kerajaan islam;kita perlu mewujudkan terlebih dahulu masyarakat yang betul-betul adil.Jadi betul ke macam tu?

Kalau kita bercakap tentang proses membaiki sistem kenegaraan di negara kita dan di mana-mana sahaja,ia sepatutnya bermula dengan pengislahan umat,masyarakat itu sendiri dan secara berperingkat,dari peribadi,kepada keluarga,masyarakat seterusnya kepada sistem kenegaraan.

Jadi,jika kita dah mempunyai manusia-manusia yang soleh dan mengambil tanggungjawab di mana-mana sahaja di bidang kehakiman,ekonomi,politik dan lain-lain,kita akan dapat melaksanakan Islam sebagai yang sepatutnya.

Tetapi dalam keadaan masyarakat kita masih jauh dari Quran,Sunnah,keliru dan tak faham Islam. Di waktu itu,mungkinlah memperkatakan negara Islam secara segera dengan perubahan-perubahan yang orang kata bersifat undang-undang,sistem mungkin tidak memenuhi kriteria sebagai sebuah negara Islam.

Soalan 9:Ada orang kata,PAS di Malaysia adalah sama seperti Ikhwan di Mesir,iaitu Ikhwan di Mesir tidak memperjuangkan negara Islam tetapi mereka memperjuangkan negara madani.Dan ISMA tentunya lebih rapat dengan Ikhwan,mengapa ISMA tidak menerima apa yang PAS lakukan di waktu ini?Apa respon ustaz?

Mengenai apa yang dilakukan oleh ikhwan di Mesir,kita kena faham isu yang menjadi polemik di Mesir adalah apabila puak-puak sekular di Mesir menakrifkan negara Islam sebagai negara teokratik,iaitu negara tuhan. Jadi,dengan mafhum barat itu negara seperti yang diamalkan oleh gereja-gereja sebelum kurun ke 19 dahulu.Jadi nak mengaitkan negara Islam dengan teokratik mengikut model gereja barat pada kurun ke19,jadi itu yang cuba dimainkan oleh media-media pro-sekular,memburuk-burukkan imej Ikhwan.

Jadi Ikhwan mengatakan,negara Islam bukan negara teokratik.Oleh kerana itu,untuk menjelaskan perbezaan negara Islam dan negara teokratik,Ikhwan menggunakan istilah Madani. Dan istilah Madani itu bukan dengan mafhum sekular,ia mengembalikan kuasa kepada rakyat dan masyarakat dengan mafhum,rakyat berhak muhasabah pemimpin,dan rakyat berhak masuk campur dalam hala-tuju negara.

Dan ini adalah mafhum demokrasi yang diterima Ikhwanul Muslimin yang diterima oleh Imam Hassan al-Banna,iaitu demokrari secara amalinya bukan dari segi falsafahnya,iaitu memberi hak dan peranan kepada masyarakat dan rakyat dalam maksud campur urusan,muhasabah pemimpin.

Jadi apa yang berlaku di Mesir ataupun di negara arab,satu lagi ialah negara-negara Arab ini diperintah oleh satu kuasa diktator,kuasa satu individu.Oleh kerana untuk keluar dari dictatorship ini,Ikhwan menyeru kepada menerima demokrasi dengan mafhum itu.Dan diberi nama sebagai negara Madani,bukan negara berkebajikan.Istilah disitu tidak betul,maknanya negara madani ialah mengembalikan kuasa kepada rakyat daripada dimiliki oleh kuasa seorang individu kepada perkongsian,syura dikalangan ummah dan masyarakat.

Yang kedua,Ikhwan tidak berhenti setakat negara Madani tetapi disambung lagi Daulah Madaniyah Zata marjiatul Islamiyyah..Maknanya negara civil yang mempunyai referen(rujukan),yang merujuk kepada sumber Islam.Jadi itu yang dikatakan,diperbahasakan di Mesir.Dan itu format yang dicadangkan oleh Ikhwan dalam menakrifkan negara Islam.

Untuk keluar dari dictatorship,dan nak keluar dari format negara teokratik,jadi negara Islam ini apa?Negara Islam ialah negara civic yang mempunyai rujukan Islam.
Berbalik dengan apa yang berlaku di Malaysia,kita nak tanya disini,Marjaiyah(rujukan) itu kepada apa?Dalam konteks negara apapun,kebajikan ke,negara Islam,kata kunci kepada marjiah itu apa?

Kalau kita merujuk kepada sistem liberal barat,ataupun mafhum,liberal demokratik barat,yang itulah sistem ataupun marjaiyah,ataupun humanisme barat-itu yang menjadi marjaiyah,menjadi rujukan dan referen,maka negara itu tentu tidak menjadi negara Islam.

Point marjaiyah itu penting.Negara sivil itu ok maknanya rakyat mengambil bahagian dalam menentukan masa depan negara,bermuhasabah pemerintah.Kita pun setuju dan semua orang setuju.

Tetapi marjaiyahnya apa?

Sekarang,contoh,kita buat negara atas nama apalah,tak kisah,kebajikan ke…Apabila kita nak menentukan satu-satu dasar,rujukan terakhirnya akan pergi mana?Dalam contoh yang berlaku di sesetengah negeri Selangor umpamanya,sebagaimana yang diceritakan,mereka merujuk kepada HAK ASASI MANUSIA.Mereka kepada piagam hak asasi manusia.

Contohnya,DDHA umpamanya,cuba untuk melaksanakan enakmen syariah di Selangor.Dia ditentang oleh parti-parti lain,di dalam komponen itu yang sama-sama memerintah kerana mereka merujuk kepada HAK ASASI MANUSIA.Jadi,referen di situ bukannya syariat Islamiyyah,referen di situ adalah HAK ASASI MANUSIA. Jadi dalam sistem nanti,kita bercakap tentang negara apapun,marjaiyahnya apa?Adakah nanti,kita akan refer kepada HAK ASASI MANUSIA,declaration human rights 1948 ataupun kita akan rujuk Quran dan Sunnah.

Apabila suatu hari nanti,apabila kita memerintah dan terperangkap dalam keadaan Human Rights,terperangkap dalam liberal barat,terperangkap dalam dasar-dasar Hak Asasi Manusia dan sebagainya;kita akan meletakkan Islam di bawah ataupun meletakkan Islam sama rata dengan agama-agama lain ataupun tidak ada tempat untuk agama dalam konteks kehdupan masyarakat;maka itu bukan negara Islam!Tidak mungkin akan jadi negara Islam.

Jadi kita perlu jelas dalam nak ambil contoh apa yang berlaku di Mesir,Tunisia,Turki dan sebagainya ,kita tak boleh tiru secara seratus-peratus kerana kita kena tengok situasi di Malaysia ni,negara kita,dengan sistem yang ada,struktur yang ada,apa yang perlu diperbaiki.

Sebagai contoh,perlembagaan negara kita telah banyak peruntukannya yang telah menyamai kehendak Islam; umpamanya agama Islam sebagai agama persekutuan,dalam menentukan hak-hak bukan Islam,dan banyak lagi peruntukan yang telah menyamai tuntutan ataupun dasar-dasar,hukum di dalam politik Islam.

Kalau kita nak patah balik belakang,bermula dengan sekularisme,balik pulak tiru Turki;itu merupakan satu langkah patah balik ke belakang yang sangat jauh.

Saya nak ulang di sini,penting iaitu penyelesaian ISMA ialah orang Islam,khususnya orang melayu wajib bersatu mempertahankan asas-asas kenegaraan Islam yang telah lama wujud dalam sistem perlembagaan negara.Bukan amalan politik,bukan dalam undang-undang,tetapi dalam sistem perlembagaan negara,asas-asas itu telah wujud dan mesti dipertahankan dan dikembangkan.Dan ini tidak mungkin dipertahankan dalam keadaan umat Islam sekarang berpecah.

Jadi soal,ISMA ni tali barut UMNO kerana mempertahankan,meyeru kepada perpaduan melayu amat jauh sekali,kerana ini pandangan yang berasakan siyasah syariiyah itu sendiri,berasaskan pemahaman kita yang cukup jelas bahawa untuk mempertahankan teras itu,orang melayu mesti bersatu,umat Islam wajib bersatu.Dalam keadaan terpisah sekarang,dan dipermain-mainkan oleh agenda musuh,akhirnya apa yang kita perjuangkan kita takkan dapat.

Seperti kata orang,kalah jadi abu,menang jadi arang.Itu sahaja yang kita akan dapat.Tetapi,jika kita bersatu,bersama,mempertahankan apa yang boleh dipertahankan.Walaupun kita tak kata semua yang kita boleh tegakkan,uruskan, tetapi saya yakin kita dapat menegakkan tuntutan maqasid siyasah syariiyah itu semaksima mungkin melalui pemuafakatan,perpaduan,persefahaman di kalangan orang melayu dan umat Islam di Malaysia ini.

Wallahu’alam.

http://www.ismaweb.net/v4/2011/12/pas-alami-krisis-identiti/

http://www.youtube.com/watch?v=3788dNnAAvQ

 
Leave a comment

Posted by on January 12, 2012 in Wacana, Ceramah, Penjelasan

 

Tags: , , ,